Mudah memasak Gulai Ayam dengan Rempah Tanjong

Sejak akhir-akhir ini, ramai kawan mommy masak menggunakan rempah Tanjong sehingga mommy terpanggil untuk mencubanya juga. Baca review mereka tentang rempah Tanjong ini membuatkan mommy tercari-cari di mana mommy boleh dapatkan rempah Tanjong

Rupanya rempah Tanjung ada dijual di pasaraya Mydin. Tak pun kalau korang dah puas mencari tapi tak jumpa-jumpa juga boleh la dapatkan maklumat dari FACEBOOK REMPAH TANJONG.

Rempah Tanjong ada bermacam jenis rempah masakan seperti Kari Ikan, Serbuk Kunyit, Rempah Kurma, Kari Daging dan lain-lain. 

Hmm...Mommy teringin nak makan gulai ayam la. Lama sangat dah tak masak gulai. Alamak, macam mana nak masak? Resepi pula ingat tak ingat je. Dengan Rempah Tanjong ni, tak payah dah korang susah payah, resepi ada di belakang pek rempah. Senang mommy nak sedia bahan yang diperlukan.

Rempah Tanjong keluaran Peladang Food Sdn Bhd

Rempah ikan, rempah daging, rempah kurma, kunyit
Rempah Tanjong keluaran Peladang Food Sdn Bhd

Mari menyediakan bahan-bahan membuat Gulai Ayam:-
300 gm daging, dihiris atau dipotong kiub
1 bungkus (25 gm) serbuk Kari Daging Tanjong, dijadikan pes
1 ulas bawang besar, ditumbuk
5 ulas bawang putih ditumbuk
11 ulang bawang kecil ditumbuk
1 1/2 cm kulit kayu manis
2 1/2 cm halia
5 ulas bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
1 sudu teh(5 g) asam jawa dilarutkan dengan 100ml air
60ml santan paket/susu cair
600ml air
100ml minyak masak
3 biji ubi kentang

Cara mommy masa lain sikit sebab mommy ikut macam mana mak masak. Jom kita masak!

Cara memasak:-
-Panaskan minyak masak
-Bahan yang ditumbuk dibahagikan kepada 2. Separuh bahan yang ditumbuk di masukkan ke dalam pes Kari Daging Tanjong bersama air asam jawa. Separuh lagi ditumis bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih sehingga harum.
-Kemudian dimasukkan pes sehingga pecah minyak 
-Masukkan daging ayam, kentang dan air
-Masak dengan api sederhana sehingga daging dan kentang empuk
-Kecilkan api dan masukkan santan pekat dan garam secukupnya
-Biarkan masak sehingga 10minit sebelum dihidangkan.

Taraaa, siap dah Gulai Ayam mommy menggunakan rempah Tanjong. Masa menumis tu, bau dia harum semerbak satu rumah. Terus berkeroncong perut mommy. Tak sabar nak makan!


Gulai ayam ni boleh di makan bersama nasi atau di cicah dengan roti. 


Sebenarnya rempah ni dari zaman mak-mak kita lagi dah ada. Sekarang mereka membuat penjenamaan baru dan berwajah baru .Terkini rempah Tanjong telah mengadakan pameran di MIHAS yang lalu di Kuala Lumpur Convention Centre dengan menampilkan Chef Liza untuk demo masakan menggunakan rempah Tanjong.



Haaa apa lagi? Menarik tak gulai ayam mommy? Mommy pon nak beli lagi lah. Jom jom pergi Mydin cari Rempah Tanjong!


11 comments:

  1. Sedapnye kari ayam makan dengan pulut kuning

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kan. Tapi mommy tak penah buat pulut kuning. πŸ™ˆπŸ™ˆπŸ™ˆ

      Delete
  2. Yg pasti ayam organik kan mommy.. eh salah promo pulak hihi.. tapi, apa jenis bahan yg nak digulai pun pastikan rempah Tanjong jadi pilihan.. dulu pcl memang dah biasa dgn rempah peladang. Rempah terbaik sejak dulu lg

    ReplyDelete
  3. Wah wah..sedapnyaa gulai ayam..teringin pulak nk makan..

    ReplyDelete
  4. sedapnyaa tgk gulai ayam mommy irra.. rasa mcm nak mkn dgn roti jala..:D

    ReplyDelete
  5. sedapnyaaaa gulai ayam irra tuuu. rempah ni mesti sedap sebab rempah melayu bukan mamak.. kita org kedah panggil gulai ayam...dulu masa baru kawin, balik rumah DH di perak, kak eny ckp nak masak gulai ayam.. bila dah siap, semua tanya mana gulai ayam? ini kari ayam... gulai ayam kat perak rupanya mcm masak lemak ayam tu hahahahha...

    ReplyDelete
  6. Wah mommy masak eaaa...mesti best ni..tambah2 guna serbuk rempah tanjong...

    ReplyDelete
  7. wah....sedapnya mami masak. nanti nana nak cari dekat mydin lah.

    ReplyDelete
  8. memanggil-manggil je kari ayam tu.. huhuhuuu.... tak dapat ayam, dapat kentang pun jadi la Mommy... hehehehhee..

    rempah Tanjong terbaik.. packaging baru tu lebih menarik...! :)

    ReplyDelete