Assalamualaikum... Hai korang.. Boleh tak mommy katakan kebanyakan orang zaman sekarang suka online shopping je? Tak perlu bersiap nak keluar rumah dan tak perlu harung jammed. Haaa korang pernah tahu tak apa itu Shopback? Shopback akan memberikan pulangan tunai (Cashback) sehingga 30% kepada pelanggan apabila mereka membeli-belah di lebih dari 500 stor online. Wahhhh menarik sangat..
Shopback; shop online earn cashback
Shopback; shop online earn cashback

Haaa kalau dulu korang tak tahu menahu pasal shopback, maka sekarang korang dah tahu. Mari mommy cerita lebih lanjut lagi mengenai Shopback ni.

Ibu pejabat Shopback adalah di Singapura dan mereka beroperasi di Amerika Syarikat, Malaysia, Filipina, India, Indonesia, dan Taiwan. ShopBack sebenarnya dah wujud sejak September 2014. 

Apabila kita sebagai pembeli membuat belian dia mana-mana stor online melalui Shopback, kita akan mendapat cashback daripada Shopback. 

Nampak tak? Kita dah keluar duit untuk membeli, kemudian kita dapat semula pulangan tunai daripada ShopBack. 

Shopback telah memperoleh banyak Anugerah:
September 2016 - Emerging Enterprise Award, pada Emerging Enterprise Award kali ke-9, dianjurkan oleh The Business Times dan OCBC Bank
Oktober 2015 - Gold Award, kategori Best Start-up (Growth Stage); Silver Award, kategori Best Innovative Infocomm Products (Consumers), pada Anugerah Singapore Infocomm Technology Federation (SiTF) kali ke-7, dianjurkan oleh SiTF


Langkah-langkah menggunakan Shopback

LANGKAH 1: Pilih lebih dari 500 peniaga online di ShopBack.


Selepas sign up Shopback, kita boleh shopping dari stor online kegemaran melalui Shopback. Kalau tak melalui Shopback, tak dapat lah cashback tu.

Mommy jakun jugak lah bila kalo pertama masuk Shopback ni. Surfing and surfing and window shopping pelbagai kategori - Fesyen, Perjalanan, Makanan & Minuman, elektronik, gaya hidup dan macam-macam. Rugi lah kalau korang tak sign up dan belek stor online yang boleh kita dapat "cashback".

LANGKAH 2: Bila kita dah pilih stor yang kita nak shopping, kita hanya perlu tekan "Shop Now" 
Apabila kita dah klik "Shop Now", kita boleh buat belian macam biasa.

LANGKAH 3: Dapatkan cashback.
Setelah membuat pembayaran, rebat tunai secara automatik akan dimasukkan ke dalam akaun ShopBack.

Cashback yang mommy perolehi setelah shopping online di Lazada melalui ShoBack

Hari ni mommy buat belian di Lazada melalui Shopback. Selepas beberapa ketika(bergantung kepada stor online), mommy dapat email yang memberitahu cashback dah masuk dalam akaun.

Cashback boleh ditunaikan ke dalam akaun bank. Haaaa yang ni kena tunggu cashback banyak-banyak baru lah best kan nak transfer ke dalam akaun kita.

Korang nak alami sendiri ShopBack kenalah sign up di
https://www.shopback.my

Selain tu boleh tengok juga:-
YouTube


Haa mesti korang dah faham kan? So lepas ni nak shopping boleh terus buka cashback. Segala macam stor online ada dalam tu... 
Sejak AFB Network Enterprise menjadi stokis Biobax Cool Theraphy, mommy memerlukan air bubble wrap untuk membungkus parcel kepada agen-agen Biobax.  Walaupon dah bungkus dengan air bubble wrap, ada juga kotak Biobax kemek.

Harga air bubble wrap 10mm x 1 meter x 1 meter adalah RM5.70. Kos di situ sahaja dah banyak. Jadi mommy merancang nak beli segulung besar air bubble wrap. 

Air Bubble Wrap 10mm x 1meter x 100meter

Di Lazada harga air bubble wrap 100meter RM65. Harga postage RM6 menjadikan jumlah semua adalah RM71.

Sekiranya mommy membeli di Tesco atau kedai buku sebanyak 100 kali.
RM5.70 x 100 = RM570

Penjimatan sebanyak rm499. Woww! Tapi bila nak habis tu taktau lah.. Atau boleh berniaga air bubble wrap pula selepas ni. Hahaa

Air Bubble Wrap 10mm x 1meter x 100meter
Air Bubble Wrap 10mm x 1meter x 100 meter

Air Bubble Wrap 10mm x 1meter x 100meter

Air Bubble Wrap 10mm x 1meter x 100meter
Air Bubble Wrap 10mm x 1meter x 100meter
Air Bubble Wrap 10mm x 1meter x 100meter
Air Bubble Wrap 10mm x 1meter x 100meter
Memang besarlah satu gulung air bubble wrap ni. Boleh bungkus tebal-tebal supaya kotak Biobax tak kemek lagi. 
Assalamualaikum... Sekejap je dah masuk bulan dua... Selamat datang Februari.. Ini gambar pertama mommy hari ini.. Amal bangun awal hari ini dan tidur semula..
Gambar 1 Februari 2017
Mommy dah jarang update blog? Uhuk.. Bila mommy serabut dan moody je terus mommy tak ada idea nak update blog.. Hurmm hurmm... 
Sebenarnya banyak cerita dah tergendala.. DaddyG pon dah mula membebel mommy tak update blog..opsss

Moga bulan ini mommy tidak mencampuradukkan antara blog dan emosi...wakakakaa... 

Hari ni pon mommy sakit urat belikat... Malam tadi banyak kali terjaga sebab sakit sangat.. So sekarang ni macam kena tidur jugak sebab dah mengantuk sangat.. 

Doakan mommy cepat sembuh...susah nak buat kerja bila sakit tangan sebelah ni.. (Mujur jari tak sakit..hahaha boleh update blog)
Sejak mommy jumpa mee sihat ni, Adam selalu minta nak makan mee. Jadi boleh dikatakan hampir setiap hari mommy goreng mee. 
Mee goreng tanpa telur
Sedap lah tu kan kalau dah tak ingat nak makan nasi. Minta mee aje.
Sampai daddy pon suka minta mee. Hehee skill memasak mee pon semakin hebat. Hehee
Mee goreng ada telur
Malangnya, semalam masa ambil Anis balik sekolah. KakSal yang bawa van sekolah tu kata,

"Anak kau kata mommy buat mee goreng tak sedap"

Erkk... Menusuk kalbu.. Kemudian KakSal sambung lagi.

Akak tanya dia kat sekolah makan apa. Anis jawab makan mee. Akak tanya lagi kat rumah makan apa. Anis jawab makan mee. Akak tanya mee cikgu masak sedap tak. Anis jawab sedap. Akak tanya mee mommy masak sedap tak. Anis jawab tak sedap.

Seharian mommy moody. Moodyyyyy!!!!! Huwaaaaa.... 

Sedih digelakkan orang sebab anak kata mee mommy buat tak sedap.. Cikgu masak sedap lagi... Huwaaa

Beberapa hari lepas kami sekeluarga berkampung di Hospital Shah Alam kerana telinga Adam ada "sesuatu". Tak tahu benda apa. Adam tak bagi usik telinga yang sakit tu.
Sebelum ni kalau mommy cuci telinga Adam tak ada pulak nampak hitam ni
Spot kedua pula berwarna merah macam darah

Tempoh hari semasa checkup susulan telinga Amal dengan Pakar ENT Hospital Shah Alam, mommy bagitau doktor si abang sakit telinga. Doktor suruh bawa abang refer ke pakar juga.

Prosedur jumpa pakar ni pula kena ada referral letter. Kemudian dgn referral letter tadi bawa ke pakar untuk set temujanji. Itu baru set temujanji.. Entah bila nak jumpa doktor.. Bila tunjukkan video yang mommy dah ambil, kawan daddyG suruh pergi Emergency terus. Tapi dia dah pesan memang lama la menunggu sebab dia kes Hijau je.

Semasa mendaftar di emergency, staff bertugas dah maklumkan masa untuk menunggu adalah 4-5 jam.. 

Lama tu memang lama lah. Nak mendaftar pon lama.. Nak menunggu doktor panggil pon lama.. Nak tunggu ubat pon lama.. Memang ngam ngam 5 jam baru selesai semua.

Telinga adam dicuci..diberi ubat..kena jumpa pakar isnin nanti untuk pemeriksaan susulan..apa benda dalam telinga Adam? Doktor kata bukan serangga. 


So lega lah sebab bukan serangga dalam telinga Adam. Tapi doktor minta pergi jumpa pakar juga hari Isnin untuk rawatan susulan.