Pemeriksaan Ibu Mengandung di Klinik Kerajaan


Mommy tiba di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Shah Alam jam 8:15 pagi. Masuk ja klinik, tempat duduk penuh.

Mommy punya misi hari ini adalah dapatkan buku Merah. Sabar je lah menunggu 3 jam prosedur pertama kali checkup mengandung.

Disebabkan ini adalah kehamilan ketiga dan anak-anak sebelum ini pon mommy checkup di sini, maka syarat mudah pendaftaran adalah bawa bersama I/C sahaja.

Buat mereka yang pertama kali perlu bawa bersama:
  1. I/C
  2. Sijil nikah
  3. Bil air atau api terkini untuk mengesahkan alamat rumah
  4. Surat rujukan daripada doktor atau klinik lain (jika ada)
Prosedur pendaftaran:

1. Ambil nombor giliran.

2. Isi buku Merah - fuhh jenuh nak mengisi.


3. Timbang berat dan ukur ketinggian.
  • Berat 50kg
  • Tinggi 145.5cm
     Berat naik banyak kot. Tinggi memang tak kan naik dah. Huhu.


4. Ambil darah.
     HIV negative

5. Urine test. Sekali result darah untuk bacaan hemoglobin(Hb) dan urine. 
     Urine Normal
     Hb 12.8

6. Jumpa nurse
     B/P 103/66
     Tempoh hamil 19+4/7
     Tinggi rahim 17cm


7. Jumpa doktor
     Scan baby 16+3/7
     EDD 22/3/2015


Next appoinment:
     09/10 MGGT
     24/10 Repeat scan
     06/11 monthly checkup

Bagusnya bila checkup kat klinik kerajaan ni, semua perkara diambil pusing. Tak ada yang tertinggal. Terlampau ambil berat sampai jadi lambat. Hahaha lambat tapi bagus untuk kelahiran ok la kan? Sekali checkup hari ni kena datang semula 3x appoinment. Fuhhh.

Mommy plan third baby ni buat full checkup kat private je. Alaa panel daddyG. Akan tetapi nak juga buku Merah. Now dah ada buku Merah rasa macam nak follow pulak klinik kesihatan. Err.

Padahal kesian kat diri sendiri. Kesian kat anak-anak. Kesian kat daddyG. Bayang la tadi 3 jam lebih anak-anak tunggu. Mereka mengantuk. Tetapi kat klinik tu amat lah panas. Macam mana nak tidur dengan berpeluh. Anis Insyirah dah la ada ekzema. Kesian dia tergaru-garu.

Cuma seperkara yang mommy fikir panjang sikit bab nak teruskan ke klinik kerajaan ni adalah nak checkup mata. Mata yang semakin kabur penglihatan jarak jauh. Pastu nak check gigi sekali. Ibu mengandung ni banyak sangat kelebihan bila ada buku merah. Layanan dia macam kelass sikit. Hahaha.. Kalau rasa tak di layan baru kita stop g checkup eh.. 

So esok ni kena bawa kertas keras yang boleh dijadikan kipas yang sangat berangin buat menganginkan dan melenakan Anis Insyirah. Haa pasni korang asyik baca cerita mommy irra g klinik je la. Jangan bosan eh. He he 

23 comments:

  1. Tahniah, preggy kali ke3. Semoga ibu dan baby sihat... mamamyja esok dah nak bersalin. ngeee

    ReplyDelete
  2. may Allah ease sis. mmg lmbt kk ni tp tkpe, demi kshtn kita dan anak. if nk g private, just go la sis. :) cx memula buka buku merah pon jenuh tunggu. siap kene dtg ptg plak. huhu. comel je sis ni ye. brt kite same. heehe tinggi pon dkt2 je hehe

    ReplyDelete
  3. Akhirnya berjaya jugak misi Irra hari ni yek... :)

    ReplyDelete

  4. Banyak perkara yang diambil pusing... babyB... tak sabar nak tengok....huhu

    ReplyDelete
  5. part check up ni la yg rasa sebal nak gi klinik... mengandung mmg nak huhu... letih menunggu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Letih sgt.huhu dgn adam anis tak selesa panas.

      Delete
  6. Tahniah Irra.....pregnant no 3...haishh akak jugak masih menunggu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak. InsyaAllah ada rezeki kak anis nnt

      Delete
  7. lepas ni boleh share tips kehamilan pulak..heheh

    ReplyDelete
  8. mmg bercinta kalau buat check up kt klinik kerajaan..hhuhuhuuu

    ReplyDelete
  9. ohhh inilah buku merah yg di maksudkan tu ye

    ReplyDelete