Pes Tradisional Tok Mommy Kitchen Cepat dan Pantas


Sejak dua menjak ni mommy Irra suka tengok makanan yang CheMat post kat Instagram.com/matgebu. Nak tengok resepi CheMat terus ke blog http://www.tiffinbiru.com/

Bila la nak dapat masak best-best macam CheMat. Semua masakan menggiurkan. Terus lapar dengan hanya tengok gambar. 


Entri terbaru CheMat pasal Pes Tradisional Tok Mommy Kitchen sangat menarik perhatian mommy irra. CheMat komen sedap, confirm la sedap kan. Haaa tak boleh jadi ni. Mommy Irra kena try jugak!


Mommy Irra call dan buat order semalam. Tapi bayarnya pagi tadi 7:37 pagi. Semalam sibuk dari pagi sampai malam. DaddyG tanya awal-awal pagi "Dah transfer ke duit you nak tu?" 

"Belum lagi. I lupa.". Terus mommy Irra transfer RM40. Mommy Irra nak try semua pes sekali. Ehee bab makan memang i suka sangat! Thanks daddyG.


Yang menarik di Tok Mommy Kitchen adalah penghantaran PERCUMA dengan pembelian minimum 3 pek Pes Tradisional Tok Mommy Kitchen.


Yang bertambah menarik, tadi mommy buat pembayaran 7:37 pagi kan, Pes Tradisional Tok Mommy Kitchen berada di hadapan rumah pada pukul 12:15 tengahari. 


Kebetulan hari ini ada delivery. So sebelum order, korang tanya la bila penghantaran. Atau tengok kat facebook.com/tokmommykitchen . 


Dah ambil pes tradisional dari delivery tadi terus snap-snap dulu. Tengok siapa yang over kat situ. Ada jemari gebu Anis Insyirah yang menyibuk kat situ.


Ada 4 jenis pes tradisional:
  1. Masak merah
  2. Asam pedas
  3. Kari kepala ikan
  4. Mee bandung johor

Jom mommy nak masak dulu! 

7 comments:

  1. irra nak ciked???? huwaaa cam best jer ni...

    ReplyDelete
  2. Asalam..dah masak lom pes tue..ngee..

    ReplyDelete
  3. Mudahkan lps ni utk irra masak..mesti sedap..

    ReplyDelete
  4. wow... terus beli yer sis...
    sila tunjukkan hasil sis..
    bagi ayie terliur sekali..kehkeh

    ReplyDelete