Maaf Jika Aku Tak Sempurna


"Saat benci membara, lahir cinta mendakap jiwa"


Drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna yang ditayangkan pada pukul 7 malam setiap Isnin sehingga Khamis dalam Slot Akasia TV3 adalah drama yang di adaptasi daripada novel yang ditulis oleh Acik Lana.


Cerita mengenai Melina, seorang anak gadis kota yang baru meningkat usia. Kehidupan Melina dipenuhi dengan perkara yang mengasyikkan sehingga Melina lupa akan dosa dan pahala. Sikap Melina itu menyebabkan kedua ibu lbapa Melina susah hati memikirkan Melina. Papa Melina telah meminta jasa baik Luqman untuk membantunya mengawasi gerak geri Melina. Setiap hari akan berlaku pertengkaran antara mereka. Cara hidup dan latar belakang Melina dan Luqman sangat berbeza. Sebelum Datuk Zakri menghembuskan nafas yang terakhir, beliau telah menitipkan wasiat kepada bapa Luqman, Rashid.


Kerana wasiat dan janji oleh kedua ibu bapa Luqman dan Melina, mereka disatukan dalam ikatan suci yang tidak pernah mereka setujui. Walaupun perkahwinan itu dibina tanpa cinta, namun Luqman tetap menerima Melina seadanya sebagai seorang isteri. Dari hari ke hari, rasa benci sudah bertukar kepada rasa cinta dan sayang yang tidak boleh dipisahkan lagi. Setelah mereka mengecap bahagia, dugaan demi dugaan melanda menguji kesabaran dan kasih sayang mereka. 


Mampukah mereka mengharungi segala dugaan ini? Mampukah mereka mempertahankan ikatan kasih suci yang sudah terpatri?

Drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna ini adalah arahan Shuhaimi Lua dan dilakonkan oleh Fahrin Ahmad, Sara Ali, Zamarul Hisyam, Amy Mastura, Tasha Shilla, Shella Faeiz, Sabreena Ibrahim, Reza Hasbi, Ika Nabella dan diterbitkan oleh Zeel Production.

LAGU TEMA / OST drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna adalah Egoismu nyanyian Liza Hanim.

Mommy layan drama ni dekat tonton.my sepanjang xde tv. So malam ni boleh tgk. Yeay!!

6 comments:

  1. saya tak berapa nak serasi dengan drama ini..
    alih2 abgku pula yg jarang layan slot akasia yg serasi..:)

    ReplyDelete
  2. sha tak layan pulak sebab lakonan kayu sara ali...hihi

    ReplyDelete
  3. anis layan sebab ade fahrin ahmad nie.. sukeee dye..hikhik.. gatal suda.. :P

    ReplyDelete
  4. macam lebih kurang sama je dengan drama yang ada zul ariffin tu..

    ReplyDelete
  5. tak layan pon citer ni sbb kurang daya tarikan

    ReplyDelete