Street Art Laman Seni 7 Shah Alam #LorongBelakang


Hujung minggu baru-baru ni mommy ajak daddyG singgah Laman Seni 7 di Seksyen 7 Shah Alam. Dah tahu lama dah kewujudan Laman Seni 7 tapi sebelum ni belum berkesempatan nak pergi. 

Walaupun dah berpindah ke Bandar Baru Klang, namun Shah Alam masih juga jadi tempat tumpuan kami. Sementelahan lagi jarak dari rumah ke Seksyen 7 hanyalah 10km sahaja.

Jom kita tengok sebahagian hasil seni mural di lorong belakang kawasan komersial Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen 7, Shah Alam. Hanya sebahagian sahaja kerana mommy dah tak larat nak berjalan. 


Sejak bila wujudnya Laman Seni 7?
​Laman Seni Seksyen 7 wujud pada tahun ini dan telah dirasmikan oleh YAB. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim pada 22 Jun 2014. Baru lagi kan.


Laman Seni 7 ini adalah inisiatif pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk mengubah suasana lorong belakang khususnya di kawasan komersial supaya menjadi kawasan yang selamat, bersih dan indah. Memang sangat cantik lukisan mural di Laman Seni 7 ini. 


Secara tak langsung Laman Seni ini menjadi tempat tumpuan pelancong dan dijadikan sebagai tempat untuk aktiviti bermanfaat. Seperti kami sekeluarga mengisi masa terluang dihujung minggu dengan berjalan di sepanjang lorong belakang sambil menikmati seni mural.


Siapa yang melukis mural di Laman Seni 7?
Kalau ke sini, setiap hasil lukisan ada disertakan nama pelukis. Mereka dipilih melalui Pertandingan Laman Seni 7 Shah Alam. Penyertaan terbaik dipilih ke peringkat  akhir diberi kebenaran untuk melaksanakan projek lukisan mural di Laman Seni 7 Shah Alam. Konsep lukisan mural bertemakan komuniti Shah Alam atau 'Shah Alam community', tarikan pelancongan atau 'tourist attraction' dan berkonsepkan kehijauan atau 'green concept'.


Banyak lagi hasil seni lukisan mural ni. Mommy dan kepenatan dan ajak daddy balik. Lain kali singgah lagi.


4 comments:

  1. cantiknyee.. bila la berkesempatan nak ke sini.. lukisan nampak real.. kreatif org malaysia nie.. :)

    ReplyDelete
  2. best nya duduk shah alam..! hehe.. sana ramai budak2 uitm kan..rmailah budak2 seni.. huhu

    ReplyDelete