Melihat daddyG dan yang lain makan perut lembu macam sedap je. Sedap ke perut lembu ni?

Mommy tengok je la. Tak rasa nak makan.

Lembu korban raya haji
Perut lembu

Daddy suruh Adam makan.

"Taknak. Bau lembu.", jawab Adam. Haha


Mungkin next time la mommy cuba makan perut lembu. Ha ha ha belum terasa nak mencuba.. 
Selalu tengok perut lembu di kedai berwarna putih. Mommy tak makan pon perut lembu. Hahaha segala jenis organ dalaman lembu atau ayam memang tak boleh nak telan..automatik terluah semula..

DaddyG pulak dia makan kalau ada. Tak ada tak apa. DaddyG bukanlah food hunter. 

Selama ni memang dok ingat perut lembu warna putih. Akan tetapi, warna sebenar perut lembu adalah hitam.

Perut lembu selepas dicuci

Mommy sibuk la bertanya apa ni apa ni. Tak pernah tengok dan excited nak tahu. 

Perut sebelum dicuci

"Ni la perut.", kata ayah. 


Ayah kata kalau perut lembu putih tanda lembu tu tak sihat. 

Perut lembu sebelum dan selepas dicuci

Ayah seorang je yang tahu nak cuci perut lembu. Kalau ayah tak cuci, tak ada la orang boleh makan.. 

Korang makan perut lembu tak?

Bila raya korban, akan ada lembu dikorbankan. Selepas sembahyang sunat hari raya, kami terus ke tempat lembu nak disembelih.


Tiga kali lembu ini berjaya menggagalkan usaha direbahkan. Pakcik berbaju pink tak ada pada mulanya. Bising lah dia kenapa tak begitu begini. Garang weh.. Dia lah tuan lembu tu.. 


Dah berjaya direbahkan, selamat lah lembu dikorbankan. Banyak kali tengok lembu disembelih tapi tak berjaya merakam detik-detik itu. Lepas tu terus lupa dah macam mana usaha menyembelih lembu dibuat.. Haha


Nak rebahkan aje yang ambil masa. Besar lembu ni. Sebahagian RM540. Nak sembelih sekejap sahaja.


DaddyG minta mommy buat LIVE aktiviti melapah lembu. Lama dan panas nak siap melapah seekor lembu.


Kerja melapah dibuat oleh mereka yang mengambil bahagian berkorban. Antaranya ayah mertua mommy, adik ipar dan biras. Yang lain mommy tak kenal.


Kerja melapah tak habis, kami dah balik rumah. Ayah balik pukul 1.30 tengahari. 




Tahun depan mommy boleh la ambil satu bahagian korban. Raya haji di Baling. 
Adam selalu menangis apabila daddy tinggalkan dia pergi sembahyang raya. Tahun ni Adam dah 5 tahun. Daddy ajak Adam sembahyang sunat hari raya. Anis pon nak ikut sama. Maka mommy dan Amal ikut sama. Jom!


Sempat lagi mommy ambil rambutan kat pokok. Parking kereta bawah pokok rambutan je.


Amal dan Anis suka sangat makan rambutan. Mommy ambil 3 biji ja. Habis Amal 2 biji, Anis sebiji.


Kemudian Anis mengamuk nak lagi. Amal pon nak juga rambutan. Adehh korang ni...


Rakaat kedua Amal dah mula nangis. Bertahan ja mommy. Takkan nak berhenti sembahyang.



Amal nangis sebab semut kerumun kaki dia. Yang adik pon kenapa la duduk kat kawasan semut tu kenapa.


Lepas sembahyang raya nak tengok orang sembelih lembu. Jom! 

Selamat hari raya aidiladha semua!
Hari tu mommy dah kena cold sore. Masa bulan puasa. Menderita sakit sementara nak baik. http://www.irrayyan.com/2016/06/dikuarantinkan-kerana-sakit-mulut.html . Malam tadi sekali lagi mommy diduga. Cold sore again! Pity you mommy!

Mommy terjaga 2 pagi. Bibir rasa sakit. Arghhh bengkak bibir bila tengok cermin. Mommy ke dapur ambil ais dan tuam dengan ais.

Mengenangkan sebelum ini mommy sakit 10 hari. Maka kali ini mommy lebih berjaga-jaga. Bengkak terjadi bukan disebabkan garu. Memang ia membengkak. Kulit menegang dan amat menyakitkan. Tuaman ais menjadikan kulit kebas dan hilang rasa tegang dan sakit.

Tapi bangun pagi, huwaaaa habis la mulut mommy. Dah la nak raya ni.. 

Tengok la mulut mommy ni. Sakit tau. Gatal sangat.

Mommy dalam perjalanan pulang ke kampung. Dalam kereta pon mommy tuam dengan ais.

Dah petang mommy sedari warna merah berkurang

Mommy tak pakai apa-apa krim atau bedak. Biar bibir sembuh dulu. Sakit-sakit ni tak fikir dah nak melawa. Sungguh pon boleh senyum. Sebab gambar tak senyum tak lawa...hahahaa

Walaupon warna merah dah berkurang, sakit masih terasa. Gatal yang amat juga.

Mommy gagah menahan rasa gatal sebab kalau mommy garu, sakitnya lagi teruk. 

Naked face

Korang ada ke pengalaman cold sore ni? Apa eh puncanya? Rasa macam kerap je berlaku ni.


Semoga cepat sembuh mommy!