Mommy sedang buat entri. Target nak publish pukul 8 malam. Ada beberapa minit lagi nak pukul 8. Anis Insyirah pula terjaga dari tidur.

Mommy nak cepat, cik kak ni kacau pulak. Mommy tak layan dia. Lagi dia kacau. Sebenarnya ini antara penyebab entri akan tergendala. Atau idea akan tersangkut. Pastu mommy kena stop la dan layan anak-anak.

Tapi disebabkan mommy target nak up entry tersebut juga dan tinggal sikit je lagi nak siap, mommy tak layan Anis Insyirah.

Terus merajuk anak dara mommy ni. Muka masam nak nangis. 

Mommy sambung buat entry sambil kejut daddy. Suruh daddy main dengan Anis Insyirah. Daddy pantang cuti dan baring, mesti nak mengeruh jer. Hihihi

Daddy panggil, Anis Insyirah tak gerak. Daddy datang dekat ambil baru dia peluk kuat daddy. 

Kerja mommy dah selesai. Mommy panggil Anis Insyirah berkali-kali baru dia pusing peluk mommy.

Dah besar anak dara mommy ni. Pandai merajuk.

 



Mommy pon peminat Dingdong Dantes & Marian Rivera. Pasangan selebriti paling berpengaruh ini selamat bergelar suami isteri selepas lebih lima tahun bercinta. Tarikh keramat mereka 123014.

Dingdong Dantes dan Marian Rivera saling bertukar lafaz cinta dan sumpah setia untuk bergelar suami isteri di Immaculate Concepcion Cathedral, Quezon.


Sedikit sejarah perkenalan mereka. Marian dan Dingdong bertemu pada tahun 2007 apabila digandingkan bersama dalam drama adaptasi tempatan MariMar. Mereka sering berlakon bersama sejak gandingan menjadi itu dalam siri televisyen lain termasuk drama Dyesyebel pada tahun 2008.

Jom layan gambar di sekitar majlis perkahwinan mereka. Sama cantik sama padan.








Mommy nak cerita sejarah macam mana mommy boleh guna Kelambu Moden ni. 

Mommy ni seorang yang anti nyamuk. Menurun la perangai abah mommy. Abah tak boleh tidur kalau di ganggu nyamuk. Begitu juga abang yang sulung. Kalau nampak je kelibat nyamuk, abang akan cari sampai jumpa.

Begitu juga la dengan mommy. Tak boleh tidur kalau ada nyamuk. Dan memang akan cari nyamuk tu sampai dapat atau sampai tak dapat di kesan. Hebat nyamuk tu lari sebab takutkan mommy. Haha.

Sebelum ada anak, mommy tak tahu lagi pasal kelambu moden ni. Cara nak atasi nyamuk pada masa itu adalah dengan menyembur ubat nyamuk.

Bila Adam Rayyan lahir, mommy berpantang di kampung. Dekat kampung nyamuk lagi la banyak. Lebih-lebih lagi waktu selepas subuh dan magrib. Terpaksa la guna kelambu tradisional. 

Mengamuk mommy kepanasan tak dapat bernafas dalam kelambu. Hehehe melampau kan sampai tak dapat bernafas. Padahal kecil-kecil guna kelambu tu la jugak. Mungkin disebabkan dah biasa tidur di asrama selepas SPM tidak menggunakan kelambu. Jadi bila tidur dalam kelambu tradisional ni, memang lemas dan rimas. 

Tapi terpaksa la juga. Taknak anak kena gigit dengan nyamuk. Demi anak, semua ibu akan sanggup buat apa saja. Kalau tak sanggup tu mesti ibu tu ada masalah lain.

So, bila habis pantang, balik ke Shah Alam. Mommy daddy mencari solution untuk atasi masalah nyamuk ni. Google punya google jumpa lah Kelambu Moden ni. Masa tu sekali postage RM60. 

Kelambu Moden ni sangat membantu.

Pertama: kalau kelambu tradisional mommy rimas dan lemas, kelambu moden ni pengudaraannya sangat bagus. Ini yang penting sebenarnya, keselesaan. Kelambu sudah pasti tujuannya nak jauhi nyamuk. 

Kedua: bila anak tidur, mommy boleh tinggalkan anak tanpa risau dalam kelambu. Nyamuk pon tak kacau. Bila anak dah boleh bergerak, mommy tak risau dia nak tarik apa-apa wayar sebab dia hanya bermain dalam kawasan kelambu sahaja.

Ketiga: kelambu penyelamat anak yang tidur buas. Hahahaha biasa jela kan baby kalau dah boleh bergerak, mesti mereka akan tidur 360 darjah. Bila anak jatuh pon, anak masih tersangkut dalam kelambu. Hahahaha tak risau anak terhantuk kepala ke lantai lagi dah.

Keempat: senang nak di bawa ke mana-mana. Mommy daddy takkan lupa bawa kelambu moden ni apabila pulang ke kampung. Lipat-lipat sahaja dan bawa masuk kereta. Kelambu moden ni macam khemah. So tak perlu nak cari paku untuk pasang kelambu.

Bila mommy perkenalkan kelambu moden ni kepada keluarga, mereka pon berminat. Selalu kelambu moden ni berguna kepada ibu bapa yang ada anak kecil. Atau orang tua yang kulitnya sensetif apabila digigit nyamuk.

Sebab ramai yang berminat, maka mommy pon mula la menjual Kelambu Moden ni. Begitu lah sejarah pasal kelambu moden ni.  


So kepada yang berminat untuk memiliki Kelambu Moden boleh hubungi mommy Irra melalui whatsapp 013 356 0192 atau email ke beli@irrayyan.com



Zaujah Naza http://zaujahnaza.blogspot.com
nadialadzim http://nadialadzim.blogspot.com
Farah Waheda Wahid http://www.bubblynotes.com


2015
Nak rajin-rajin blogwalking dan tinggalkan komen macam blogger-blogger gojes kat atas.


Hari pertama tahun 2015 bersamaan hari Khamis. Public holiday. Sekali lagi mommy tak ingat pon 1 Januari ni cuti umum. Bila daddyG kata esok cuti, baru la melopong mulut mommy. "Ohhh, esok cuti eh".

Mommy pagi ni nak bercerita pasal blog. Apa yang berlaku kepada blog mommy tahun pertama mommy berkecimpung sebagai seorang blogger. Mommy masih baru lagi. Kira ni baru belajar nak bertatih. Jalan sikit jatuh. Dan bangun semula. Jatuh lagi. Ouchhh...

Ranking alexa yang terbaik mommy pernah dapat adalah seribu lebih. Sekarang ranking alexa mommy jatuh kedebuk!! 15k. Rasa nak pengsan. Tapi salah sendiri lah sebab tak jaga. Apa kan daya, dalam keadaan begini, mommy dah try sehabis baik. Takpe, mommy tak akan putus asa. 

So Azam tahun baru, perbaiki blog irrayyan.com dari semua segi. Mommy nak buat Giveaway pertama tahun 2015. Dua pemenang akan menerima dua tiket masuk ke Kidzania. Tunggu ya!


Jumlah entry sepanjang tahun 2014:
Padan la ranking merosot ye? Entry pon merosot. Caiyok caiyok mommy! Kalau jadikan blogger sebagai kerjaya, kena bekerja bersungguh-sungguh!

10 komentator terakhir 2014:

Mama amir 


Terima kasih semua yang support irrayyan.com!