Lahirnya AFB Network

Assalamualaikum.. Selamat pagi semua.. Apa khabar? Mommy nak buat sedikit pengumuman.. Mommy dah ada syarikat sendiri yang dah didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM). Alhamdulillah.. 
Officially AFB Network Enterprise

Apa itu AFB? 
A untuk Auto
F untuk Feed
B untuk Blog

Kenapa mommy memilih AFB?
Autofeed blog umpama nyawa mommy. DaddyG yang buatkan autofeedblog untuk mengurangkan beban isterinya. Terima kasih teramat sangat buat daddyG di atas sokongan dan keprihatinan beliau.

Setelah EFG dibubarkan, daddyG kata teruskan aje autofeed tu. Lagipon autofeed tak melibatkan sebarang masalah. Tak perlu berhubungan kerana semuanya dah auto. 

Autofeed daddyG yang punya. Mommy irra pon daddyG yang punya. Siapa saya ingin murka pada suami sendiri. Hehee

Jadi dengan rasminya mommy nak umumkan tarikh lahir AFB adalah sama dengan tarikh lahir AFB Network Enterprise iaitu 18 Oktober 2016.


Selepas ini mommy boleh fokus dengan blog, laman sosial media mommy dan berniaga. 

Mommy register SSM secara online. Nanti mommy update di blog macam mana cara memohon secara online ya.. Jumpa lagi! 

10 comments:

  1. singgah sini.. tahniahh mommy irra :))

    ReplyDelete
  2. Dah boleh register SSM online yer? Nnti share ye mommy (^^,)
    Thanks in advance~

    Regards,
    SNM_Yana Afi Mohamed

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... Tumpg gembira buat mommy..

    ReplyDelete
  4. rasa nyer aida ada komen kot kat fb irra bila irra post status pasal auto feed ni.
    berminat nak join afb masa tu.
    but tu la.aida x aktif blogging. bukan tiap hari.
    rasa nyer tak layak join.

    ReplyDelete
  5. terbaiklah ira..moga terus maju...

    ReplyDelete