Pakej Kahwin Termurah di Malaysia dengan Mega Wedding Malaysia | Semua pasangan bercinta nak mengakhiri hubungan mereka hingga ke jinjang pelamin. Nak kahwin perlukan kos yang tinggi. Kahwin hanya sekali. Pengantin nak juga merasa majlis yang grand untuk dijadikan kenangan. Kalau semua benda kita nak, banyak lah masa diperlukan untuk mengumpul wang yang banyak... Ok lah, mommy nak share dengan korang, maybe ia boleh membantu mempercepatkan perkahwinan korang, atau saudara dan kawan-kawan korang yang tengah plan nak kahwin. Iaitu pakej kahwin termurah di Malaysia dengan Mega Wedding Malaysia yang memerlukan belanja sebanyak 7 ribu ringgit sahaja. 

Pengalaman mommy sendiri, nak kahwin perlu belanja untuk hantaran, baju nikah, baju kahwin, goodies bag dan makanan untuk tetamu. Untuk photographer dan bermacam lagi.. Pening kepala juga lah nak menguruskan semua tu.. 

Tapi dengan Mega Wedding Malaysia, korang tak perlu risau lagi. Dengan pakej ini, majlis kahwin korang sangat grand dan korang dah tak perlu pening kepala. Bermula dari akad nikah hingga ke malam pertama anda dah settle.

Pasangan pengantin mendapat pakej seperti dibawah dengan bayaran HANYA RM7,000.00
-Tajaan dan Pengurusan majlis Pernikahan
-200 pax jemputan untuk setiap pasangan(nak tambah pax pun boleh)
-Menu Katering istimewa
-Live show daripada band terpilih
-Deejay Jemputan dan PA System
-“Door Gift” untuk setiap tetamu
-Videografi dan Fotografi merangkumi seluruh perjalanan acara
Videographer dan Photographer sepanjang acara
-Liputan khas daripada media
-Hadiah misteri daripada pelbagai penaja istimewa
-Pelayaran Cruise istimewa sepanjang Tasik Putrajaya untuk setiap pasangan
Cruise
-Pelamin Gergasi Eksklusif istimewa
Pelamin Gergasi Eksklusif
-Pelamin Nikah di dalam Cruise
Pelamin Nikah di dalam Cruise
-Pengurusan majlis nikah di Masjid Putra, Putrajaya
Pengurusan majlis nikah di Masjid Putra, Putrajaya
-Percuma Kad Kahwin untuk setiap jemputan para pasangan
-Kek Kahwin untuk semua pasangan
-Parkir Khas untuk pengantin
-Hand Bouquet Setiap Pasangan
-Penginapan Hotel satu malam di Shangri-La Putrajaya (5 Bintang)

Mommy sendiri yang berpeluang ke Mega Wedding Malaysia 4.0 pun rasa jeles tengok pengantin naik cruise. Cantik dan segak pengantin turun dari cruise berarak ke pelamin. Dengan hanya RM7000, majlis kahwin selesai dengan tenangnya... 

So nak tempah untuk majlis kahwin anda tahun hadapan 2018 | 3 Mac | 4 Ogos | 3 November boleh ke

FACEBOOK : https://www.facebook.com/megaweddingmalaysia/

Atau

WHATSAPP : www.wasap.my/60189634563/MegaWedding (Ashaari)
Sejak akhir-akhir ini, cuaca kurang menentu di seluruh negara. Ada hari yang panas terik di sebelah pagi dan tengah hari, tetapi hujan di sebelah petang. Hujan yang kadangkala tidak cukup lebat atau lama akhirnya akan menyebabkan suasana di dalam rumah menjadi berbahang dan melekit. Oleh sebab itu, ramai yang bergantung harap pada alat penyaman udara untuk memberikan suasana yang lebih selesa di dalam rumah.

Terdapat keluarga yang memilih untuk menggunakan alat penyaman udara hanya pada waktu tidur malam, semasa anak-anak pulang dari sekolah sahaja dan ada yang membiarkan alat penyaman udara terpasang pada setiap masa. Tidak kira apa jua cara anda, anda harus sentiasa berjaga-jaga dengan kebersihan dan tahap efisien alat tersebut. Ini kerana alat penyaman udara yang tidak diservis secara berkala AKAN menjadi salah satu punca anda jatuh sakit.

Sebelum anda membuat tempahan perkhidmatan servis aircon, mari lihat jika anda mempunyai salah satu masalah yang berpunca daripada penggunaan alat penyaman udara.

1. Masalah pernafasan

Setiap alat penyaman udara mempunyai penapis udara yang boleh dibasuh. Tugas penapis ini adalah untuk memerangkap semua habuk, debu dan kotoran yang ada pada udara yang disedut. Oleh sebab itu, penting bagi anda untuk memastikan yang penapis udara tersebut tidak mempunyai habuk tebal yang melekat padanya. Jika tidak, masalah yang bermula daripada habuk tebal tadi akan melarat. Penapis udara itu tidak akan dapat memerangkap lagi habuk yang disedut bersama dengan udara di dalam rumah anda. Hasilnya, udara yang dihembus semula oleh alat penyaman udara tadi akan tercemar, dan akan menyebabkan anda mengalami masalah pernafasan.

2. Badan terasa lemah

Ada kalanya, badan kita terasa lemah dan ‘lemau’ apabila bangun dari tidur atau apabila seharian berada di dalam pejabat yang berhawa dingin. Ini juga merupakan salah satu petanda yang alat panyaman udara anda sebenarnya tidak berfungsi secara efisien. Istilah yang berkait rapat dengan masalah ini adalah ‘sick building syndrome’ atau SBS. Masalah SBS ini sering berpunca daripada sistem pengudaraan yang tidak sempurna bagi sesebuah bangunan. Alat penyaman udara yang tidak diservis dan diselenggara secara berkala, dan ruang yang tidak mempunyai tingkap atau tingkap tidak dibuka adalah antara punca biasa bagi masalah SBS ini.
(Baca: Why Is Your Aircon Leaking?)

3. Udara yang tercemar

Tahukah anda yang pencemaran udara juga boleh berlaku di dalam rumah? Masalah ini sering berlaku di rumah yang mempunyai keluarga yang menghisap rokok di dalam rumah dan haiwan peliharaan domestik. Tugas alat penyaman udara adalah untuk mengedar semula udara yang disedut daripada sesuatu ruang, dan bukan menyedut masuk udara segar dari luar rumah. Jadi, jika udara di dalam ruang tersebut sudah sedia kala tercemar, semestinya udara yang dihembus keluar semula oleh alat penyaman udara tersebut bukan dalam kualiti yang terbaik walaupun sudah ditapis. Jadikan rutin untuk membersihkan kawasan dalam rumah anda untuk mendapatkan kualiti udara yang lebih baik di rumah.
Zam Handyman
Gambar: Zam Handyman. Sumber.

4. Kulit kering

Apabila alat penyaman udara dipasang, ia akan menyedut udara dan lembapan yang ada dalam udara. Lembapan itu kemudiannya akan terkondensasi dan keluar dalam bentuk air melalui saluran khas. Disebabkan fungsi tersebut, lembapan yang ada pada permukaan tubuh badan kita juga akan turut sama disedut semasa alat penyaman udara dipasang. Jadi, tidak hairan jika ramai orang yang bekerja di pejabat atau tidur di bilik yang berpenyaman udara akan mengalami masalah kulit kering. Pakai krim pelembap untuk mengelakkan masalah kulit kering itu melarat.
(Baca: How to Clean Your Air Conditioner Without Voiding Your Warranty)

5. Kerap bersin

Pernahkah anda mengalami masalah gatal-gatal hidung, hidung berair atau kerap bersin apabila bangun dari tidur di dalam bilik berpenyaman udara? Jika ya, itu petanda yang anda mempunyai masalah alahan pada habuk dan hama yang berterbangan sepanjang malam di dalam bilik tidur anda. Masalah habuk dan hama boleh diselesaikan apabila alat penyaman udara dipasang, kerana ia akan ditapis dengan efisien oleh penapis udara yang ada pada alat penyaman udara tadi. Tetapi, untuk penapis udara itu menjalankan tugasnya dengan baik, anda harus pastikan yang ia sentiasa bersih. Pakar penyaman udara menyarankan untuk penapis udara dicuci dengan air bersih setiap dua minggu.

Jika anda mempunyai satu atau lebih daripada masalah di atas, langkah pertama yang harus anda lakukan ialah dapatkan nasihat doktor untuk rawatan yang sesuai. Selain itu, lakukan langkah proaktif dengan membersihkan penapis udara yang ada pada semua alat penyaman udara di rumah anda.

Namun, jika alat tersebut sudah lama tidak diservis secara menyeluruh, dapatkan perkhidmatan servis aircon di Recommend.my. Tempahan untuk perkhidmatan servis aircon hanya akan mengambil masa beberapa minit sahaja. Selain itu, anda juga akan dapat menikmati kadar caj tetap bermula RM80 untuk khidmat servis biasa bagi setiap unit alat penyaman udara.
Adam Anis dan Amal pergi mengaji Iqra dengan ummi. Seorang infakkan RM20 sebulan. Sebenarnya, bila ummi sebut infak, itu kali pertama mommy tahu pasal infak. 
Infak ilmu
Bukan sahaja ummi, malah suaminya yang kami panggil walid mengatakan "ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang diinfakkan"

Apa sebenarnya pengertian infak? 

Infak bermaksud membelanjakan harta pada jalan Allah SWT secara umum.

Dalam al-Quran, kalimah infak disamakan maksudnya dengan nafkah. Infak terbahagi kepada dua iaitu infak wajib dan infak yang tidak wajib.

Infak wajib termasuk zakat, bayaran kafarah, menunaikan nazar dan keperluan tanggungan wajib termasuk makan minum dan tempat tinggal untuk anak-anak, isteri dan ibu bapa.

Infak yang tidak wajib termasuk derma kepada pertubuhan kebajikan dan orang perseorangan, membantu program dakwah, bersedekah atas nama kemanusiaan dan sebagainya. Allah SWT menyebut perkataan infak dan nafkah sebanyak 49 kali dalam al-Quran. (Antaranya, ayat 215 surah al-Baqarah)

Saad bin Abi Waqas r.a. menceritakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: Nafkah (infak) yang kamu berikan semata-mata kerana Allah nescaya diberi pahala oleh Allah; bahkan apa yang kamu berikan untuk makanan isteri kamu (perbelanjaan rumah tangga) juga akan diberi pahala oleh Allah. (riwayat al-Bukhari)

Artikel Penuh:  © Utusan Melayu (M) Bhd

Jom ringankan tangan untuk berinfak. Berinfak boleh membersihkan diri dari sifat negatif, dengki dan iri hati. 
Bicycle Handphone Holder; Basikal pon nak ada handphone holder ke? | Jangan pandang enteng pada perilaku orang lain sebelum anda mengetahui sebabnya.. Haha... Basikal dan aku seperti tidak dapat dipisahkan.. Setiap hari mommy mesti akan naik basikal hantar anak mengaji iqra.. atau bawa anak-anak berjalan petang hari.. Apa kena mengena dengan bicycle handphone holder? Tunggu....

Bicycle Handphone Holder
Bicycle Handphone Holder
Handphone dan aku juga tidak dapat dipisahkan! Setelah orang yang aku cinta meninggalkan aku untuk mencari nafkah, handphone je la pengantara kami. 

Ganggu je suami tu buat kerja!

Ia bukan suatu gangguan. Ia suatu kebiasaan sejak dari berkawan lagi. Kita akan saling text. Jadi perkara tak biasa bila handphone tu senyap. Gaduh la tu! Haha

Jadi, handphone sentiasa ada di tangan. 

Takkan 24 jam text suami? Hahaha ini lagi tak betul ni.. takkan lah kerja saya nak text suami jeee... Banyak fungsi handphone pada mommy.. jom mommy senaraikan:-

1. Text suami
2. Taip entry seperti sekarang.
3. Ambil gambar dan video. Rekod perkara menarik yang berlaku seharian.
4. Study
5. Meluaskan network
6. Kerja

So, kalau nampak mommy pegang handphone tu, mommy lakukan salah satu daripada perkara di atas. 

Bila mommy pegang handphone sambil berbasikal, berlaku masalah lain pula. Handphone calar! Aduhh sayangnya handphone baru dah calar... 
Bicycle handphone holder menjadi penyelamat daripada mendapat sebarang kecelakaan ke atas handphone mommy. 
link
Memang terbaik lah bicycle handphone holder ni. Dia grab handphone kuat. Jadi senang la juga mommy nak text daddyG atas basikal...muahahahaa... 
Mommy kayuh basikal pelan pelan je, tak bahaya... Kayuh basikal pon dalam taman ja... Mommy takkan undang bahaya pada diri sendiri... 

Rod Langsir D.I.Y tak perlu tebuk dinding | DaddyG cukup tak berkenan nak rosakkan dinding rumahnya. Dapur rumah pula pasang tile sampai ke atas. Jadi, jalan penyelesaian untuk memasang langsir adalah menggunakan rod langsir D.I.Y. 
Langsir dapur menggunakan rod langsir DIY
Langsir tu pon mommy beli di D.I.Y. Selama setahun 7 bulan, langsir dapur ni baru jatuh sekali. Kiranya rod tu sangat melekat dengan kuatnya. 
Bila langsir ni dipasang, tak nampak lah ruangan dapur... 
Dari jarak dekat
Lepas ni mommy nak beli rod langsir D.I.Y untuk buat tirai table top di dapur pula. Cantikkan dapur mommy pula...