Weather today 27 feels like 31

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, hari ni dah masuk 4 Ramadhan.. Malam tadi mommy tidur lambat siapkan buku kira-kira AFB Network Enterprise. Pening juga lah bila lakukan sesuatu di luar bidang sendiri. Kemudian sambung bungkus Biobax untuk agen. Dalam satu lebih juga la tidur. Arghh sudah kalau tak terjaga sahur ni...

Bila sedar dari tidur pagi tadi, hampir pukul 5. Nasib baik lah tersedar.. Dengan tidur berpeluh-peluh. Malam tadi pasang kipas 1 sahaja. Masa tu sejuk lagi.

DaddyG kejutkan Adam Rayyan, basah baju berpeluh.. Huhuu kesian anak mommy.. Mommy mana tau cuaca hari ni panas sangat.. 

Alhamdulillah sempat kami bersahur.. Lepas sahur semua orang mandi. Panas berbahang teruk sangat dah..

Mommy saja lah google cuaca hari ni. Memang cuaca panas hari ni.. 27 feels like 31..
Cuaca hari ini 30 Mei 2017
Sekarang ni pon cuaca panas sehingga berpeluh.. Selalu siang tak pernah buka aircond. Hari ni macam terpaksa je buka aircond awal..
Harap hujan lah seperti yang dijadualkan tu. Basah sikit bumi yang kering kontang kepanasan.. 

Walaupon kita berpuasa, jangan lupa minum air kosong secukupnya yaa..

Salam Ramadhan,
Mommy irra.

1 comment:

  1. Cuaca memang berbahang kan Mummy.. anyway Selamat berpuasa :)

    ReplyDelete