CNY dengan tokma dan tokbah

Cuti Raya Cina kami tak pulang ke kampung. Mak dan Ayah mertua datang ke sini. Itu yang mommy sibuk sikit. Tak sempat nak update blog. Bukan mak ayah je ada, satu family besar adik beradik emak mertua ada. Abang mak buat kenduri menyambut menantu di Dewan Putrajaya pada hari raya Cina pertama.

Adik-adik datang 7-2-2016, hari Jumaat. Mak dan ayah datang Sabtu malam. Mak dan ayah datang lama kali ni. Dapat la tokma dan tokbah bermain dengan cucu lama sikit.


Cucu tokma dan tokbah dah 4 orang; 
Adam Rayyan 4 tahun 5 bulan
Anis Insyirah 2 tahun 7 bulan
Amal Insyirah 10 bulan
Aisyah Raihanna 8 bulan


Tokma dan cikLah nak pergi GM Klang.


Adat bila dah sampai KL. Mesti la berjalan ke rumah adik-beradik. Pertama sekali ke rumah Pakteh dekat dengan GM Klang. Lepas tu kami terus balik rumah. Esok kenduri di Putrajaya.


8-2-2016, majlis menyambut menantu AyahNgah. Selamat Pengantin Baru Azran dan isteri. Selamat hari lahir juga buat AyahNgah. Hari ni juga merupakan hari lahir AyahNgah. Tahun lepas kami makan kambing di BaitulUmmi sempena hari lahir AyahNgah.


Mommy begambar dengan adik ipar. Dua  ni ja adik perempuan. Lagi dua adik lelaki.


Malam pula semua berkumpul di rumah mommy kecuali AyahNgah yang masih sibuk kenduri. Kali pertama rumah ni menerima tetamu yang ramai. Terasa kesempitan bila beramai-ramai. Hurrmm macam mana nak jemput ramai lagi ni. Hehe


Esok nya kami bersarapan pagi sekali lagi di rumah PakTeh. Kemudian konvoi ke rumah saudara mak di Shah Alam. Waaa besarnya rumah mereka di Alam Megah ni. Bila mommy nak duduk rumah sendiri pulak ni. 


Pukul 6.30 petang hari Selasa kami hantar tokma dan tokbah ke Subang Airport. Ada rezeki kita jumpa lagi.


:: tengok gambar mommy sendiri, aduh sedih. Berat masih 51 kg. Bila nak kurus? 

2 comments: