Suamiku busy teruk

Suamiku busy teruk | Sejak daddyG sambung belajar, daddyG tersangat lah sibuk. Sungguh... Selalu hari kerja dah balik lewat. Bila ada kerja berkumpulan atau ada assignment, bertambah lewat daddyG sampai ke rumah.. Nak mengukuhkan lagi kesibukan daddyG, korang boleh baca kisah di bawah ini

↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

Alkisah 25 Ogos 2017, sinki dapur tersumbat. Mommy gagahkan diri menyelesaikan masalah tersumbat tu. Buka paip kat bawah sinki(yang tersumbat), cuci di bilik air. Kemudian pasang semula. Malangnya sinki tu dah rosak. Paip jadi tak ketat. Masalah tersumbat tadi dah selesai. Masalah paip tak ketat, mommy guna tupperware yang tak digunakan sendal bersama periuk mainan amal di bawah paip tu. Bila paip dah ketat, air tak meleleh keluar. 

Bijak. Bijak.. Selamat lah untuk seketika kan.. I

Beberapa hari selepas itu kami pergi DIY. Cerita sama amoi masalah sinki. Kami tak tahu apa masalah sinki tu. Apa benda nak diganti. Skru rosak ke? Adoi masa tu pon lupa ambil gambar. Jadi tak beli lah alat ganti.

Solusi sementara yang mommy buat menggunakan tupperware dan periuk mainan amal bertahan sehingga semalam 29 disember 2017. Bocor lagi apabila periuk mainan tu beralih kedudukan dan menyebabkan paip kembali tidak rapat. 

25-8-2017 hingga 29-12-2017, lama giler.. 4 bulan

Selama tempoh itu beberapa kali dah mommy ingatkan daddyG untuk beli alat ganti..
Apa nama benda ni tatau.. corong keluarkan air tu
Akhirnya selepas 4 bulan, daddyG belikan alat ganti sinki tu pada 30-12-2017. Tapi belum pasang lagi.. bila nak pasang pula tu?
DaddyG punya sibuk, dia tak sempat ada di rumah.. kalau ada di rumah, dia gunakan masa sedikit itu untuk melayan anak-anak.. ehem ehem.. melayan isteri juga.. merajuk isteri dia nanti.. 

Bila dah ada anak, layan anak jeee.... Ini tidak adil.. hahaha...

Jadinya, bila masa nak layan sinki tu?

9-1-2018.. Anis dan Amal menjadi rajin membasuh pinggan.. sebenarnya bukan basuh sangat pun.. mereka main air dan sabun.. Lencun dapur mommy..

Lagi haru, sinki bocor menyebabkan banjir dapur tu.. bila sinki bocor, air yang keluar tu air kotor dan busuk..

Kali ini, no compromise! Daddy tolong lah baiki sinki tu..

Malam tu juga, ketika mommy hantar adam pergi tuisyen, daddy baiki sinki.. mommy singgah kedai beli barang dulu.. 

Dalam setengah jam juga la mommy keluar, sampai je rumah sinki dah siap. Haaa siap pon! 

↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

Cerita di atas adalah bukti daddyG terlampau sibuk.. tak tahu lah lepas ni macam mana.. sekarang ni pon masih balik lewat malam siapkan report lah.. 

Susah juga ye sambung belajar bila dah berkeluarga ni... 

Bila daddyG busy, of course lah mommy pon turut busy. Ya lah, mommy uruskan anak-anak dan rumah dari pagi sampai ke malam... 

1 comment:

  1. haaa..mmg bila sinki bermasalah mmg bikin masalah...sampai boleh banjir dapur tu..hehe

    ReplyDelete