Memandangkan usaha mommy nak kembali kurus ketika usia Amal Insyirah 6 bulan tidak menjadi kenyataan. Maka mommy melancarkan #CabaranPerutKempis2016. Usia Amal Insyirah kini telah mencecah 9 bulan dan berat mommy masih 51kg. Berat yang hendak di capai adalah 44kg. Mommy perlu kurangkan berat sebanyak 7kg. #CabaranPerutKempis2016 telah bermula beberapa hari selepas mommy membeli losyen kurus.

Jom kurus
#CabaranPerutKempis2016 dengan Mustajab

Mommy menggunakan Losyen Mustajab Super Hot dengan Halia 130ml yang berharga RM26.90. 


Selain losyen Mustajab, mommy menggunakan wraping untuk wrap perut yang mommy sapu losyen tersebut. Tujuan wrapping ni supaya losyen kekal lama dan memberi kesan pemecahan lemak yang lebih berjaya. 

Sekiranya tidak wrap, losyen akan diserap oleh kain atau baju yang kita pakai. Jadi, dengan wrapping akan memberi kesan pemecahan lemak secara optimum. 

Panas losyen Mustajab juga tidak lama seperti mommy memakai wrap. Nampak tak mommy m menggunakan losyen Mustajab secara optimum? Penggunakan losyen tidak perlu banyak. Hanya lapisan nipis sahaja sudah mencukupi.

Kenapa mommy nak menggunakan losyen Mustajab Super Hot ni? Kenapa tidak menggunakan losyen kurus yang lain? Ini kerana mommy pernah buat cabaran kurus pada 2010 sebelum mommy bertunang. Dalam masa 3 bulan mommy dapat kurang berat yang pada asalnya 48kg menjadi 44kg. 

Walaupon nama losyen ni adalah super hot, namun kesan losyen ini ke atas kulit dan lemak mommy sebaliknya. Mommy tak rasa panas malah semasa proses pemecahan lemak tu mommy berasa sejuk berangin. Kalau losyen lain mommy dah tak boleh tahan dan akan menggelupur. 

So, mari kita tengok bilakah #cabaranperutkempis2016 akan mencapai kejayaan. Mommy telah mulakan cabaran ini pada 26 Disember 2015. Chaiyok mommy! Selamat kempiskan perut!

Mommy memilih Tadika PASTI untuk Adam Rayyan kerana:-

Jarak yang dekat dengan rumah
Jarak PASTI dari rumah adalah 500 meter. Kalau mommy nak jogging elok sangat dah. Joging pagi-pagi sambil hantar anak pergi tadika. Tapi nak ambil Adam 12.30 tengahari tu je tak berdaya. Mommy dah minta tolong dengan mak kawan Adam. Nak tumpang balik tadika. Lagipun sehaluan je. 

Harga yuran RM180 sebulan.
Sebenarnya yuran Tadika Kemas lagi murah. Tapi memandangkan mommy nak Adam belajar Iqra, maka mommy memilih PASTI. 

Ada belajar Iqra.
Mommy bukan tak nak ajar sendiri. Selama ni pon yang mengajar ABC, 123 dan macam-macam lagi adalah orang lain. Mommy tahu-tahu anak dah pandai. Kalau mommy ajar tak sampai 5 minit dah tak nak. So mommy hanya pantau je anak-anak.

8.00 pagi sehingga 12.30 tengahari 
Separuh hari sahaja Adam bersekolah, jadi mommy dan Adam tak terkejut dengan jadual harian baru. Nanti dah tak ada mesti rindu. Bila ada geram jer. Hahaha. 


Hari tu mommy pergi daftarkan Adam. Adam kata tak nak pergi sekolah. Eh budak ni! 


Tengok muka tu, puas pujuk nak test baju ni. Muncung muka.


Tapi, apabila selesai pendaftaran, dia nak main kat luar. Haaa kat sekolah kan boleh main. Esok ni ada kawan lagi best tau!


Mommy harap Adam ok. Susah nak cakap perasaan mommy sekarang ni. Nak buat homeschooling, mommy tak berdaya. 


Macam tak percaya Adam dah masuk 5 tahun. Beberapa hari lagi nak masuk 2016. Semoga 2016 baik-baik sahaja!
Kelapa muda untuk anak tu untuk mommy la. Mak ambil kelapa muda yang abah tanam untuk buat agar-agar kelapa. Masa nak balik tu, mak bagi kelapa muda untuk anak nya ni. Terima kasih mak! 


Sekali dengan tandan kelapa mak kasi. Haha.. Kelapa muda ni banyak khasiatnya. Isi kelapa boleh dimakan dan di buat masakan seperti jeli. Air kelapa boleh diminum dan dibuat masakan juga. Tempurung kelapa yang muda boleh dibuat menyicah macam menyicah buah mempelam. Kalau orang Kelantan buat gulai. Isi kelapa yang dah muda boleh dibuat isi kuih ketayap. Isi kelapa yang tua boleh dijadikan santan. Kalau digoreng isi kelapa parut boleh jadikan minyak kelapa dara. Sabut kelapa boleh dijadikan bahan ganti arang. Isi batang kelapa boleh digunakan buat masak oleh orang Kelantan. Banyak sangat kegunaan pokok dan buah kelapa ni.


Seronoknya ada kat kampung. Kat sini tanah pon tak subur nak menanam. Biji benih pon kena makan dek serangga. Rindu kampung!
Kidzania Kuala Lumpur mengajar anak berdikari kerana aktiviti di sana hanya boleh dipantau oleh ibu bapa dari jauh sahaja. Namun ia tidak mudah bagi Adam yang jarang bergaul dengan orang luar. Puas dipujuk, Adam tetap tak nak join pada awalnya. Kemudian daddy ajak kami jalan-jalan tengok kawasan persekitaran Kidzania Kuala Lumpur ini.

Banyak sangat aktiviti untuk mengajar anak-anak berdikari di sini. Bermula dengan melihat barangan yang boleh ditukarkan dengan wang kidzo dan memulakan target. Mereka akan bekerja untuk mengumpulkan wang dan mencapai target yang diimpikan. Adam dan Anis mendapat 50 kidZo setiap seorang. Anis lebih berani daripada Adam, malangnya tak banyak pekerjaan untuk kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas. 

Kidzania Kuala Lumpur mengajar anak berdikari

Selepas habis sesi forum, baru lah Adam nak ikut anak kak sue, Faris yang berumur 9 tahun. Masa ni Faris dah mendapat 88 kidzo. Bila anak anda dah boleh bawa diri, senang mereka boleh bermain segala aktiviti bersama kawan-kawan baru. Keselamatan di sini sangat terjamin kerana anak anda tidak akan boleh keluar dari sini tanpa ibu bapa mereka. Jom tengok Adam dan abang Faris bekerja di Kidzania Recycling Center.

Kidzania Recycling Center

Mommy hanya boleh melihat dari luar sahaja. Tengok Adam tu, baju pon tak zip kan. 

Kidzanina recycling center
Kidzania Kuala Lumpur mengajar anak berdikari

Apa yang staff di situ terangkan pon mommy tak dengar langsung. 


Mommy pesan dekat abang Faris, ajak Adam sekali. Adam belum tahu membaca lagi. Cakap pon tak nak dengan orang yang dia tak kenal.


Yeay! Mereka boleh bergabung bersama. Lega hati mommy bila Adam akhirnya nak bermain juga di sini.

Adam ikut je ke mana Abang Faris pergi.

Kalau tak ada abang faris, jawabnya Adam tak main la. 

4yo vs 9yo

Seterusnya mereka nak jadi Pegawai Polis pula.


Kidzania Police station

Adam dan abang Faris menunggu 20 minit untuk menjadi pegawai polis. Mommy ajak kak sue lepak duduk di kerusi yang tak jauh daripada mereka. Tengok dari jauh je mereka menjadi polis. Adam berdiri di depan sekali. Mereka di susun mengikut ketinggian. 

Comelnya anak mommy

Dua pekerjaan je Adam buat. Adam dapat kumpul 18 kidzo. Jumlah wang Adam 68 kidzo dan dicampur bersama wang Anis menjadi 118 kidzo. Duit tu Adam simpan dalam bank dan valid sehingga usia 17 tahun. Jika berkesempatan, tahun hadapan mommy nak bawa Adam ke Kidzania lagi. Masa tu Adam mesti dah boleh bergaul dengan orang luar dengan mudah sebab Adam dah pergi sekolah. Masa tu mommy pon dah ada kamera canggih yang boleh rakam gambar cantik dalam cahaya yang kurang :D




Mommy dah jarang update sekarang. Kenapa? Kenapa mommy? Mommy sibuk sangat ke?

Baru-baru ni Adam, Anis, Amal dan daddyG demam. Kemudian mommy sakit gigi sampai sekarang.


Haaaa kerana sakit gigi lah yang spoil mood harian mommy ni. Sampai sakit segala rahang sehingga ke telinga dan kepala.

Dah pergi periksa dengan doktor gigi katanya tak ada gigi rosak. Gigi geraham punca mommy sakit.


Tiga kali kami ke klinik. Mula2 ke Klinik Dunia Medik ambil ubat demam Anis. Kemudian ke Klinik Kesihatan Shah Alam periksa darah Adam kerana demam yang berlarutan. Esoknya sekali lagi kena pergi Klinik Kesihatan Shah Alam. Alhamdulillah tak ada apa.

Banyak benda mommy nak cerita dalam blog ni. Tapi masa tu tak mengizinkan. InsyaAllah ku cari semula mood berblog.