Pregnancy Checkup Dunia Medik

Hari ni ke Klinik Dunia Medik checkup mommy and baby. Klinik Dunia Medik ni klinik panel daddyG. Mommy Irra suka dengan perkhidmatan dan layanan di sini. Masa Anis Insyirah pon checkup di sini. 

Masuk je ke klinik, isi borang panel dan terus masuk jumpa doktor dan tengok babyB.

Scan 2D babyB

Wahh nampak babyB dok menendang-nendang. Sangat aktif kat dalam perut. Rugi tak rekod babyB gerak-gerak tadi. Eh ada video. Tapi yang tendang-tendang tu tak sempat http://instagram.com/p/s4s3X8l0yI/

Lepas tu check blood pressure. 96/50.

Kemudian ambil darah sebanyak 5ml. Setakat cucuk sikit-sikit tak ada hal la. Sakit beranak tu lagi syahdu. Hihi

darah O+

Doktor bagi sample susu untuk mommy.

sample susu for preggy mommy


Cek urine. Normal.

Timbang: 46kg. Part ni doktor pelik. 19/8 berat 46.5kg. Selepas 25hari berat turun 500g. Mommy rasa sebab yang hari tu guna penimbang lain. Sebab tu bacaan lari macam tu. 

Sedangkan mommy makan nasi sehari  2 kali. Tadi sebelum ke klinik pon dah makan nasi. Alhamdulillah la berat tak naik walaupon makan banyak. 

Kagum sangat makan banyak berat tak naik.

Doktor tanya mommy selsema ke. Doktor bagi sekali ubat selsema. Takut mommy melarat dapat asma. Oh tidak!! So kali ni dapat ubat selsema, vitamin C dan folic asid. 

Sila la makan ya mommy


Progress mommy: 
Masih loya, cepat penat, cepat mengah walaupon bersembang. 

Semoga babyB membesar dengan sempurna dan sihat. Aaminnn. 

23 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah kak. happy sangat tengok dia sihat. sekarang tak rasa apa lagi. dok rasa mcm xpreggy pon ada. haha tak rasa lagi wlpon badan kembang semangkuk dah.

      Delete
  2. Congrats!
    Mesti tetap excited mcm 1st baby kan... saya belum ada rezeki lg nk rasa the excitement... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah hasnieda. banyak2 berdoa. pastu jaga pemakanan. yang tu penting. rahim kita ni sensetif dengan makanan. tambahan makanan asas sekarang pon dah bahaya

      Delete
  3. smg irra sihat spjg kandungan baby B insyaAllah.

    ReplyDelete
  4. alaaa klu tak boleh tengok baby gerak2... next time rakam tau hihi..

    ReplyDelete
  5. macam best plak tgk babyB tu..ihikk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok anis. rasa macam hebat sangat. allahuakbar

      Delete
  6. untungnya sbb berat xnaik. kite makan sikit berat naik.. masa morning sickness je berat turun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru lagi kot. pengalaman lepas naik 20-22kg. haha takmau dah macam tu

      Delete
  7. Waktu preggy 46kg je klau x pregnat mesti lagi ringan kan. Akaknye berat plus lagi 10kg huhuh pantang mkn berat mesti naik mendadak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari tu 45 kg sebelum preggy. ringan tapi pendek. haha. so tak ringan mana la kak.

      Delete
  8. assalamualaikum babyB!! *sambil usap perut mommy*

    ReplyDelete
  9. Bab susu untuk ibu mengandung ni. Timbul satu pertanyaan. Benarkah susu ibu mengandung boleh menyebabkan bayi nanti alergik susu lembu? ada yang boleh berkongsi pengalaman pendapat?

    ReplyDelete
  10. Teringat pulak masa wife arz pregnant. hanya Allah yang tahu...
    kelam kelibut preparation macam baby nak keluar dah haha

    ReplyDelete
  11. Gi klinik kesihatan tak dapat tengok... :(

    ReplyDelete
  12. aaaa...saya lak tak sabar nak tengok baby!!! :D

    semoga sis dengan kandungan elok2 sahaja. amin :)

    ReplyDelete
  13. mase peknen sy xminum susu...cukup alergik dgn susu

    ReplyDelete