Persiapan Raya | Kasut

Amboi mommy sakan shopping. Hahaa... Time lagu ni la baru boleh dapat kasut baru tau..
Kasut Amal Insyirah
Kalau tak, daddy tunggu kasut hilang atau betul-betul tak boleh pakai baru digantinya. 
Pilihan hati Amal Insyirah
Pada asalnya daddy berkenan kasut Adam Rayyan. Seperti orang mengantuk disuakan bantal, Adam Rayyan wajib lah menerima penawaran daddynya dengan berbunga-bunga hatinya.
Kasut Anis Insyirah
Lepas tu, dah beli kasut untuk seorang, wajib lah belikan untuk yang lain. Fair and lovely, semua orang dapat kasut baru. 
Pilihan hati Anis Insyirah
Tapi, bukan mudah la membeli kasut anak ni. Daddy hanya jadi pemerhati dan tukang komplen. 
Mommy yang kena cari saiz yang sepadan dengan anak-anak. Sebelum nak mencari saiz, mereka memilih sendiri kasut yang mereka nak.
Kasut transformers Adam Rayyan
Jenuh juga la nak mencari kasut yang ada saiz mereka. Kemudian pilihan mereka wajiblah juga berkenan di mata mommy dan daddy. Hahahaaa...
Pilihan hati Adam Rayyan
Mommy pon ada kasut baru. Hasil daripada menjadi blogger. Mommy dapat upah voucher Aeon RM150. Mommy buat beli kasut sarung dan kasut sukan. 
Kasut jalan Mommy
Tak ada la mommy buat blog saja-saja kan.. Nampak lah hasilnya. Begitu juga kewujudan komuniti AFB yang mommy tubuhkan sangat memberi impak kepada dunia blogger mommy. 
Kasut sukan mommy
I really love blogging right now and it is already 3 years i became a blogger. 

4 comments:

  1. dah ada kasut raya dah... cantik2 semuanya... :)

    ReplyDelete
  2. Cantiknya semua kasut.comel jee

    ReplyDelete
  3. Comey-comey belaka kasut semorang... daddyg takde kasut raya ke?..hehehe

    ReplyDelete
  4. Comelnya kasut2x pink2x gto. hehe

    ReplyDelete