Bila tak jaga muka

Huwaaa ini wajah mommy sekarang... Bermula bulan November, muka ni mula di banjiri jerawat yang besar, sakit berdenyut-denyut dan bercambah dengan bahagianya. Seminggu nak period, lagi seronok jerawat tu naik.. Hormon bermasalah kah? 
Dahi berjerawat[20.2.2017]
Mujur lah jerawat dia serang bahagian dahi je. Pipi ada la sikit. Bila dah lebih 3 bulan muka dok macam tu je sampai jiran tegur.
link
"Asal muka makin gelap irra?"
Tona tak sekata. Berparut
Hujung tahun lepas 2 kali pergi Melaka. Sunburn lah rasanya. Kemudian aku pulak gatai jadi pemalas. Malas nak jaga muka. Malas nak cuci muka. Hari tu bukan main rajin kan skincare itu ini.

Yang ni mommy memang faham sangat. Dah malas, maka tanggung lah sendiri. Macam mandi. Kau tak mandi sehari pon rimas kan? Cuba la tak mandi beberapa hari.. Sure bau tengik! Hehehee

Ni baru padan muka mommy!

Mencegah lebih baik dari mengubati. Bila dah jerawat naik galak ni kan. Jenuh la menunggu nak baik.

Beli scrub sebab jiran promote. Bukan makin elok. Habis hidung mommy jadi hitam hitam kat tepi. Yang ni tak ingat nak ambil gambar. Serius sebelum ni tak pernah wujud hitam hitam tu di muka.

Alaa tu proses detox la mommy...haa detox tak detox dua minggu juga la mommy cuba konsisten pakai... Sama jugak la tang hidung tu... Okey takyah sebut la scrub apa ye...

Bermula 21.2.2017 mommy cuba pakai skincare lain pula.. Maka kena tunggu lah selepas 21 hari apa hasilnya..

Eh eh esok mommy nak buat rawatan muka di Dr M.A.D Wellness SPA.. Muka kena lah berseri-seri. Kang suami balik tak lalu nak tengok muka bini...huwaaa [boleh pula mimpi suamiku kahwin lagi beberapa hari lepas. Lagi tak boleh jadi ni..]

InsyaAllah 14.3.2017 mommy update gambar terkini.. Kbai korang...thanks baca blog mommy...

1 comment: