Beli tapi tak perlu bayar

Assalamualaikum... Selamat pagi korang.. Dah lama tak update blog... Mommy kalau fikiran berserabut, tak boleh nak update blog.. Serabut sangat... Berbalik kepada isu mommy nak bincang pagi ni, mesti semua orang suka beli tapi tak perlu bayar. Kira free of charge, FOC. Siapa lah tak suka kan? 

Ipad Mini mommy lama dah tak hidup. Lama sangat sebab wayar nak charge dah rosak. Mengada ipad ni nak kena beli yang original sahaja. DaddyG dah belikan satu wayar tambahan masa mula-mula belikan ipad ni. 

Jadi, bila dua-dua dah rosak, daddyG buat tak tahu je. Dia taknak beli lagi dah. 

Kali ni mommy nekad juga nak beli untuk hidupkan ipad. Rugi lah ipad tu tak boleh digunakan...

Beli tapi tak perlu bayar

RM89. Tengok harga tu je, terus rasa tak jadi beli. Kemudian daddyG kata "You pergi tanya kat kaunter, berapa point boleh redeem.", sambil memberikan kad kredit.

Apabila kita membuat bayaran menggunakan kad kredit, ada point yang boleh kita tukar jadikan cash. Yeayy! Melebihi harga wayar ipad. 


Jadi, dapat lah juga mommy hidupkan ipad mini. Beli tapi tak perlu bayar. Banyak juga la barang yang mommy beli dengan redeem point kredit kad ni... 

Kredit kad ni kalau tak ada pon susah. Nak buat pembayaran penting seperti tiket flight nak kena guna kredit kad. Jadi, bila guna kredit kad, sila jadi pengguna berhemah.. 

7 comments:

  1. betul irra.. kalau tak ada kad, susah nak boking hotel atau buat apa2 pembelian online. tapi kena guna secara bijak.

    ReplyDelete
  2. pernah ada tapi slah guna....lastly,terminate terusla...

    ReplyDelete
  3. uish yang ori saja rm89. elsa buat masa nie tak rosak lagi yang ori punya

    singgah klik iklan :) http://elsaalicious.blogspot.my/2017/03/ulang-tahun-pertama-blog-elsaalicious.html

    ReplyDelete
  4. Saya sampai sekarang tak mempunyai kad kredit sebab takut terlebih pakai, hihi maklumlah diri nie macam jenis boros jea.. =)

    ReplyDelete
  5. tapi kite nak guna kad..sebab ter'over' bajet..hahaha

    ReplyDelete
  6. oooo baru tahu,untung jugak ye.

    ReplyDelete
  7. Betul..Tak ada kredit kad pun susah..macam asben akak suka bayar bil2 guna kredit kad sbb dia pesen tak suka nak gi banyak2 tempat..so set auto bayar dengan kredit kad..dapat gaji, bayar jumlah penuh kat 1 tempat je iaitu kredit kad..klu nk guna kredit kad kena jadi pengguna yang berhemah..tak boleh nak shopping tak tentu hala...

    ReplyDelete