Cikgu prihatin, mommy lega walaupun bibir anak bengkak

Cikgu prihatin, mommy lega walaupun bibir anak bengkak | Perkara ni dah lama berlaku. Cuma mommy baru nak semat di dalam blog www.irrayyan.com ... Senang bila nak flashback, boleh search di blog sahaja... Ini kisah suatu hari, cikgu whatsapp mommy. "Maaf puan, tadi Anis berlanggar dengan kawan dia.", Namun Anis belum pulang.

Bila Anis sampai je rumah. Mommy tak terkejut melihat luka di bibir anis. Walaupun nampak agak. Bibir bengkak. Ada luka. 
Kakak ni tak padan dengan awak tu perempuan. Mesti berlari sakan di sekolah. Rupa dah tak macam anak mommy. Kesiannya.
Selalu petang-petang dia akan keluar bermain depan laman rumah. Kali ini, dia nak tidur. Mesti sakit itu masih ada.
Anak-anak mommy kalau sakit, mereka akan tidur. Tidur boleh hilangkan sakit eh?
Makan hari juga la bengkak nak surut. Alhamdulillah muka Anis kembali kepada asal.

Terima kasih cikgu, whatsapp beritahu. Kalau tidak, mommy akan lebih susah hati. 


3 comments: