Assalamualaikum.. Hai adik kakak dan ibu-ibu yang gorgeous.. Hari ni mommy nak sembang atau bebel-bebel sikit pasal masalah bateri kong. Macam mana kita sebagai wanita menangani masalah kereta sendirian? Oh abang-abang dan bapa-bapa juga boleh kongsikan dengan adik perempuan, kakak, isteri atau emak juga. Pernah tak korang mengalami situasi sebegini; anda pulang kerja lewat malam. Zaman sekarang ni duit laju macam air ni, nak belanja lebih kena kerja lebih. Dah la balik lewat malam, tiba-tiba kereta mati tepi jalan. Ahhh sudah! Masalah apa pulak kereta aku ni.. Bateri kong ke?

Macam mommy sendiri memang agak sukar lah nak menghadapi situasi macam tu memandangkan mommy jarang drive. Akan tetapi, jika berlaku ketika mommy seorang diri memandu, wajib lah mommy cuak. Kalau mommy drive, daddy nak datang pon sure lambat sebab transport ada satu je.

Bateri kereta kong hubungi bateriku.com
Sebarang masalah berkenaan bateri kereta kong boleh terus hubungi hotline Bateriku.com 1-800-22-2324

Last time mommy dah mengalami bateri kereta kong di Shah Alam. Masa tu mommy relax je la sebab ada daddyG. Mommy pon dah ambil inisiatif simpan nombor handphone Bateriku.com setelah berpuas hati dengan servis mereka. Jadi korang pon wajib simpan nombor bateriku.com.

Bila kereta tak boleh hidup, kalau nak kena towing kereta dah sepasal kerja. Bukan murah upah towing tu. Itu belum kena ketuk dengan orang yang nak repair kereta tu. Almaklumlah kita perempuan cepat panik. Takmau ye kawan-kawan. Info penting untuk anda ni, sekiranya kereta rosak, tak semestinya bateri kereta dah kong. Mungkin masalah altenator ke atau masalah lain. Perempuan pon kena ada ilmu permotoran. Mommy pon baru saja tau pasal kereta ni. Baik kita beringat sebelum kena ye.

Kenapa bateriku.com selamat untuk wanita bila bateri kong?

PERTAMA
Kerana installer yang boleh dipercayai (jujur) dan berpengalaman. Kerja mereka memang cekap dan profesional. Semua soalan mommy dijawab sehingga mommy faham.
Installer yang boleh dipercayai

KEDUA
Kerana perkhidmatan PERCUMA. Kita cuma perlu bayar harga bateri sahaja. Harga bateri pula lebih murah berbanding di tempat lain. Bab bandingkan harga, daddyG dah survey memang betul, bateriku.com punya harga bateri lagi banyak murah.

KETIGA
Kerana penghantaran, pemasangan dan pemeriksaan PERCUMA. Jika bukan masalah bateri tiada caj dikenakan.

KEEMPAT
Kerana staff bateriku.com akan menemani anda sehingga ada bantuan lain sampai.

KELIMA
Kerana warranty boleh dibuat dimana-mana kawasan yang diliputi oleh bateriku.com.
Sebagai contoh. Jika mommy beli bateri di cawangan bateriku.com Shah Alam. Tiba-tiba kereta breakdown masa bercuti di Penang. Mommy boleh refer pada cawangan Penang untuk membantu. Mommy tak perlu balik ke Shah alam untuk membuat tuntutan
*mengikut terma dan syarat*

Jadi Bateriku.com adalah inisiatif berguna dan selamat buat wanita ketika menghadapi masalah kereta rosak. Jangan lupa save nombor hotline bateriku.com tau.

Bila wanita hadapi masalah bateri kereta, terima kasih bateriku.com


NAK TUKAR BATERI KERETA?
#JanganTukarDulu
MUNGKIN BATERI OK LAGI !
#DapatkanKepastian
#GetSecondOpinion
JIMATKAN DUIT ANDA

Panggil BATERIKU.COM @ Tol Free 1-800-22-2324 | Whatsapp 012-245-8027 & 019-699-8279

Mereka datang ke lokasi anda | Pemeriksaan PERCUMA | Tidak perlu beli bateri & DIJAMIN tiada sebarang caj sekiranya bateri anda masih elok.

Isnin ~ Ahad | 7am~1am | Johor ke Perlis

Anda berminat menyertai BATERIKU.COM di seluruh negara ?? Sila mohon secara on-line di www.bateriku.com >> Dealer >> Runner ( Full Time/Part Time/Freelance) >> Rakan Wokshop >> Rakan Tow Truck

Muat turun aplikasi mudah bateriku.com sekarang >> http://apps.bateriku.com/

Walaupon Anis adalah seorang kakak dan sudah bersekolah, namun kakak masih seorang kanak-kanak. Berumur 3 tahun 8 bulan 13 hari. Biasalah kanak-kanak mengalami tantrum apabila kehendaknya tidak dipenuhi. 

Tantrum
Comel sangat perangai beliau tau. Tak kena sikit dah mula meraung. Adam usik meraung. Amal usik pon meraung.  
4 tahun tantrum
 link
Unpredictable
Kadang-kadang beliau berperangai yang tak disangka-sangka. Nak mommy buka baju dia, buka lah juga.
Daddy tanya siapa dera Anis.haha
Sampai daddy tanya siapa dera anak dia. Hahaha... Ok lah perangai comel ni mommy simpan dalam blog.. Suatu hari nanti Anis boleh tengok balik gelagat Anis masa kanak-kanak. Hehehe


Mommy kan ada bagitahu hari tu pasal Jualan Penghabisan Stok Butik Aqid Aqila di Space U8, Shah Alam . Mommy pon pergi lah ke Butik Aqid Aqila. Rugi oi tak grab. Baju dalam gambar nampak lawa jer. Nampak mewah jer. Nampak sweet jer.. Raya sakan lah mommy nanti? Muahahaaa
Mommy pon sakan lah menerai baju itu dan ini. Memandangkan mommy punya saiz dah berubah. Gatal juga nak try saiz 36. Tak muat awak! Dah tahu besar nak jugak try. Last mommy try baju hitam ni. Memang ngam. Cantik sangat. Saiz 38. Terus jatuh cinta lahh...
Disebabkan mommy bersaiz comel sangat menampakkan kerawang penuh di badan.
Untuk saiz yang sebenar macam model di bawah.
Kainnya bertingket-tingket. Lawa sangat. Harganya pon lawa.
DaddyG pernah belikan baju berharga RM300. Masa tu anak baru seorang. Boleh la nak mahal-mahal. Tapi baju tu tak boleh pakai lama pon. Mommy dah tak muat nak masuk. Kerawang pon tak banyak. Yang ni hanya RM160 dapat baju macam mak datin. Opss melaram lah raya nanti...hehee

Jenuh la pasni nak mencari baju daddy, Adam, Anis dan Amal kaler hitam.. Hihihi 
Assalamualaikum... Selamat pagi korang.. Dah lama tak update blog... Mommy kalau fikiran berserabut, tak boleh nak update blog.. Serabut sangat... Berbalik kepada isu mommy nak bincang pagi ni, mesti semua orang suka beli tapi tak perlu bayar. Kira free of charge, FOC. Siapa lah tak suka kan? 

Ipad Mini mommy lama dah tak hidup. Lama sangat sebab wayar nak charge dah rosak. Mengada ipad ni nak kena beli yang original sahaja. DaddyG dah belikan satu wayar tambahan masa mula-mula belikan ipad ni. 

Jadi, bila dua-dua dah rosak, daddyG buat tak tahu je. Dia taknak beli lagi dah. 

Kali ni mommy nekad juga nak beli untuk hidupkan ipad. Rugi lah ipad tu tak boleh digunakan...

Beli tapi tak perlu bayar

RM89. Tengok harga tu je, terus rasa tak jadi beli. Kemudian daddyG kata "You pergi tanya kat kaunter, berapa point boleh redeem.", sambil memberikan kad kredit.

Apabila kita membuat bayaran menggunakan kad kredit, ada point yang boleh kita tukar jadikan cash. Yeayy! Melebihi harga wayar ipad. 


Jadi, dapat lah juga mommy hidupkan ipad mini. Beli tapi tak perlu bayar. Banyak juga la barang yang mommy beli dengan redeem point kredit kad ni... 

Kredit kad ni kalau tak ada pon susah. Nak buat pembayaran penting seperti tiket flight nak kena guna kredit kad. Jadi, bila guna kredit kad, sila jadi pengguna berhemah.. 
Jualan Penghabisan Stok Butik Aqid Aqila, Space U8 hingga 31 Mac 2017 | Puasa dah tak lama lagi. Maka persiapan raya pun bermula. Ada antara kita yang teringin nak memakai pakaian mahal dari butik-butik tapi belum berkemampuan. Namun ia tidak lagi menjadi masalah apabila terdapat jualan penghabisan stok. Info penting buat wanita di luar sana, terdapat jualan penghabisan stok Butik Aqid Aqila, Space U8. Baju cantik-cantik dan dijual dengan diskaun 75%. Wowww!!!

Butik Aqil Aqila terletak di Space U8, Bukit Jelutong, Shah Alam sedang mengadakan jualan penghabisan stok gila-gila bermula hari ini. Mommy ulang, bermula hari ini, sehingga 31 Mac 2017. Mommy ingat esok mommy nak ke Butik Aqid Aqila setelah mommy usha facebook page mereka di fb.me/aqidaqila. Jubah cantik sangat dan dah berkenan sangat. Sanggup nak drive sendiri ke butik esok hari.
Jualan Penghabisan Stok Butik Aqid Aqila, Space U8 hingga 31 Mac 2017
Jualan Penghabisan Stok Butik Aqid Aqila, Space U8 hingga 31 Mac 2017
Ini merupakan antara baju yang ada 75% diskaun. Nak tengok banyak lagi dan puaskan hati kena lah ke butik. 
Material satin yang sedap dipakai
Sweetnyerr..mommy pon tak sabar nak pergi butik
Jualan penghabisan stok Butik Aqil Aqila
STOK TERHAD, SIAPA CEPAT DIA DAPAT 

Stok dah tak banyak tau.. So jom cepat-cepat pergi Butik Aqil Aqila. Jangan lupa mention korang tau pasal jualan penghabisan stok ni dari blog mommy, www.irrayyan.com

Mesti semua dah tak sabar nak beli baju raya tu... Jom pergi butik esok! Boleh pilih baju sama-sama dengan mommy. Ini alamat butik:-

BUTIK AQID AQILA
B1-19, FIRST FLOOR, 
SPACE U8, 
BUKIT JELUTONG, 
40150 SHAH ALAM

Selain daripada pakaian wanita berkonsepkan muslihah untuk golongan remaja dan dewasa, Butik Aqid Aqila juga menerima tempahan jahitan pelbagai fesyen.
Design 2016
Design 2016
Melihatkan rekaan baju tahun lepas, mommy tak sabar nak tunggu baju tahun ni. Sebelum tunggu baju baru, jom kita grab baju diskaun 75%. Jom!