Assalamualaikum...lama mommy tak join apa-apa segmen. Jom support segmen kak sue | Segmen Jom Tambah Follower By Shuhaida Kabdy

Segmen Jom Tambah Follower by Shuhaida Kabdy

Macam mana nak join? Klik banner kat atas ye


Happy blogging!
Assalamualaikum.. Mommy dah buka pengambilan blogger baru untuk sama-sama sertai AFB.

Apa tu AFB?
AFB adalah autofeedblog.

AFB Network

Apa tu autofeedblog?
Feed entry di blog secara auto dan berjadual.

Berjadual?
Feed akan bertukar setiap hari sesama ahli AFB.

Contoh:
Hari ini 5 latest entry blog www.irrayyan.com berada di AFB FEED blog A.
Esok pula akan berada di AFB FEED blog B.
Lusa akan berada di AFB FEED blog C.
Kitaran sehingga habis semua ahli yang ada.

Buat masa ini AFB mempunyai keahlian sebanyak 28 blogger.

Di blog akan berautofeed. Di samping itu kami di AFB akan berkongsi mengenai mengenai SEO, SEO blog, Google Analytics, Adsense, Template blog..


Penyertaan ahli baru mempunyai terma dan syarat yang perlu dipatuhi. Nak tahu lanjut boleh whatsapp mommy 013-3560192
Assalamualaikum.. Rasanya lama juga tak bersiaran.. Tiba-tiba je mommy rasa nak kongsi kenapa dan mengapa mommy rasa "Dia jodoh aku". Dia jodoh aku ke?

Jadi kisahnya kena pusing ke belakang 6 tahun yang lalu. Masa tu "jodohku" adalah sahabat baik mommy.

"Dia" bekerja dekat dengan tempat mommy bekerja. Shah Alam. Kami selalu makan tengahari sama. So sweet "kawan mommy" tu.. Hahaha

Masa tu "aku" "kau" je.. 

"Weh, aku lapar la. Kau nak makan apa hari ni?".

"Aku rasa nak makan blablabla...".

"Kau tunggu aku. Kita makan sama".

Korang pandai-pandai la agak yang mana satu dialog mommy.

Tapi kan, tiap kali aku dengan "dia", mesti ada orang call dia. Apa aku peduli siapa yang call. 

"Siapa call kau?", eh tadi kata tak peduli? Haha poyo lahh...

"Anis(bukan nama sebenar)"

"Oooo...", nak tau je..tapi tak kisah pon..masa tu la tak kisah.. 

Mommy tak tau pernah cerita ke tak pernah cerita kat blog ni. Adehh pelupa sangat.. Tapi nak cerita jugak la..

Satu hari di bulan Mei 2010. Tiba-tiba dia kata "Aku sayang kau. Lebih dari kawan. Serius. Nak buat bini". 

Erkk...apa perasaan mommy masa tu? Selama ni orang tanya mommy jawab "aku sayang sebagai kawan je la"

Tetiba. Haaa ambik kau! Terus demam. Wakakakaa.

Adakah "Dia jodoh aku"?

Apa yang buat mommy yakin bahawa "Dia jodoh aku" tatkala itu.

Suprisingly, aku boleh terus rasa bibit bibit cinta. Ouchhh. Terharu. Tersentuh hati. Itu mungkin sebab pertama aku rasa "Dia jodoh aku" yang kuat. Terus jatuh cinta!!!!

"Bila nak kahwin?", erk mommy over plak ye..

"Hujung tahun kita kawin".

Dalam bulan 6 mommy balik kampung.. Masa ni mommy dah kerja kontrak di Shah Alam. Cuti pon hujung minggu je la. 

"Bagitahu mak abah you dah ada i", pesan dia sebelum aku balik kampung.

Haaa dah tukar dari kawan baik jadi kekasih tercinta ni terus tukar "aku kau" jadi "i you". 

Masa sembang-sembang dengan mak. Mak kata "Kak ni dok ada kawan baik lelaki, nanti takde yang nak ni".

"Dah ada la ni mak."

"Ok mak nak g jumpa kat Shah Alam"

Ingat lagi 2 Julai 2010, kami ke Shah Alam hantar adik mendaftar belajar di UiTM Puncak Perdana. Mula kena mendaftar di UiTM Shah Alam. 

Jadi mak abah nak jumpa "menantu", maka aku bawa jumpa dia di kafe pusat sukan UiTM.

Masa tu ada mak, abah dan maksu. Semua suka pilihan hati aku. Huwaaa memang "dia jodoh aku" yang kuat. 

Masa "dia" tengah menjawab panggilan telefon, maksu bersuara.

"Maksu nampak macam abang udin", abang udin tu abang aku nombor 2.

"Mak pon berasa dah. Tak tercakap ja."

Jodoh dah dekat sangat nampaknya..


"Bila plan nak kahwin?", abah tanya semasa menghubungi aku.

"Katanya hujung tahun".

"Kalau hujung tahun, kena bertunang sebelum raya.", kata abah.

Sebelum raya, keluarga "dia" datang merisik dan bertunang pada 6-8-10. Kami bernikah pada 12-12-10.

Pertama tadi, mommy rasa "dia jodoh aku" kerana rasa "sayang" yang kuat. Kedua, kerana "dia" serius. Ketiga, kerana mendapat restu keluarga. 
Dia jodoh aku
Dia Jodoh Aku
5 tahun 10 bulan 29 hari, dia jodoh aku, DaddyG. I sayang you. Hingga hujung nyawa. 

Iklan
Servis urutan & bekam terus ke rumah untuk lelaki & perempyan di seluruh Selangor/Kuala Lumpur



Assalamualaikum...mommy baru-baru ni amalkan Jus Qalbi Al Ehsan.. Bila terima je Jus Qalbi, terus berebut dengan anak-anak nak buka bungkusan parcel. Sekali buka kotak je dah bau herba. Bau paling kuat adalah bawang putih.

Selfie first!
Mommy dan Jus Qalbi Al Ehsan
Adik amal pon sibuk nak bergambar juga.. Kini adik Amal dah pandai.. Asal parcel datang je dia sibuk nak buka dan bergambar juga.. Ok pasni boleh ambil alih tempat mommy...
Amal, model cilik .:P
Kotak Jus Qalbi sangat cantik dan eksklusif. Seeksklusif produknya tak? Mari baca lagi ...
Jus Qalbi Al Ehsan
Untuk mendapatkan kesan yang bagus, mommy dinasihatkan oleh pihak Jus Qalbi untuk minum 1 sudu pagi dan 1 sudu malam. Pagi sebelum sarapan pagi dan malam sebelum tidur.
Gunakan sudu plastik kerana ada madu di dalam Jus Qalbi

Apa menariknya tentang Jus Qalbi?
Jus Qalbi adalah produk terbaik untuk membantu menstabilkan kadar kolestrol dalam badan. Jus Qalbi diperbuat daripada 5 gabungan bahan-bahan semulajadi seperti Lemon, Madu, Halia, Bawang Putih & Cuka Epal. 

Haaa korang tahu tak badan kita mempunyai kolesterol baik dan kolesterol jahat? Bila kolesterol jahat menguasi badan kita, penyakit pon cepat datang. Nak tau lebih lanjut pasal kolesterol baik dan jahat boleh baca entry mommy Apa Yang Anda Perlu Tahu Fungsi Kolesterol

Jangan ingat anda kurus, kolesterol dalam badan anda dah stabil. No. No. No. Nak tahu kadar kolesterol boleh buat medical checkup di klinik. 

Mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Maka, mari lah kita amalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat. 

Pengambilan supplemen semulajadi seperti Jus Qalbi merupakan salah satu alternatif yang baik untuk kesihatan badan kita. 

Jus Qalbi dibuat dari bahan semulajadi

Jus Qalbi boleh membantu:-
🔹Mengawal kadar kolestrol
🔹Mengelakkan masalah serangan jantung.
🔹Mengelakkan terkena stroke.
🔹Melancarkan peredaran darah.
🔹Melegakan salur penafasan & asma.
🔹Mengawal gula dalam darah.
🔹Menambah tenaga & mencergaskan.
🔹Memudahkan poses penghadaman.
🔹Menghilangkan rasa kebas2/semut2.
🔹Mencairkan lemak & menguruskan badan.
🔹Meningkatkan sistem imunisasi badan.
🔹Mencairkan kahak, sakit tekak/batuk.
🔹Membuang angin dlm badan.
🔹Melegakan sakit2 sendi.

Jika ada yang berminat untuk membeli jus Qalbi ini sebagai minuman supplemen kesihatan, boleh buat tempahan di FB PAGE OFFICIAL JUS QALBI iaitu: JUS QALBI AL EHSAN. Atau boleh juga order Jus Qalbi di website algaepark.com.my/product/jus-qalbi-al-ehsan/

Jika ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan, boleh hubungi pihak Algae Park Sdn Bhd
No.80A, Jalan Renang 13/26 Seksyen 13, Shah Alam.
03-5511 4366
HP: 017-7300366 & 017-3730366
atau 
email di official@algaepark.com.my.
Follow Instagram @qalbialehsan

Apa tunggu lagi? Jom nyah kolesterol jahat! Sihat dan cantik luar dalam.

Semalam seharian mommy kemas dapur. Anis dan Amal pon menyibuk sama. Sampai pecah teko kaca dibuat si Amal. 

Bila Adam balik lagi huru hara jadinya. Semua barang dia selongkar sehingga terjumpa goggle, cap dan swimming suit mommy. 

Masa mereka main siang tu mommy tak sempat ambil gambar. Tapi... Sebelum tidur Anis buat lawak..dia nak pakai goggle dan cap.. Lawak sangat dia memang tidur terus... Hahahahaa


 link

Ya Allah bertuah punya anak. Nak berenang dalam mimpi ke?