Menang 10 Ribu dengan Peraduan Wefie Raya Jus Hidayah Gold oleh Seraimas Herb

Menang 10 Ribu dengan Peraduan Wefie Raya Jus Hidayah Gold oleh Seraimas Herb | Hari ini mommy nak kongsikan dengan semua mengenai Peraduan Wefie Raya Jus Hidayah Gold oleh Seraimas Herb. Dengan wefie anda boleh menang sehingga 10 ribu ringgit. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu. Tapi, kalau tak cuba memang tak akan bertuah lah kan. 
Menang 10 Ribu dengan Peraduan Wefie Raya Jus Hidayah Gold oleh Seraimas Herb 

Jus Hidayah Gold

Sebelum mommy nak bercerita panjang mengenai Peraduan Wefie, mommy nak bercerita dahulu mengenai Jus Hidayah Gold.

Sebut Jus Hidayah Gold mommy terus teringat lagu yang selalu dimainkan di televisyen.

Kami semua sepakat
Nak cergas serta kuat
Minum Jus Hidayah Gold
Kekal sihat walafiat.
Kekalkan kesihatan dengan Jus Hidayah Gold
Jus Hidayah Gold adalah minuman kesihatan yang menggabungkan 23 jenis herba, kombinasi Raja Segala Herba yang memberi kebaikan dan kesan berganda untuk kesihatan tubuh badan. Cantik dalaman, maka cantik lah luaran. 

Kesihatan kita akan makin susut seiring dengan peningkatan usia kerana segala keperluan zat dalam badan perlu di topup setiap hari. Mommy selalu jadikan analogi mudah ini sebagai panduan. Cuba anda tak mandi seharian, pasti anda rasa kusut. Cuba anda tak mandi 2 hingga 3 hari, mahu lemau badan. Cuba bayangkan anda tak mandi seminggu, mesti terkulai layu tak bermaya lagi. Jadi badan kita sentiasa perlukan supplemen untuk kekal sihat.

Madu, Buah Tiín, Kismis, Kurma Merah, Apricot, Delima, Lada Pintal, Cengkih, Kunyit, Buah Pala, Senduduk Putih, Mahkota Dewa, Habbatus Sauda, Mengkudu, Teja Lawang dan pelbagai lagi bahan semulajadi dalam Jus Hidayah Gold mempunyai kebaikan dan khasiat luar biasa untuk kesihatan tubuh badan dan mengatasi segala macam penyakit. 

Produk keluaran Seraimas sudah lama dipasaran dan terbukti dapat mengatasi penyakit biasa dan juga penyakit serius atau kronik seperti penyakit kanser, diabetes, darah tinggi, gout, SLE (systemic lupus erythematous), angin ahmar, migraine, buasir, denggi, masalah usus (gastik atau sembelit) dan sebagainya.

Nenek moyang kita dahulu kerja kuat dan sihat membanting tulang empat kerat dengan mengamalkan tumbuhan semulajadi. Kalau kita nak cari sendiri satu persatu bahan yang terdapat dalam Jus Hidayah Gold zaman sekarang ni, wajib semua menyerah kalah. Jadi Jus Hidayah Gold ini adalah boleh dijadikan alternatif untuk mengekalkan kesihatan ataupun mengubati penyakit. Bak kata pepatah Melayu, cegah sebelum kena.

Imam Muda Asyraf

Siapa tak kenal Imam Muda Asyraf?  Beliau kini merupakan duta produk kesihatan Jus Hidayah Gold keluaran Seraimas.
Imam Muda Asyraf, duta produk kesihatan Jus Hidayah Gold
Jom sama-sama follow laman Facebook pengeluar jus Hidayah Gold iaitu Facebook Seraimas HQ kerana Imam Muda Asyraf akan bersiaran secara langsung tiga kali dalam sebulan bagi mengupas topik-topik semasa tentang kekeluargaan dan pentingnya kesihatan diri menerusi program bual bicara iaitu Hidayah Talk. 

Peraduan Wefie Raya

Jom mommy nak cerita mengenai Peraduan Wefie Raya. Peraduan ini telah bermula sejak 17/5/2018 sehingga 1/7/2018 ini. Masih ada masa lagi beberapa hari untuk menyertai peraduan ini dan merebut peluang memenangi wang tunai bernilai RM10000. 
Selain daripada hadiah wang tunai, pemenang juga berpeluang untuk beramah mesra di rumah terbuka Hari Raya bersama Imam Muda Asyraf dan keluarga Seraimas bersama pasangan (maklumat mengenai lokasi, masa dan tarikh akan diberitahu kemudian). 

Penyertaan terakhir akan diterima  pada jam 10 malam 1/7/2018

Penyertaan boleh dihantar seberapa banyak yang dikehendaki dengan syarat setiap penyertaan mesti mempunyai gambar kotak produk Jus Hidayah Gold sebagai bukti pembelian.

Pemenang akan dipilih berdasarkan gaya yang paling kreatif.

Pemilihan pemenang dibuat oleh pihak juri yang dilantik.

Pemenang akan diumumkan pada 1/7/2018 melalui Facebook Seraimas HQ.

Apa tunggu lagi? Jom sama-sama menyertai peraduan mudah ini. 

Kepada yang belum mencuba boleh dapatkan Jus Hidayah Gold di
Toko-toko Jamu berhampiran

Cara Penyertaan


  1. Beli Jus Hidayah Gold
  2. Peserta perlu bergambar beramai-ramai (“wefie”) bersertakan Jus Hidayah Gold sebagai bukti
  3. Muat turun aplikasi QR reader di App Store atau Play Store dan scan QR code yang tertera di kotak Jus Hidayah Gold
  4. Isi butiran lanjut dan masukkan “original code”. Ikut langkah seperti yang tertera di laman sesawang www.seraimas.my
  5. Masukan slogan "Saya sertai peraduan Wefie Raya Jus Hidayah Gold kerana........." Ayat tidak boleh melebihi 50 patah perkataan.
  6. Muat naik gambar wefie raya anda di platform yang disediakan. Dengan memuatnaik gambar di platform ini anda telah mengakui bahawa:
  • Gambar adalah milik anda
  • Tiada sebarang pelanggaran hak cipta atau seumpamanya
  • Anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap gambar dan maklumat yang dimuatnaik
  • Membenarkan pihak penganjur menggunakan atau menyiarkan gambar anda di sebarang media bagi tujuan pengiklanan dan promosi produk Seraimas.

Untuk berpeluang memenangi hadiah, penyertaan mestilah diterima pada hari akhir tempoh peraduan. Semua penyertaan yang diterima di luar tempoh peraduan tidak akan dilayan.

Dengan menyertai peraduan ini, anda adalah dengan ini dianggap telah menerima dan bersetuju dengan terma dan syarat Peraduan #WefieRayaJusHidayahGold. Sila klik link ini

Hadiah Peraduan Wefie Raya Jus Hidayah Gold

Seramai 5 orang pemenang akan dipilih. Berikut adalah hadiah-hadiah yang bakal dimenangi.
Tempat Pertama:
Gold Bar (20g) + 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas
Tempat Ke-2:
Gold Bar (10g) + 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas
Tempat Ke-3 sehingga ke 5:
1 dinar emas + 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas

Pertanyaan boleh hubungi talian: +6012 7848364
Website: www.seraimas.my
Facebook: Seraimas HQ
Instagram: @seraimashq
Youtube: Seraimas Herbs

*Mommy pun nak join juga lah peraduan ni. Jom join sekali! 

6 comments:

  1. pehhh syok gila hadiah kan kak... boleh join sekaki wefie dgn yg lain..hehehe...jom wefie dan menang hadiah bernilai rm10k!

    ReplyDelete
  2. mommy irra rayyan ni memang sangat rajin ni mana tahu dia join contest ni ada lah rezeki menang emas

    ReplyDelete
  3. hadiah 20gram tu banyak wohh.. berbaloi sapa join contest mudah ni..

    ReplyDelete
  4. Gold bar 20gram oo..mudahsangat contest dia

    ReplyDelete