Portal Jabatan Meteorologi Malaysia Tidak Mesra Pengguna (user-friendly)


Laman sesawang (website) sangat berguna sekiranya memberikan info yang benar dan telus kepada pengguna. Namun masih wujud website yang memberi maklumat mengelirukan kepada pengguna kerana laman mereka tidak begitu mesra pengguna (user-friendly).

Salah satu ciri laman sesawang yang mesra pengguna adalah penggunaan saiz tulisan (font) yang bersesuaian. 


Contohnya semalam dan hari ini telah menjadi viral di group whatsapp yang mana telah dipanjangkan (forward) maklumat yang salah; bersumberkan portal Jabatan Meteorologi Malaysia hanya kerana tulisan yang muncul di mobile version sangat kecil.

Paparan pada mobile.
Paparan pada PC.

Perkataan TIADA/NONE itu hanya jelas kelihatan jika dilihat pada skrin komputer (PC/laptop). Tidak boleh disalahkan visitor yang datang menjengah kerana mata akan tertancap pada perkataan biru yang di-bold-kan. Sedangkan perkataan TIADA hanya cinonet. Kebanyakan rakyat Malaysia kini melayari internet menggunakan telefon pintar (smart phone) yang membolehkan mereka online di mana-mana sahaja.

Sebagai satu laman sesawang rasmi kerajaan yang berinformatif, maka mesti bagi laman tersebut bersifat mesra pengguna (user-friendly) sama ada untuk paparan di komputer atau telefon pintar dan juga tablet supaya maklumat yang disampaikan tidak mengelirukan atau misinterpret.


3 comments:

  1. Bagus akak lontarkan perkara macam ni. Biar diaorg sedar sikit kan.

    ReplyDelete
  2. susah jugak yer kalau website penting camni tapi tak user friendly... kesian dekat orang semua... :(

    ReplyDelete