Cendawan Tanpa Racun Perosak


Best kan tengok gambar mushroom ni. Haa sedap sebut omputih lagi. Hikhikhik. 

Kalau nama dah sayuran, mesti lah berkhasiat kan. TAPI, betul ka sayuran yang kita makan tu berkhasiat?

Eh macam mana pulak tu?

Cuba kita tengok persekitaran sekarang ini. Pencemaran sana sini. Udara yang tidak sihat. Air yang tidak sihat. Semua sumber makanan bagi tumbuhan telah tercemar. Maka tumbuhan tu pon merajuklah. Belum lagi diambilkira gangguan ulat atau serangga perosak. 

Okey, teknologi dah canggih kan. Maka terciptalah racun perosak. Nama pon racun, mestilah hasilnya dari bahan kimia sentetik yang dicipta manusia. Racun ini akan menghilangkan segala zat yang ada dalam sayuran, malah akan memberi kesan buruk buat kita. 

Hairan jugak lah kenapa kita tidak menghasilkan sayuran yang sihat. Kerana kos yang tinggi, maka sayuran organik mahal harganya. Tidak diragui pasti kos penjagaan sayuran organik lebih tinggi. Namun untuk kesihatan sekeluarga, harga ditolak ketepi. 

Buat masa ini, oleh kerana Anis Insyirah ada ekzema, maka kami satu keluarga mengamalkan kehidupan seharian yang sihat. (Haha dulu tu makan makanan tak sihat lah ye?) Ye dulu mommy Irra tak tahu banyak perkara. Gula itu racun. Garam itu toksik. Tepung itu berasid. Minyak itu HVO(hydrogened vegetable oil). Kacang tanah itu penuh kulat. Hehehee langsung mommy Irra tak sentuh apa-apa masakan yang menggunakan kacang tanah sepanjang hari raya. 

Alhamdulillah tak ada masalah pon untuk meninggalkan makanan-makanan berasid (apatah lagi McD). Malah mommy Irra rasa bersyukur, dapat mengoptimumkan penjagaan kesihatan diri dan keluarga. 

Eh dah melalut jauh. Okey ibu-ibu ayah-ayah di luar sana. Cari sayuran yang organik ya! Amalkan gaya hidup yang sihat! 

Lots of love,
Irrayyan.com

21 comments:

  1. sedapnyee cendawan kalau buat goreng tepung kan kak ira..hikhik... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih bagi cek idea. Tapi tak berkesempatan lagi nak buat cendwan celop tepung. Dok berangan nak buat sotong celop tepung pon xdan lagi. Hihi bz kemende xtau la.

      Delete
    2. try la kak ira.. sodap tu.. makan pulak dengan sos cili atau sos lada itam..mantapp.. :)

      Delete
    3. kena google resepi lah camni..hehee

      Delete
  2. Memang prefer sayur organik, tapi kadang2 susah nak cari + regenya tinggi. Tapi, rasanya boleh start amalkan macam yg Mommy Irra & family buat :) Thanks ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah mahal. tapi tu lah. klu makan sayur biasa nnt yg terkesan Anis Insyirah la..kesian dia..

      Delete
  3. Suka mushroom...nak2 buat sup cendawan or tom yam...betul tu...analkan pemknan yg sihat..insyaallah semua sihat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amalkan pemakanan yg sihat..insyaAllah semua sihat..tu yg herbalist selalu kata :)

      Delete
  4. Replies
    1. :) memang bagus...boleh dapat berat idea dengan pantas juga

      Delete
  5. Wanie pun suka mushroom juga... sedap..

    ReplyDelete
  6. bila anak sakit macam tu, x semena mena kita pun mengamalkan gaya hidup sihat. baguslah kalau macam tu kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. ada hikmahnya. eh semalam baru hsuband kak ira g amik kad raya dalam box. malam ni sempat update entry kot. :d

      Delete
  7. KM selalu buat cendawan ni masak sup atau goreng tepung... tp nak sihat buat sup ler.. hihi.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak resepi la KM cendawan goreng tepung

      Delete
  8. saya memang suka dgn cendawan tu..buat sup..makanan sekarang nie memang nak kena memilih sikit..

    ReplyDelete
  9. zaman sekarang semua benda yang kita makan beracun
    tu pasal orang sekarang ada macam-macam penyakit =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah...kena jaga sejak dlm perut lagi..

      Delete
  10. sy xmkn cendawan kalo nk bg mkn kne potg kecik kecik

    ReplyDelete