Mommy sekeluarga ke Farm In The City buat kali ke tiga. Ehh adik Amal baru pertama kali ke sini. Mommy memang dah rancang nak bawa Adam, Anis dan Amal ke Farm In The City. Kalau dulu, mommy dan daddy yang excited lebih. Mesti lain kali ini kerana Adam dah 5 tahun. Adam pon excited dari hari sebelumnya lagi..

Kami bertolak jam 9 pagi dan sampai jam 9.40 pagi. Mommy turun dulu pergi beli tiket. Lambat la nak tunggu daddy turunkan stroller. 

Welcome to Farm In The City

Welcome to the Farm In The City

Harga tiket macam dalam gambar di bawah. Jangan lupa bawa mykid dan mykad tau. Murah banyak dengan mykad dan mykid.
Harga tiket Farm In The City
Untuk cuti sekolah ada promosi Family Package berharga RM116 untuk 2 dewasa 2 kanak-kanak di bawah 11 tahun.

Pakej termasuk:-
- 2 souvenir gift
- 1 box of animal feed
- 2 Complimentary Child Ticket to KL Tower Mini Zoo
- 2 certificate for children.

Family Package RM116
Mula masuk je jumpa kura-kura. Jakun la Amal sebab pertama kali tengok. Anis pula ketakutan. Adam bila dipujuk dia mula berani.
Pegang kura-kura
Anis tak makan pujuk. Duduk jauh atau dalam stroller je. Apa laaa... Boring la awak ni😅😅.. Lama juga la kami kat kura-kura ni.. Dari takut sehingga Adam sibuk berkali-kali nak bagi kura-kura makan.

Seterusnya ke kawasan burung dan itik. Nampak je itik Amal jerit "Bird". Hahaha itik la adik..Adam, Anis dan Amal kena ambil masa nak selesa dengan haiwan di sini. Maka mommy selfie dulu..
Selfie dengan burung
Disebabkan stroller tinggal kat luar, maka mommy kena patah balik ambil stroller. Sempat mommy tanya staff kat situ, boleh ke bagi burung makan. Dulu datang boleh je bagi makan burung. Kali ni tak nampak pula staff memberi makanan burung.
Bagi burung makan
Ada sebenarnya. Mungkin la tadi sebab student masuk ramai-ramai. Kelam kabut la keadaan dalam tu. Sekarang takde orang, adam boleh berpengalaman bagi makan burung. 

" Tak sakit pun", kata Adam.
Tak sakit pon sebenarnya
Mommy ubah burung ke tangan Adam. Waaa steady je Adam..
Cantiknya burung putih ni..
Mommy posing lagi dengan ayam belanda. Minta Adam bergambar dia taknak. 
Selfie dengan ayam belanda
Mommy ajak daddy masuk sekali lagi. Rugi la lepas peluang bagi burung makan. 
Berpeluh kepanasan anis
Adam pon nak bagi makan lagi kat burung-burung. 
Hehe burung berak atas tangan Adam
Sampai kena taik burung. Hahahaa semangat dia nak bagi burung makan..
Hahaha
Kami berjalan-jalan Adam kata "Mommy, buah durian". Hahahhaaa anak oi anak..ni nangka tau.. Durian kan ada duri..
Nangka dikata durian
Seterusnya ke kawasan kambing, rusa dan alcapa. Daddy suruh mommy selfie. 

"Cepat mommy selfie, selfie", kata daddyG kuat-kuat. 
Alcapa
Amboi mentang-mentang anak takut, mommy pulak yang kena..wakakakaaa
Brown alcapa
Dah ketakutan Anis dan Amal, daddy suruh cepat-cepat keluar dari situ. Seterusnya kita tengok arnab. Tapi mommy saja tarik perhatian Anis, kita memancing dulu. Keke memancing sangat... Nampak Anis enjoy je kat sini.. Hilang rasa takut tadi tu..
Mancing ikan
Jom tengok arnab dan hamster. Sebenarnya geli nak pegang. "Eh nak pegang macam mana ni?"
DaddyG kata pegang je laaa...amboiii.... Ok bila dah pegang tu, ok laaa... Cepat ambil gambar! Haha
Hamster
Adam, Anis dan Amal ketakutan kat sini. Korang ni kan, semua takut ni.. 
Adam bagi hamster makan
Mommy peluk Amal sebab nak bergambar sama. Anis mana?
Anis mana? Anis takut
Anis pon takut. Tapi kena paksa duduk belakang mommy, sekejap je pastu dia menangis bila arnab dan hamster lalu lalang dekat kaki dia. Hahahahaa
Anis dipaksa bergambar
 Mommy ambil arnab pula. 
Jangan la takut sayang, comel arnab ni
Lepas main dengan hamster dan arnab, kami berehat dulu. Penat dan berpeluh. Lepas tu baru sambung berjalan. Bagi ikan makan.
Panas lit lit
Sekarang dah pukul 12 tengahari. Panas sungguh. Tapi kat tempat ikan ni jela panas pon. Tempat lain teduh dan panas biasa je. Besar ikan-ikan kat sini. Adam nak bagi makan lagi, staff tu kata seorang satu je. 
Kenyang ikan-ikan kat sini
Terus adam badmood kau. Adoi! Ajak masuk tengok landak. Adam taknak. Tengok tu kancil! Adam taknak juga. 
Kancil
Ok ok jom kita tengok burung hantu nak? Nasib la hantu ni boleh kembalikan mood Adam. Ehh burung hantu laa...
Burung hantu
Adam happy bila boleh pegang sendiri haiwan yang ada kat Farm In The City walaupon hanya seekor ayam. Muahahaa
Anak ayam
Balik kampung tengok ayam dari jauh je. Kat rumah pon selalu dengar je bunyi ayam di belakang rumah. Tengok pon tidak. Ini kan pula nak sentuh atau pegang anak ayam.
Pegang kulit ular sawa m
Boleh pegang ular. Ini ular sawa afrika yang jinak. Ular sawa tak mematuk. Kulit ular sawa ni cantik sangat.
Ular sawa dari Afrika
Kura-kura ni ada sekali dengan ular dan cicak bersisik. Lupa pula nak tanya kenapa kura-kura ni kat sini. Sebab dok asyik melayan ular sawa. 
Kura-kura kecil
Kura-kura ni Adam berani la pegang sendiri.. 
Ehee berani pegang kura-kura je..ular dan cicak belakang tu takut..
Persembahan burung dah terlepas. Naseb la boleh berselfie dengan burung kakak tua ni.
Selfie dengan burung
Mommy bergambar dengan kuda garang. Oi garang sungguh dia nyaris kena gigit. Selfie jauh-jauh tak kena gigit...hihi
Selfie dengan kuda
Aktiviti terakhir adalah bagi makan rakun. Takut sebenarnya. Bila tengok gambar yang daddyG amik. Muka mommy ketakutan. Wakakaka.. Kemudian daddyG suruh senyum.. Baru lah senyum..
Bagi makan rakun
 DaddyG bagi baby rakun makan..
DaddyG bagi makan rakun
Sekali dah bagi, nak bagi lagi..lembut tangan rakun tu..
Tadi takut-takut. Rupanya best
Manja sangat rakun ni...jinak sungguh..
Comel sangat rakun ni
Berjaya paksa Adam bagi makan si rakun.. Dah boleh bagi sekali, dia nak bagi lagi...
Adam cuba bagi rakun makan
Dah habis jalan-jalan selama 3 jam.. 
We love Farm In The City
Binatang tak boleh sentuh ni..apa benda yang dalam movie madagascar tu..
Ini natang pandai ooo..mommy dekat dia pura-pura tidur..
Pandai juga dia berlakon..bila mommy dah blah baru dia bangun..comel!
Bila kami pergi jauh, terus dia bangun..
Dah habis terus kami pergi cafe dan balik. Seronok sangat! Adam siap kata "Nanti kita tengok haiwan lagi ye.".
Akhirnya rambut adam kena potong juga dengan Mamak. Sebelum ni Adam tak ak potong rambut kat Mamak. Kedai gunting lain semua mahal. Mamak RM6 sahaja. Maka Adam pon redha gunting rambut kat Mamak.


"Gunting pendek", kata daddyG bila mamak tu tanya nak guna mesin atau gunting.


Daripada rambut merimbun di gambar sebelah kiri, jadi kemas seperti kiri. 


Rambut Adam dah pendek sangat dan nampak kelakar pada mata mommy dan daddy.
Nampak macam tomboi pon ada sebab muka Adam yang soft sangat tu.. Hahaha..dah banyak hari baru lah serasi dengan imej baru Adam Rayyan..
Assalamualaikum...lama mommy tak join apa-apa segmen. Jom support segmen kak sue | Segmen Jom Tambah Follower By Shuhaida Kabdy

Segmen Jom Tambah Follower by Shuhaida Kabdy

Macam mana nak join? Klik banner kat atas ye


Happy blogging!
Assalamualaikum.. Mommy dah buka pengambilan blogger baru untuk sama-sama sertai AFB.

Apa tu AFB?
AFB adalah autofeedblog.

AFB Network

Apa tu autofeedblog?
Feed entry di blog secara auto dan berjadual.

Berjadual?
Feed akan bertukar setiap hari sesama ahli AFB.

Contoh:
Hari ini 5 latest entry blog www.irrayyan.com berada di AFB FEED blog A.
Esok pula akan berada di AFB FEED blog B.
Lusa akan berada di AFB FEED blog C.
Kitaran sehingga habis semua ahli yang ada.

Buat masa ini AFB mempunyai keahlian sebanyak 28 blogger.

Di blog akan berautofeed. Di samping itu kami di AFB akan berkongsi mengenai mengenai SEO, SEO blog, Google Analytics, Adsense, Template blog..


Penyertaan ahli baru mempunyai terma dan syarat yang perlu dipatuhi. Nak tahu lanjut boleh whatsapp mommy 013-3560192
Assalamualaikum.. Rasanya lama juga tak bersiaran.. Tiba-tiba je mommy rasa nak kongsi kenapa dan mengapa mommy rasa "Dia jodoh aku". Dia jodoh aku ke?

Jadi kisahnya kena pusing ke belakang 6 tahun yang lalu. Masa tu "jodohku" adalah sahabat baik mommy.

"Dia" bekerja dekat dengan tempat mommy bekerja. Shah Alam. Kami selalu makan tengahari sama. So sweet "kawan mommy" tu.. Hahaha

Masa tu "aku" "kau" je.. 

"Weh, aku lapar la. Kau nak makan apa hari ni?".

"Aku rasa nak makan blablabla...".

"Kau tunggu aku. Kita makan sama".

Korang pandai-pandai la agak yang mana satu dialog mommy.

Tapi kan, tiap kali aku dengan "dia", mesti ada orang call dia. Apa aku peduli siapa yang call. 

"Siapa call kau?", eh tadi kata tak peduli? Haha poyo lahh...

"Anis(bukan nama sebenar)"

"Oooo...", nak tau je..tapi tak kisah pon..masa tu la tak kisah.. 

Mommy tak tau pernah cerita ke tak pernah cerita kat blog ni. Adehh pelupa sangat.. Tapi nak cerita jugak la..

Satu hari di bulan Mei 2010. Tiba-tiba dia kata "Aku sayang kau. Lebih dari kawan. Serius. Nak buat bini". 

Erkk...apa perasaan mommy masa tu? Selama ni orang tanya mommy jawab "aku sayang sebagai kawan je la"

Tetiba. Haaa ambik kau! Terus demam. Wakakakaa.

Adakah "Dia jodoh aku"?

Apa yang buat mommy yakin bahawa "Dia jodoh aku" tatkala itu.

Suprisingly, aku boleh terus rasa bibit bibit cinta. Ouchhh. Terharu. Tersentuh hati. Itu mungkin sebab pertama aku rasa "Dia jodoh aku" yang kuat. Terus jatuh cinta!!!!

"Bila nak kahwin?", erk mommy over plak ye..

"Hujung tahun kita kawin".

Dalam bulan 6 mommy balik kampung.. Masa ni mommy dah kerja kontrak di Shah Alam. Cuti pon hujung minggu je la. 

"Bagitahu mak abah you dah ada i", pesan dia sebelum aku balik kampung.

Haaa dah tukar dari kawan baik jadi kekasih tercinta ni terus tukar "aku kau" jadi "i you". 

Masa sembang-sembang dengan mak. Mak kata "Kak ni dok ada kawan baik lelaki, nanti takde yang nak ni".

"Dah ada la ni mak."

"Ok mak nak g jumpa kat Shah Alam"

Ingat lagi 2 Julai 2010, kami ke Shah Alam hantar adik mendaftar belajar di UiTM Puncak Perdana. Mula kena mendaftar di UiTM Shah Alam. 

Jadi mak abah nak jumpa "menantu", maka aku bawa jumpa dia di kafe pusat sukan UiTM.

Masa tu ada mak, abah dan maksu. Semua suka pilihan hati aku. Huwaaa memang "dia jodoh aku" yang kuat. 

Masa "dia" tengah menjawab panggilan telefon, maksu bersuara.

"Maksu nampak macam abang udin", abang udin tu abang aku nombor 2.

"Mak pon berasa dah. Tak tercakap ja."

Jodoh dah dekat sangat nampaknya..


"Bila plan nak kahwin?", abah tanya semasa menghubungi aku.

"Katanya hujung tahun".

"Kalau hujung tahun, kena bertunang sebelum raya.", kata abah.

Sebelum raya, keluarga "dia" datang merisik dan bertunang pada 6-8-10. Kami bernikah pada 12-12-10.

Pertama tadi, mommy rasa "dia jodoh aku" kerana rasa "sayang" yang kuat. Kedua, kerana "dia" serius. Ketiga, kerana mendapat restu keluarga. 
Dia jodoh aku
Dia Jodoh Aku
5 tahun 10 bulan 29 hari, dia jodoh aku, DaddyG. I sayang you. Hingga hujung nyawa. 

Iklan
Servis urutan & bekam terus ke rumah untuk lelaki & perempyan di seluruh Selangor/Kuala Lumpur