Anis Insyirah menunjukkan minat yang mendalam untuk memiliki basikal. Di belek-belek basikal jiran sebelah. 


Pantang tak ada orang, dia pon nak naik. Padahal tak sampai pon kaki tu. 


Selama berkawan, Adam Rayyan tak pernah menunjukkan rasa cemburu atau ingin memiliki basikal. Dia tak usik pon basikal kawannya. Dia hanya main kereta sahaja. 


Nampaknya mommy la terpaksa membodek daddy untuk belikan basikal untuk anak-anak mommy. Kesian tengok Adam Rayyan main basikal baby. Hadiah dia dapat masa hari jadi pertama. 



Mommy masuk bilik air. Nak buang air. Takkan nak ajak dia masuk sekali. Dia kat luar menangis. Bila mommy keluar, dah begini rupa. Alololo sedihnya. Berpeluh-peluh.

Pastu boleh buat drama menangis lagi. Nak apa mommy tak faham. Lama juga la dok ulang tanya nak apa. Jadi tantrum pulak. Apa dia cakap mommy tak faham. 

Dengar bunyi macam biskut. Mommy pon minta tolong Adam Rayyan ambilkan tin biskut. 


Haaaa kita tengok gambar jela. Biar gambar berbicara. Adam Rayyan pon nak bergambar sekali. 






Diam dua-dua beradik melayan biskut.



Daddy geledah satu rumah mencari kunci kereta. Setiap pelosok rumah dia cari. Kecuali plastik sampah. Sebab mommy dah bungkuskan plastik sampah.

Korang perasan tak, kita selalu tak akan jumpa atau nampak kalau kita mencari dalam keadaan kelam kabut. Mommy pon join sama la mencari kunci. Kesian daddy nak pergi kerja macam mana kunci tak ada. Kunci spare pon tak ada. Sambil membebel dalam hati.

Krik. Krik. Krik. Kalau membebel betul-betul, bertambah stress la daddyG kan. So sambil mencari, sambil potpetpotpet dalam hati. Mommy pasti takkan jumpa benda yang di cari kalau tengah stress.

Dah banyak kali tau kes tak jumpa kunci ni, so jangan salahkan sesiapa walau tahu siapa yang main kunci tu. Hehehehe


Selepas satu jam, mommy duduk tempat terakhir mommy tengok Anis Insyirah lepak pagi tadi. Budak kecik tu kan tidur lambat. Tenung sudut tu je. Hahaha ada pon. 

Mana lagi kunci tu nak pergi kan selain dalam rumah ni juga? Daddy, sila lah simpan kunci kereta tu baik-baik ya. 



1. Beras rebus (klik sini)
Ini herbalist yang bagitahu mommy. Beras rebus boleh up immune sistem. 88% khasiat beras rebus masih ada dan kita akan mendapat khasiat darinya berbanding beras putih yang tiada apa-apa khasiat kerana teknologi pemutihan beras.


2. Bawang putih mentah
Paling mudah nak jumpa. Takkan kat dapur tak ada stok bawang putih kan? Tapi mampu kah anda? Krik krik krik! Kalau anda mampu anda memang hebat. Jimat belanja. Badan pon sihat.

Selalu kita dengar petua nak hilangkan demam dan selsema baby, bawang putih dibakar tanpa membuang kulitnya. Kemudian buang kulit dan tumbuk. Campurkan sedikit minyak zaitun dan sapu di kaki baby.


3. Habbatussauda aka jintan hitam
Petua mudah juga. Masukkan jintan hitam dalam masakan anda! Jimat dan sihat. 


4. VCO, minyak kelapa dara
Minyak kelapa dara boleh dikatakan masih murah untuk dimiliki. Baby baru lahir dah boleh amalkan minyak kelapa dara menurut herbalist.


5. Jus tumbuhan hijau
Pastikan tumbuhan yang anda perolehi adalah tumbuhan organik ya. Kalau tidak, sama seperti kita memakan toksik(racun perosak yang digunakan pekebun)


6. Pevoo, Palestine Extra Virgin Olive Oil
Extra virgin olive oil cari yang asal dari Timur Tengah seperti Pevoo. Mudah dah nak cari kerana ramai dah yang mula menyedari kepentingan makanan sunnah ini.

Tapi mommy masih ada masalah nak menelan pevoo. So mommy masukkan dalam makanan yang dah disejukkan.


7. LactoGG
Moden sikit, kita amalkan terus bakteria baik(probiotik). Kalau nak tradisional, bakteria baik ada dalam tempoyak mentah dan tempe mentah. 

Kenapa lagtoGG? Dalam banyak-banyak probiotik yang ada, jenama ini yang sesuai untuk baby. 


8. Olivenol
Olivenol merupakan pati buah zaitun. Berkhasiat tetapi mahal harganya. Kalau mampu apa salahnya.


Ada lagi rasanya makanan yang boleh up kan immune sistem kita. Tapi mommy sekeluarga hanya mengamalkan beras rebus (klik sini). Sebab hari-hari kita makan nasi. Kenapa nak makan nasi putih yang tiada khasiat kan? 

Di samping itu, mommy gantikan gula putih yang merupakan racun merbahaya kepada gula organik(klik sini) dan gantikan garam putih kepada garam bukit (klik sini) yang mempunyai 84 unsur mineral asli yang diperlukan oleh badan kita. 

Jom ubah gaya pemakanan hidup yang sihat untuk kecantikan luaran dan dalaman!

Mommy buat and entri ini pagi tadi. Terjaga jam 3 pagi tengok anak teruna dan anak dara mommy berjaga. Bukan mudah nak jadi blogger. Tapi jangan buat sesuatu yang mendatangkan tekanan dalam hidup anda. Ehh pesanan buat diri sendiri juga. Mommy blogger, Bukan Sekadar Blogger. Harap perkongsian ini bermanfaat buat semua. 


Ish mommy rasa dah lama la anak-anak ni tak tidur lewat malam. Pukul12 tu kira semua dah tidur la. Tapi malam ini. T_T

MEREKA TAK TIDUR LAGI! 

Sekarang jam 4 pagi.

Ini gambar pukul 3 lebih tadi.


Adam Rayyan berjaga sebab dia tidur pukul 7-12malam. Silap la bagi dia tidur. 

Anis Insyirah tak tidur-tidur lagi. Mengantuk dah tadi ni. Tapi berjam-jam mommy tepuk dok merengek je kerja. Last-last mommy pon mengamuk. 

Daddy take over. Bila mommy sedar pukul3 pagi, tengok Adam Rayyan dan Anis Insyirah segar bugar. Daddy tidur. 

Huhuhu esok nak kena tune semula waktu tidur korang. Jangan la jadi burung hantu ya anak-anak.

Nanti dah ngantuk, tidur lah ye. Mommy tidur dulu. Selamat malam.