Misi mommy nak kurus dah berjaya. Mommy dah turun 7 kilogram. Walaupun berat naik semula 3 kilogram selepas raya, namun dah turun sekilo jadi 51 kg. Boleh dimaafkan lah ya. Siapa boleh tahan tak makan masakan mak. Sedap sangat kot! Mommy balik raya 8 hari. Nah bukti Raya pertama mommy.
Masa ni mommy 49kg, mommy pakai foundation dan lipmatte sahaja. Simple tapi cantik kan? Muahahahaa. Angkat bakul sendiri. Siapa lagi nak puji kita ni kan.
Selain daripada misi kurus, mommy wajib lah nak cantik. Walaupun cantik tu adalah subjektif, mommy tetap nak cantik luar dan dalam.

Macam mana nak cantik luar dan dalam tu? Maksudnya di sini, mommy jaga kesihatan dalaman untuk tampil cantik.

Selama beberapa bulan ini mommy amalkan Berries Rose dari Sistastardust.
Berries Rose, Sistastardust
Berries Rose berbentuk serbuk dalam sachet
Setiap kotak mengandungi 60 sachet
Berries Rose berwarna merah
Berries Rose ini mampu merawat masalah kulit seperti pigmentasi, jeragat atau bintik hitam dan pelbagai lagi masalah kulit.

Di usia mommy 32 tahun, muka dah mula nampak bintik-bintik hitam. Tak lama lagi jadi jeragat lah kalau mommy tak jaga.

Alhamdulillah, apabila mommy amalkan Berries Rose, bintik-bintik dah semakin hilang. 

Takutnya kalau nampak tua dari usia sebenar. Buat masa ni, ramai yang teka umur mommy 20an. Yeay!

Kemudian, sesiapa yang nak amalkan Berries Rose ni tak perlu risau akan apa-apa alahan kerana ia sesuai untuk sesiapa yang ada alahan makanan laut.

9 Kebaikan Berries Rose

- Mencerahkan dan memutihkan kulit seluruh badan
- Menghalang pembentukan black head dan white head
- Membantu mengurangkan masalah jerawat dan jeragat
- Mengatasi masalah kulit berminyak
- Mengatasi masalah liang pori terbuka
- Menjadikan kulit lebih lembab
- Membaiki tona kulit tidak sekata
- Sesuai untuk masalah kulit sensitif
- Menyihatkan penglihatan mata

Bagi mommy yang berkulit sawo matang, tak mungkin lah mommy akan jadi putih gebu. Mommy dapat wajah bebas whitehead/blackhead dan jerawat sangat menggembirakan. Secara tak langsung ia memudahkan sapuan foundation.

Cara-cara nak amalkan Berries Rose

  • Campur 1 paket (10 grams) ke dalam 150ml air suam, kacau sehingga larut dan minum serta-merta selepas penyediaan.
  • Minum air yang secukupnya sepanjang hari untuk kesan yang terbaik.
  • Pemakanan Yang Dicadangkan: 1 paket sehari, sebelum tidur.
  • Perhatian: Jika anda hamil, menyusu atau sedang mengambil ubat, sila rujuk kepada doktor atau penasihat perubatan sebelum mengambil sebarang makanan tambahan.
Harganya RM150 dan ada 60 sachet didalamnya. Sehari hanya satu sachet sebelum tidur, jadi sekotak ni boleh tahan 2 bulan. Sehari kita hanya belanjakan pada kadar serendah RM2.50 untuk sihat dan cantik.

Dengan Berries Rose yang bersifat detox, ia membantu melancarkan sistem perkumuhan dan kulit mommy kekal licin dan mulus. Eh jangan risau detox nya tak ada cirit birit tau. 


Mommy guna biobax sejak Mac 2016. Sekarang mommy masih gunakan biobax sebagai ubat tahan sakit. Biobax boleh digunakan untuk melegakan sakit belakang, sakit lutut, sakit kepala dan macam-macam lagi.
Biobax Cool Theraphy
Macam mommy yang ada genetik penyakit kulit, mommy risau mommy akan mendapat ekzema kerana penggunaan bahan kimia. Mommy sebolehnya akan elak sebab mommy dah ada pengalaman anak ekzema. Cuba bayang kalau mommy sendiri kena ekzema, jenuh!
Orang sakit badan boleh guna, ibu mengandung pon boleh guna sebab bahan yang terkandung dalam Biobax adalah bahan-bahan semulajadi. 

Kalau mommy dah guna selama 2 tahun 4 bulan, ternyata produk ni adalah terbaik. Bukan mommy seorang menggunakannya. DaddyG, emak, abah dan adik di kampung turut menggunakan Biobax. 

Kalau berminat nak dapatkan Biobax boleh terus whatsapp aten 019-3191446
Bosan dapur kotor dengan periuk dan kuali yang banyak?

Bosan membersihkan kesan minyak dan berdiri di dalam panas ketika memasak?

Bosan menunggu makanan untuk memasak dan untuk mendapatkan makanan anda tepat pada masanya?

Jangan risau lagi!! La gourmet mempunyai penyelesaian untuk anda!!

La Gourmet Electric Pressure Cooker yang memasak 2 - 6 kali lebih cepat daripada memasak biasa! Ia adalah sukar dipercayai tetapi BENAR-BENAR, La gourmet menggunakan teknologi moden telah mencipta "9 peralatan elektrik" dalam satu periuk tekanan elektrik! Anda boleh memasak masak, stim, tumis, mendidih dua kali dan lain-lain walaupun 'mengukus' kek.

Ayat di atas mommy jumpa di facebook dan mommy dah translate ke Bahasa Melayu selepas La Gourmet Pressure Cooker berada di rumah mommy.

La Gourmet Pressure Cooker

La Gourmet Pressure Cooker, Turbo Roaster
La Gourmet Pressure Cooker
Mommy teringin lama dah nak ada pressure cooker. Sebabnya untuk mengempukkan daging. Geram masak daging tak pernah lembut. Liat. Lekat celah gigi. Akhirnya dapat sakit gigi akibat makan daging. 
Kebetulan mommy terbuka rancangan Astro Go Shop ada siaran langsung produk La Gourmet Pressure Cooker. Beli La Gourmet Pressure Cooker 6L dapat Turbo Roaster 12L. 
La Gourmet Pressure Cooker, Turbo Roaster
Beli La Gourmet Pressure Cooker 6L dapat Turbo Roaster 12L
Kebetulan juga payment Komaci baru masuk. Hurm kalau biar duit ni, takkan beranak pinak punya. Malah akan cepat habis. Maka mommy membuat keputusan untuk beli La Gourmet Pressure Cooker. 

Mommy cuba beli secara online, tekan tekan tak jadi. Mommy terus hubungi hotline Go Shop. Dapat! 

Call hari Isnin, barang sampai hari Khamis. 

Alhamdullilah. Dapat juga memiliki pressure cooker. 

Ada yang tanya mommy beli kat mana. Boleh tengok dekat link ni ya Lagourmet Pressure Cooker
Dugaan di bulan Ramadan | Walaupun puasa dah lepas, mommy nak cerita pengalaman puasa kali ini. Puasa tahun 2018 banyak sungguh dugaan. Amal muntah. Adam demam beberapa kali. Mommy muntah sehingga pitam dan demam. Adam juga muntah beberapa kali dan cirit.
Kesian Adam demam
Di awal bulan puasa, Adam demam. Adam hanya demam malam. 4 malam berturut Adam demam. Dalam pada masa yang sama daddy tak ada. Cuba bayangkan bagaimana mommy menjaga anak-anak sendirian sepanjang 3 hari 2 malam ketiadaan daddy. 

Adam bila demam, dia jadi manja. Adam nak mommy mandikan. Adam nak tidur mommy peluk. 

Bila daddy balik, daddy take over. Fuhh lega sikit. Cuma tidur malam, mommy yang jaga sebab daddy dah penat outstation. Mommy la nak kena jaga dan pastikan suhu Adam tak naik mendadak.

Peperiksaan di bulan puasa

Kesian sungguh anak, selepas sahur terus mandi pakai baju sekolah. Sempat study sebelum pergi sekolah pukul 7.15 pagi. Balik rumah pukul 11 pagi. Bila puasa, adam jadi lapar. Nak elak Adam merengek, mommy suruh Adam tidur sekejap.
link
Pukul 12.30 tengahari Adam pergi sekolah dalam keadaan mengantuk. Balik rumah 6 petang, Adam terus sambung tidur sebab lapar. Adam bangun untuk berbuka puasa. Pukul 8 Adam pergi tusyen. Ada hari Adam tak pergi tusyen sebab mata dah tak boleh buka. 

Amal muntah

Macam pelik apabila si kecil ni mengalami muntah-muntah. Mommy rasa perut Amal masuk angin. Apabila kakak dan abang tak makan, Amal pon ikut serta. 

Kesian sungguh tengok Amal muntah sampai keluar asid perut warna kekuningan.

Amal pergi bilik air sendiri bila nak muntah. Dah besar anak mommy. Pandai berdikari. 

Selepas 12jam, Amal kembali sihat. Terus minta makan aiskrim.
Dah sihat lah tu

Mommy pening dan muntah

Adik Amal sihat, mommy pula pening. Lepas sejam pening terus muntah. Eh mommy tak ada baby ya. Baru ja habis period. Macam mana nak ada baby.

Adam muntah di sekolah

Petang tu juga cikgu hubungi mommy, bagitahu Adam muntah di sekolah. Cikgu akan hantar Adam pulang ke rumah memandangkan mommy tak ada pengangkutan. 

Bermula lah selang seli mommy dan Adam muntah sepanjang hari. Tunggu daddy balik. Pukul 7 juga la daddy balik. 

Mommy dah kesejukan. Demam pula. Badan pon sakit. Sambil merengek sakit minta daddy urutkan. Daddy sediakan makanan berbuka yang dia beli kat bazaar ramadan. 

Pukul 8.30 mommy dah tak tahan sakit, mommy telan ubat tahan sakit. Daddy dah suap bubur nasi sikit. Buat alas perut sebelum makan ubat tahan sakit. 

Dalam berapa minit sahaja, mommy rasa nak muntah. Sambil mengerang kesakitan, daddy beri bakul untuk muntah. Tapi mommy tumbang bersama bakul. Pitam.

Malam tu daddy jadi nurse sampai 3 pagi. Kesian daddy. 

Esoknya mommy dah beransur baik sehingga boleh pergi event lagi. Dah janji kan nak pergi event. Rezeki sama mana boleh ditolak. 

Puasa kali ini banyak hari juga la nak kena ganti. Dah tak sihat, apa boleh buat. Adam pun tak puasa penuh macam tahun lepas. 

Moga tahun depan kita bertemu Ramadan lagi. 
Menang 10 Ribu dengan Peraduan Wefie Raya Jus Hidayah Gold oleh Seraimas Herb | Hari ini mommy nak kongsikan dengan semua mengenai Peraduan Wefie Raya Jus Hidayah Gold oleh Seraimas Herb. Dengan wefie anda boleh menang sehingga 10 ribu ringgit. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu. Tapi, kalau tak cuba memang tak akan bertuah lah kan. 
Menang 10 Ribu dengan Peraduan Wefie Raya Jus Hidayah Gold oleh Seraimas Herb 

Jus Hidayah Gold

Sebelum mommy nak bercerita panjang mengenai Peraduan Wefie, mommy nak bercerita dahulu mengenai Jus Hidayah Gold.

Sebut Jus Hidayah Gold mommy terus teringat lagu yang selalu dimainkan di televisyen.

Kami semua sepakat
Nak cergas serta kuat
Minum Jus Hidayah Gold
Kekal sihat walafiat.
Kekalkan kesihatan dengan Jus Hidayah Gold
Jus Hidayah Gold adalah minuman kesihatan yang menggabungkan 23 jenis herba, kombinasi Raja Segala Herba yang memberi kebaikan dan kesan berganda untuk kesihatan tubuh badan. Cantik dalaman, maka cantik lah luaran. 

Kesihatan kita akan makin susut seiring dengan peningkatan usia kerana segala keperluan zat dalam badan perlu di topup setiap hari. Mommy selalu jadikan analogi mudah ini sebagai panduan. Cuba anda tak mandi seharian, pasti anda rasa kusut. Cuba anda tak mandi 2 hingga 3 hari, mahu lemau badan. Cuba bayangkan anda tak mandi seminggu, mesti terkulai layu tak bermaya lagi. Jadi badan kita sentiasa perlukan supplemen untuk kekal sihat.

Madu, Buah Tiín, Kismis, Kurma Merah, Apricot, Delima, Lada Pintal, Cengkih, Kunyit, Buah Pala, Senduduk Putih, Mahkota Dewa, Habbatus Sauda, Mengkudu, Teja Lawang dan pelbagai lagi bahan semulajadi dalam Jus Hidayah Gold mempunyai kebaikan dan khasiat luar biasa untuk kesihatan tubuh badan dan mengatasi segala macam penyakit. 

Produk keluaran Seraimas sudah lama dipasaran dan terbukti dapat mengatasi penyakit biasa dan juga penyakit serius atau kronik seperti penyakit kanser, diabetes, darah tinggi, gout, SLE (systemic lupus erythematous), angin ahmar, migraine, buasir, denggi, masalah usus (gastik atau sembelit) dan sebagainya.

Nenek moyang kita dahulu kerja kuat dan sihat membanting tulang empat kerat dengan mengamalkan tumbuhan semulajadi. Kalau kita nak cari sendiri satu persatu bahan yang terdapat dalam Jus Hidayah Gold zaman sekarang ni, wajib semua menyerah kalah. Jadi Jus Hidayah Gold ini adalah boleh dijadikan alternatif untuk mengekalkan kesihatan ataupun mengubati penyakit. Bak kata pepatah Melayu, cegah sebelum kena.

Imam Muda Asyraf

Siapa tak kenal Imam Muda Asyraf?  Beliau kini merupakan duta produk kesihatan Jus Hidayah Gold keluaran Seraimas.
Imam Muda Asyraf, duta produk kesihatan Jus Hidayah Gold
Jom sama-sama follow laman Facebook pengeluar jus Hidayah Gold iaitu Facebook Seraimas HQ kerana Imam Muda Asyraf akan bersiaran secara langsung tiga kali dalam sebulan bagi mengupas topik-topik semasa tentang kekeluargaan dan pentingnya kesihatan diri menerusi program bual bicara iaitu Hidayah Talk. 

Peraduan Wefie Raya

Jom mommy nak cerita mengenai Peraduan Wefie Raya. Peraduan ini telah bermula sejak 17/5/2018 sehingga 1/7/2018 ini. Masih ada masa lagi beberapa hari untuk menyertai peraduan ini dan merebut peluang memenangi wang tunai bernilai RM10000. 
Selain daripada hadiah wang tunai, pemenang juga berpeluang untuk beramah mesra di rumah terbuka Hari Raya bersama Imam Muda Asyraf dan keluarga Seraimas bersama pasangan (maklumat mengenai lokasi, masa dan tarikh akan diberitahu kemudian). 

Penyertaan terakhir akan diterima  pada jam 10 malam 1/7/2018

Penyertaan boleh dihantar seberapa banyak yang dikehendaki dengan syarat setiap penyertaan mesti mempunyai gambar kotak produk Jus Hidayah Gold sebagai bukti pembelian.

Pemenang akan dipilih berdasarkan gaya yang paling kreatif.

Pemilihan pemenang dibuat oleh pihak juri yang dilantik.

Pemenang akan diumumkan pada 1/7/2018 melalui Facebook Seraimas HQ.

Apa tunggu lagi? Jom sama-sama menyertai peraduan mudah ini. 

Kepada yang belum mencuba boleh dapatkan Jus Hidayah Gold di
Toko-toko Jamu berhampiran

Cara Penyertaan


  1. Beli Jus Hidayah Gold
  2. Peserta perlu bergambar beramai-ramai (“wefie”) bersertakan Jus Hidayah Gold sebagai bukti
  3. Muat turun aplikasi QR reader di App Store atau Play Store dan scan QR code yang tertera di kotak Jus Hidayah Gold
  4. Isi butiran lanjut dan masukkan “original code”. Ikut langkah seperti yang tertera di laman sesawang www.seraimas.my
  5. Masukan slogan "Saya sertai peraduan Wefie Raya Jus Hidayah Gold kerana........." Ayat tidak boleh melebihi 50 patah perkataan.
  6. Muat naik gambar wefie raya anda di platform yang disediakan. Dengan memuatnaik gambar di platform ini anda telah mengakui bahawa:
  • Gambar adalah milik anda
  • Tiada sebarang pelanggaran hak cipta atau seumpamanya
  • Anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap gambar dan maklumat yang dimuatnaik
  • Membenarkan pihak penganjur menggunakan atau menyiarkan gambar anda di sebarang media bagi tujuan pengiklanan dan promosi produk Seraimas.

Untuk berpeluang memenangi hadiah, penyertaan mestilah diterima pada hari akhir tempoh peraduan. Semua penyertaan yang diterima di luar tempoh peraduan tidak akan dilayan.

Dengan menyertai peraduan ini, anda adalah dengan ini dianggap telah menerima dan bersetuju dengan terma dan syarat Peraduan #WefieRayaJusHidayahGold. Sila klik link ini

Hadiah Peraduan Wefie Raya Jus Hidayah Gold

Seramai 5 orang pemenang akan dipilih. Berikut adalah hadiah-hadiah yang bakal dimenangi.
Tempat Pertama:
Gold Bar (20g) + 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas
Tempat Ke-2:
Gold Bar (10g) + 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas
Tempat Ke-3 sehingga ke 5:
1 dinar emas + 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas

Pertanyaan boleh hubungi talian: +6012 7848364
Website: www.seraimas.my
Facebook: Seraimas HQ
Instagram: @seraimashq
Youtube: Seraimas Herbs

*Mommy pun nak join juga lah peraduan ni. Jom join sekali!