Deko rumah dengan IKEA KALLAX

Dulu lagi mommy dan daddyG akan sekali sekala pergi shopping di IKEA. Tapi sejak mommy terjoin group IKEA di facebook, selalu sangat la mommy akan tengok barang-barang IKEA. Tu pon selepas mengenali jiran mommy, Piya. Bila kenal Piya, kami cerita pasal IKEA, Piya bagitau dia beli barang As Is IKEA.

Apa itu As Is? 
As Is ialah singkatan bg nama As It Is. Ia menjual item IKEA seperti ex-display, discontinued, dented, kotak koyak, scratch dan lain-lain. Hampir kesemua barang yg di jual masih dalam keadaan elok dan boleh dipakai. Kebanyakan item yg di jual merupakan item ex-display melainkan diberitahu. Harga jualan di As Is adalah dari 50-80% dari harga asal. 


Bila dah hari-hari masuk group facebook IKEA As Is, maka mommy kenal la beberapa orang PS(Personal Shopper). Mommy jela kenal depa. Hehee.. 

Minggu lepas, PS seorang ni update pasal HARGA RUNTUH KALLAX. Mommy terus PM. RM150 sekali upah. Normal price KALLAX RM249.

Mommy pon dapat beli satu KALLAX. Lepas beberapa hari mommy beli KALLAX, harga KALLAX naik jadi RM299.

Wahhhh memang rezeki sangat mommy dapat RM150. Hari Sabtu mommy ke Cheras jumpa PS. Alang-alang dah beli KALLAX, mommy pon mencari lah insert KALLAX sekali. 

Balik rumah, semua dah kepenatan. Hari Ahad baru lah usaha memasang KALLAX dibuat. Dekat 3 jam juga lah daddyG memasang. Mommy tolong la sikit-sikit.

Pemasangan KALLAX

Kalau mommy seorang memang tak boleh la nak pasang ni. DaddyG siap guna perut dia, paha dia nak pasang. Hahaha merah habis badan terutamanya tapak tangan.

Hasilnya setelah memasang INSERT KALLAX, taraaaaaa......

KALLAX beserta INSERT KALLAX

Cun sangat! Ada 4 laci, 2 pintu dan 2 kotak. Sayangnya mommy beli satu je pokok bunga tu. Hahaa 

Mommy macam nak cari cermin nak pasang di dinding atas KALLAX. Mesti lagi cun kan.. Ada juga perancangan nak letak background langsir putih.. DaddyG kata buat habuk berkumpul jer nanti.. Uhuhuu.. 

12 comments:

  1. Best ya mommy...
    Nanti PM AM kat facebook ya page IKEA shopper yang mommy cakap ya nie ya
    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com


    ReplyDelete
  2. bestnya..kalau ada ikea kt jb ni,dah lama akak pi

    ReplyDelete
  3. bunga tu kalau nak lagi bnyk pilihan, leh g beli kt Kaison..

    ReplyDelete
  4. Singgah pagi isnin...
    rm150 mmg murah laaa....
    rezeki... :)

    ReplyDelete
  5. Yanie pun suka rak ikea.. tapi jenuh nak bawa balik tgmalim huhu.. selalu dapat cuci mata je..huhu

    Jom join Giveaway Fabulous Four Bersama YanieYusuf.com. Klik : http://yanieyusuf.com/2016/08/fabulous-four-terbaru-dari-dominos-pizza/

    ReplyDelete
  6. Memang murah dan cantik..sgt canrik..betul ckp daddyG tu..mmg lngsir putih buat kumpul habuk je...ok setuju mommy beli cermin besar plak

    ReplyDelete
  7. lahaiii...syoknyer dpt Kallax murah tuu..hhuhuuhuu

    ReplyDelete
  8. cantikkkkkk kita nak gak pi shopping ikea tapi kumpul modal dulu la hhehhehehe

    ReplyDelete
  9. bestnya.. saya pun suka gak ikea.. dalam wish list nak beli algot nak buat store. kot ada yang murah syok jugak tu..

    ReplyDelete
  10. Lawanya rak nie.. Best kalau dapat beli dengan harga murah..

    ReplyDelete