TIPS/PETUA DAN PANTANG LARANG UNTUK ANAK DEMAM CAMPAK

TIPS/PETUA DAN PANTANG LARANG UNTUK ANAK DEMAM CAMPAK


Adam demam campak. Bila Adam dah sembuh, Anis pula yang demam campak. Lepas Anis, adik Amal pula kena demam campak. Lahai.. Dugaan untuk Mommy. Takpe. Mommy kan kuat orangnya hehe.

Ada orang tanya “Mommy panik tak bila adam anis amal kena campak?”. Mommy jawab tak. Bukan apa. Sebab Mommy dah pernah rasa lagi teruk dari tu. Adam pernah sakit mata sebulan, bengkak-bengkak, kena pergi hospital setiap hari.

TIPS/PETUA DAN PANTANG LARANG UNTUK ANAK DEMAM CAMPAK
Amal demam campak

Tips Dan Petua Demam Campak



1. Check dulu betul ke tak chicken pox

Tanda tanda chicken pox biasanya demam panas. Mostly yang kena demam campak akan demam tapi kes Adam ni tak demam pula. Tapi Mommy perasan Adam kena campak bila biji-biji bertambah jadi banyak. Sebaiknya check dengan Doktor, pergi hospital/klinik.

Lepas Mommy tengok banyak je biji-biji di badan Adam, mommy terus ambil gambar, whatsapp DaddyG tunjuk gambar. Lepas tu DaddyG suruh pass gambar dekat doktor panel melalui whatsapp. Bila dah send dekat Dr, Dr kata anak kena chicken pox (demam campak).

2. Minyak kelapa dara

Mommy tanya pada Herbalist Nizam. Beliau minta Mommy supaya bagi anak yang demam campak tu minum satu sudu teh minyak kelapa dara 5 kali sehari. Nasib la anak-anak mommy mudah telan minyak kelapa dara.

3. Air kelapa muda

Minum dan mandi dengan air kelapa muda. Haaa kalau nak bagi campak cepat keluar, amalkan tips yang ni. Sebab campak ni akan keluar last sampai tapak tangan dan tapak kaki. Kalau tak ada lagi tu maksudnya tak habis lagi la. 

Info tambahan : demam campak ni bermula dari kepala. Adam Anis Amal memang mula dari kepala. Dan akan berakhir di tapak tangan/kaki.

4. Daun semambu

  • Cari daun semambu. Tidur berlapikkan daun semambu tu untuk menghilangkan gatal.
  • Mandikan dengan daun semambu.
  • Letak daun semambu yang diblend dengan kunyit hidup pada bijik-bijik campak tu.Rujuk entri penuh tentang semambu di SINI.
TIPS/PETUA DAN PANTANG LARANG UNTUK ANAK DEMAM CAMPAK
Sakit ye Adam kena campak. Sian dia.

Pantang Larang Demam Campak


  • Jangan kena hujan
  • Jangan makan kicap nanti hitam berparut - Nasib baik kat rumah Mommy tak ada kicap hehe
  • Jangan garu - Takut digaru garu kang pecah bijik tu. Ye walaupun tempat campak tu memang akan rasa gatal, tapi elakkan garu. Sebab nanti bila pecah, keluar pula air bisa dari bijik tu. Air bisa tu lah yang boleh kasi berjangkit.
  • Jangan goreng goreng dekat rumah - Ni pantang larang orang zaman dulu. Katanya jangan goreng-goreng takut campak tu meletop-letop. Tapi kalau diikutkan, tak pecah bijik-bijik tu. Kalau pecah pun, sebab digaru bijik tu.
TIPS/PETUA DAN PANTANG LARANG UNTUK ANAK DEMAM CAMPAK
Ada biji campak yang dah pecah



Doktor kata 7-14 hari untuk pulih demam campak ni. Adam haritu kena ambil masa lebih kurang 2 minggu jugak. Tapi lepas 2 minggu tu dia punya kesan tu masih ada. Ambil masa la kan nak hilang parut parut dia tu.

Doakan anak-anak Mommy cepat sembuh ye semua :)

3 comments:

  1. semoga anak mommy cepat sembuh dan kembali aktif...

    ReplyDelete
  2. risau kan..anak saya tak kena lagi..cuti ibu takde ni..huhu

    ReplyDelete
  3. tq info kak irra. noow mera tengah kene chicken px mera gunakan petua kak irra as refference. memang sakit. huhuhu

    ReplyDelete