Baby baru selepas 7 tahun

Baby baru selepas 7 tahun | Baca tajuk mesti ada yang ingat mommy mengandung lagi. Ahaa mommy tak mengandung lah.
Mommy ada baby baru
Baby yang mommy maksudkan adalah meja makan. Selepas 7 tahun 5 bulan 25 hari, baru mommy merasa ada meja makan. 
Sebenarnya bajet meja makan ni dari bajet untuk pembedahan lengan mommy. Tapi disebabkan tak perlu buat pembedahan, elok benarlah wang tersebut mommy belanjakan dengan barangan yang "nampak" dan boleh digunakan setiap hari.
Meja makan 6 kerusi
Meja makan adalah perabot idaman mommy. Puas request tak dapat tau. Ya lah, daddyG seorang sahaja kerja. Kos sara hidup sekarang tinggi.
Kosong
Jenuh juga la mommy nak mengemas rumah untuk kosongkan segala ruang. Nak letak big baby.
Staf Ikea pasang kerusi
Pukul 6 petang baru lori IKEA datang. Pasangkan kerusi dan meja makan
Sofa pon nak kena tukar baru. Nampak span dah
Rumah kita kecil sahaja. Sofa tu pula besar gedabak. Syukur lah sofa jiran lama bagi. Ada juga sofa.
Pasang meja
Yang menarik dalam gambar di atas adalah dinding rumah mommy. Dah macam tadika rupanya.
Kalau pasang sendiri, jenuh la
Sejam lebih juga la nak memasang meja dan 6 kerusi. Itu dah guna alatan. Kalau pasang sendiri mahu 2 hingga 3 jam tak siap lagi.

Syukur Alhamdullilah..

9 comments:

  1. mak belum nak beli lagi meja makan. rumah sempit. hihuhu.

    ReplyDelete
  2. haa ingatkan nak ada ahli baru...terkono den. akak dulu ada meja waktu awal kahwin tapi lepas anak2 dah ramai tak nak pakai dah tapi mungkin setahun dua kena guna meja makan kot sebab nanti tak larat nk menghilang makanan kat bawah...hehe

    ReplyDelete
  3. Salam ziarah mommy...

    Alhamdulillah rezeki Ramadhan ni :)

    ReplyDelete
  4. heheheh... tgok tajuk mmg nak ucap tahniah utk tuuu..

    tp tahniah la jugak utk perabot baru. sng makan ramai2 meriah..

    ReplyDelete
  5. Bila beli barang, dan kita nampak depan mata barangnya, rasa best sangat =)

    ReplyDelete