Yusmizee Naturopathic Pusat Perubatan Semulajadi di Melaka

Ramai dah masyarakat sekarang memilih perubatan semulajadi. Termasuklah mommy yang merawat ekzema anak mommy secara perubatan holistik. Ayat yang mommy selalu guna, "Benda dah jadi. Let it be. Come and go naturally." Walaupon mommy menggunakan rawatan semulajadi, mommy masih berjumpa dengan doktor yang mempunyai kemudahan atau alatan canggih untuk memeriksa atau mengesan punca dan asbab sakit. Seperti contoh anak mommy sakit telinga. Apa yang ada dalam telinga mommy tak nampak. Doktor je boleh pastikan telinga anak mommy macam mana kerana mereka mempunyai kepakaran dan alatan canggih. Jadi, selagi boleh mommy akan cuba amalkan rawatan semulajadi. Di sini mommy nak highligh kan satu pusat perubatan semulajadi iaitu Klinik Yusmizee Naturopathic Centre. Pilihan sesuatu perawatan adalah hak individu. Tetapi, mungkin ada yang masih tidak mengetahui kewujudan pusat-pusat perubatan semulajadi seperti Klinik Yusmizee Naturopathic Centre ini.


Klinik Yusmizee Naturopathic Centre

Klinik Yusmizee Naturopathic Centre adalah sebuah pusat perubatan semulajadi moden (NATUROPATHIC). YUSMIZEE NATUROPATHIC CENTRE  menjadi ahli MALAYSIAN ASSOCIATION of NATUROPATHIC MEDICAL SENIOR (MANIS) dan telah di beri tanggungjawab untuk menggembangkan ilmu dan rawatan semulajadi moden (NATUROPATHIC) di negeri Melaka.
Bekam, hipnosis, akupuntur,murutan tradisional
Yusmizee Naturopathic Pusat Perubatan Semulajadi di Melaka

Sejarah nama Yusmizee 

Nama Yusmizee di ambil dari nama pengamal perubatan naturopathic ini sendiri iaitu, Yusmizee bin Yusoff. Beliau telah memulakan kerjaya dalam bidang rawatan alternative sejak tahun 2002. Sejarah perubatan beliau bermula dengan mempelajari ilmu perubatan dari beberapa orang guru agama secara formal dan tidak formal. Beliau juga telah mengikuti banyak kursus rawatan dan perubatan.



Sebelum ini Yusmizee Naturopathic Centre memulakan perniagaan dengan menggunakan nama Pusat Rawatan Islamm 1000 Dinar dan mula beroperasi sejak tahun 2005 secara sambilan. Pada tahun 2010, beliau
 telah mulakan rawatan secara serius dan telah menghadiri beberapa kursus kesihatan secara professional dan mempelajari ilmu NATUROPATHIC di USM, Kampus Kesihatan, Kubang Kerian Kelantan.

Kini di atas kepercayaan beberapa orang Profesor di USM, Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan dan beberapa orang doktor pakar, beliau telah melangkah maju setapak lagi ke dunia perubatan semulajadi moden yang di namakan NATUROPATHIC (rawatan semulajadi) yang telah mendapat tempat di kalangan masyarakat di negara negara maju, yang mengamalkan rawatan semulajadi tanpa bahan kimia dan pembedahan dalam perubatan.

Dalam rawatan Naturopathic (rawatan semulajadi) terdapat 5 disiplin asas iaitu:
1) rawatan tanpa menggunakan alat.
2) rawatan dengan menggunakan alat.
3) nutrisi keseimbangan pemakanan.
4) rawatan menggunakan teori gelombang.
5) penawar naturopathic dan homeopathy.

Di Klinik Yusmizee Naturopathic Centre, 5 disiplin di atas digunakan untuk merawat penyakit acute (biasa) sehingga penyakit kronik. Antara rawatannya ialah :

1- Rawatan tanpa alat.
a) Teknik fisiotherapy, Kiropraktic, Yumeiho untuk reganggan pembetulan tulang pinggul dan tulang belakang.

b) Teknik urutan point pada badan.

2- Rawatan dengan menggunakan alat.
a) Rawatan bekam sunnah, bekam penyakit moden, bekam magnet, bekam angin, bekam sihir dan saka.

b) Rawatan Akupuncher titik dan point penyakit.
c) Rawatan teknik urutan menggunakan alatan pada point badan.

3- Consultancy nutrisi pemakanan seimbang.

4- Teori gelombang.
a) Rawatan rukyah bacaan ayat suci Al quran.

b) Terapi Hipnosis Neuroscience, teknik kawalan minda bawah sedar otak kiri, otak kanan dan otak tengah. 

c) Rawatan gelombang positif magnet dan kristal.

5- Naturopathic dan Homeopathy. 
Bancuhan campuran remedy ubat ubatan homeopati iaitu ibu pati ubat yg bermula dari potensi rendah sehingga potensi tinggi untuk semua penyakit acute (biasa) dan penyakit kronik.

Klinik Yusmizee Naturopathic Centre akan sentiasa membantu untuk merawat 
segala gejala penyakit. Jadi jika korang berminat untuk mencuba perubatan semulajadi, boleh la terus ke:

Klinik Yusmizee Naturopathic Centre
LOT 2.33, Bangunan MARA Alor Gajah, 78000, Alor Gajah, Melaka.
no hp: 0123556736.

Atau kunjungi facebook dan instagram

🔺FB: Yusmizee Naturopathic Centre (facebook.com/muhammad.noor.35325)
🔺IG: yusmizeenaturopathic (instagram.com/yusmizeenaturopathic/)

1 comment:

  1. kita semua memang patut beralih kepada perubatan Naturopathic ni.. kembali kepada basic healthy lifestyle juga.. :)

    ReplyDelete