Harga RON95 & Diesel Naik Lagi 20 sen Menjelang Tengah Malam?


Tiada kenaikan harga minyak dunia buat masa ini. So technically, bukan harga minyak yang naik tetapi subsidi minyak yang telah dikurangkan oleh kerajaan selaras dengan dasar rasionalisasi subsidi kerajaan. Subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter, berkuatkuasa 12.01 pagi, 2 Oktober 2014 – harga RON95 akan meningkat daripada RM2.10 kepada RM2.30, sementara diesel berubah daripada RM2.00 kepada RM2.20 seliter.


KUALA LUMPUR: Harga petrol RON95 dan diesel akan mengalami kenaikan sebanyak 20 sen seliter mulai tengah malam ini, menjadikan harga runcit baharu bagi RON95 sebanyak RM2.30 manakala diesel, RM2.20.

Ini berikutan pengumuman daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berkenaan subsidi petrol RON95 dan diesel yang dikurangkan sebanyak 20 sen seliter, berkuatkuasa 12.01 pagi, 2 Oktober 2014.

Menurut kenyataan KPDNKK pada Rabu, harga pasaran bagi petrol RON95 pada masa ini ialah RM2.58 seliter dan diesel RM2.52 seliter.

"Walaupun dengan pengurangan kadar subsidi ini, kerajaan masih perlu membelanjakan lebih RM21 bilion untuk  subsidi petrol RON95, diesel dan LPG bagi tahun 2014. 

Baca lanjut di astro AWANI


Kali terakhir harga RON95 dan diesel diselaraskan adalah pada 3 September 2013, juga sebanyak 20 sen seliter – RON95 daripada RM1.90 kepada RM2.10 dan diesel daripada RM1.80 kepada RM2.00.

Ini adalah prinscreen yang daddyG send kt mommy irra


Gambar  atas ni daddyG suh postkan, sebagai kenangan kali terakhir isi minyak RON95 dengan harga RM2.10 seliter. Untuk kenangan masa depan.

7 comments:

  1. Hehe daddy g pun sentimental ye^^

    ReplyDelete
  2. tak sabar saya nak bayar dengan harga baru hari ini. malas nak keluar beratur semalam sebab pam kat sini meriah macam dah raya puasa 2015 melangkaui raya haji

    ReplyDelete
  3. ayoyo... macam2 hal sekarang.. hihi

    ReplyDelete
  4. Wah...daddyG sempat buat kenangan tuh...semalam tepuk dahi bila isi minyak...terasa banyak bezanya nilai minyak VS RM...dush!

    ReplyDelete
  5. Main 20sen seliter... kalau full tank, banyak gak terbang....

    ReplyDelete
  6. mmg sedih bila dgr KHABAR BERIA NI TP AA BOLEH BUAT HUHUHU

    ReplyDelete