Serik kena saman je

Kalau dulu nak bayar parking kereta, kena cari mesin dan bayar guna duit syiling. Rupanya sekarang tak perlu guna mesin lagi dah. Hanya beli kupon letak kereta yang perlu digores sahaja. 

Kupon letak kereta gores ni mommy beli di kedai runcit. Memang akan ada papan tanda bertulis ada jual kupon letak kereta. 

Kupon Gores MBSA
Dah beberapa kali juga la kereta ni kena saman parking. Part yang best tu, kau hanya terlambat seminit sahaja. Serik mommy serik. 
Jadi mommy beringat lah kononnya. Rugi oi kalau kena saman lagi. Mommy pun beli lah kupon gores ni. 

So ini merupakan pengalaman pertama mommy. Rasa agak leceh nak kena cari syiling untuk menggores dan tengok kalendar dan jam. Takpelah! Asalkan tak kena saman lagi..

2 comments:

  1. dah pernah dua kali kena saman haha lepastu memang serik nak keluar kejap pn gores jee

    ReplyDelete
  2. Mmg tensen kena saman ni, duit beb. Boleh beli mcm2 dgn duit tu taw 😉

    ReplyDelete