Resepi Chocolate Lava


Mommy nak buat chocolate lava. Bahan semua ada dah. Baru ja mula projek anak pon mula merengek. 

Tapi mommy tahan telinga je la. Nak siapkan chocolate lava. Time mommy ada mood nak buat projek dapur la mereka pon sama naik bikin projek. Sabar je la.

Resepi Coklat Lava
Tak berapa nak jadi. Okey la ada lava tu. Rasa manis. Maybe boleh kurangkan gula lepas ni. Kemudian kena cari bekas yang lebih tinggi supaya lavanya banyak. Mommy punya bekas ni macam nipis. 


Resepi seperti dalam gambar. Cara-caranya: 
  1. Cairkan coklat
  2. Masukkan butter ke dalam coklat sehingga sebati
  3. Pukul telur dalam bekas lain
  4. Masukkan gula sedikit demi sedikit
  5. Kemudian masukkan bancuhan coklat dan butter tadi.
  6. Masukkan satu sudu kecil extrak vanila
  7. Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Masukkan bancuhan coklat di atas ke dalam bekas yang dah di sapu butter.
Panaskan ketuhar. Mommy irra guna pemanggang ajaib sahaja.
Bakar selama 5-7minit sahaja. Ini pon kena buat eksperimen. Kalau bakar lama tak jadi lava. 

Kemudian boleh makan. Yumyumyum. Tunggu daddyG balik rasa dan komen. 

14 comments:

  1. sedappp... coklat nie ape2 pon sedap.. laparrr..hahaha

    ReplyDelete
  2. Menarik.wana dah lama ambik resepi tapi belum pernah buat lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Ni pon lama gak. Try test error byk kali. Pastu suka suki tambah bahan smpi xjadi..kali ni jadi la jugakk..hikhik

      Delete
  3. Coklat mmg feveret sue. Tahan je la. X berani mkn telur lg. Sian kt ank.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Telur ayam kampung boleh. Telur ayam biasa tu je xboleh

      Delete
  4. Aaaa, kena ada kerajinan yg tinggi ni. hehe

    ReplyDelete
  5. makan dengan aiskrim... alahaiiii sedapnya.... mommy dah berjaya, sha bila lagi ni??? huwaaaa

    ReplyDelete
  6. since pregnantkan Dahlia..sampai sekarang masih tak start baking lagi..hurmm rindunya nak buat kek ..lagi2 kek lava ni..

    ReplyDelete