Mommy dah berhati-hati sangat. Kemalangan berlaku juga depan mata. Amal pecah bibir sampai bengkak. 


Penyambung gusi dan bibir juga luka berdarah. Kesiannya anak mommy.


Tapi mommy daddy tak cuak sebab perkara yang sama pernah berlaku pada Anis.


Mommy letak madu di tempat luka Amal. Madu kini digunakan oleh doktor-doktor pakar untuk merawat luka. Amal pon menangis sekejap sahaja kemudian sambung main macam tak pernah jatuh. Amal kuat!
Sejak kebelakangan ini, internet slow sangat. Nak marah la jugak kan. Dah bayar streamyx mahal-mahal tapi coverage ntah apa-apa je. Memandangkan mommy pon sibuk tak sempat nak call TM. 

Apa yang sibuk sangat tu mommy oi? Haaa nampak tak sibuk sangat sampai tak sempat update blog. Hari ni kena back to normal semula. 

Kebetulan sungguh apabila orang telekom call pukul 12:30 tengahari tadi. Macam tahu-tahu kan internet mommy slow. Dia suruh check speed internet. Tengok gambar kat bawah. 


Betapa slow internet macam siput. Mommy memang berhajat dah nak call TM. Ikut kan daddyG dah bengang dah internet slow. Mommy tak update blog petanda mommy tak berapa guna internet sangat.


Lepas orang TM tu restart server ke apa ntah, cek sekali lagi speed dah naik. 


Orang TM tu kata kalau slow lagi boleh call TM semula. Internet dah laju. Boleh update blog laju-laju. Hahaha. Banyak nak update ni. 
Memandang ada keyword "Cara masak beras rebus", maka mommy update entry ni. Sebelum tu, jom kenali beras rebus.

Jenama beras rebus

Beras rebus ada banyak jenama. Banyak jenama juga yang mommy dah cuba kecuali beras rebus faiza kerana harganya yang mahal. Jenama yang mommy recommend ni adalah beras yang sedap dan harganya mampu milik iaitu Beras Rebus Bombei keluaran Jasmine.

Cara masak beras rebus
beras rebus lebih baik dari beras perang lebih baik dari beras putih

Di mana nak dapatkan Beras Rebus Bombei?

Boleh dapatkan di hypermarket seperti Giant atau Tesco. Sesetengah mini market juga menjual Beras Rebus Bombei ini. 

DaddyG beli Beras Rebus Bombei di Seksyen 7, Shah Alam kerana harga Beras Rebus Bombei di sini lebih murah.

Cara memasak beras rebus

Senang dan mudah sahaja nak masak beras rebus ni. Basuh beras seperti biasa dan sukatan air sama seperti masak beras biasa. Kalau mommy punya style masak nasi adalah mommy akan sukat beras dengan jari, dan takat yang sama juga untuk air. 
Tahun depan tahun 2016 Adam Rayyan dah umur 5 tahun. Jadi mommy dan daddyG rancang nak sekolahkan Adam Rayyan. Masa Adam Rayyan kecik-kecik dulu, daddyG nak mommy home schooling je. Memandangkan sekarang dah ada tiga orang anak, mommy tak sempat nak prepare apa-apa pon untuk Adam Rayyan. 

Adam Rayyan ni suka menjadi punca kekecohan dan akhirnya memeningkan mommy. So mommy rasa ada baiknya Adam pergi sekolah dan kembangkan bakatnya di sekolah. Boleh la Adam Rayyan balik rumah mengajar Anis pula. Adam kan cikgu terbaik Anis. Apa Adam buat semua Anis akan ikut.

Mommy dah buat siasatan tempat dan yuran sekolah. Mommy panggil sekolah je la senang ye. Sebenarnya tadika lah sebab Adam Rayyan kan baru 5 tahun. Perbezaan yuran, masa dan jarak dari rumah untuk empat tadika boleh rujuk jadual di bawah.

TTAUiTM PASTI Little Caliphs KEMAS

Dari segi yuran bulanan, tadika KEMAS paling murah. Tapi pengisian pembelajaran berbeza. Yang kedua murah adalah TTAUiTM, ketiga PASTI dan paling mahal adalah Little Caliphs.

Yuran permulaan tadika KEMAS hanya RM100. Yuran permulaan tadika lain boleh tengok dalam jadual dan jenis yuran ada dalam entri lepas.

TTAUiTM sahaja dari 8 pagi sehingga 5 petang. Little Caliphs dekat je, so mommy kira separuh hari sahaja. Tadika lain hanya separuh hari.

Jarak pula, Little Caliphs paling dekat sebab belakang rumah je. Tapi masak juga nak berjalan kaki. Lagi jauh nak berjalan kaki kalau hantar ke PASTI atau tadika KEMAS. Kalau ke TTAUiTM Adam akan ikut daddy pergi kerja dan daddy ambil selepas habis kerja.



Faktor menerima atau menolak

1. Kemampuan
Walaupon Little Caliphs dekat, namun disebabkan yuran yang mahal masa permulaan dan bulanan buat mommy terpaksa menolak untuk memilih tadika ini.

2. Kekangan masa 
Yuran TTAUiTM dah kira cantik sebab dari pagi sampai petang. Masalah nya pukul 5 tu jalan wajib jem teruk. Kemudian daddy terpaksa keluar ke Shah Alam semula untuk meneruskan pencarian rezeki buat isteri dan anak-anak. Kalau daddy stress, boleh timbul masalah lain pula. Baik lah kita elakkan daddy stress ya.

3. Silibus belajar
Tinggal tadika KEMAS dan PASTI. Silibus di PASTI termasuk Iqra.

So yang mana pilihan mommy daddy? Daddy suruh mommy yang pilih.
Baju hari-hari berlambak nak kena basuh. Maka berlambak juga la nak kena lipat. Korang nak dengar mommy membebel tak? 

Mommy ni dah la malas a.k.a penyegan nak lipat baju. Kemudian ada pulak trigger yang menjadikan mommy lebih segan nak lipat baju. Ingat trigger ekzema je ke ada? Haha trigger adalah perangsang. Perangsang atau penambah rasa malas melipat baju. Macam-macam lah mommy ni. 

Sambung cerita, sedang mommy melipat baju, Amal menangis-nangis nak mommy. Amal bangun awal pagi setiap hari. Bangun pagi dia terus buat projek(beeyak). Kena la settle kan dulu projek Amal sampai selesai. Dah selesai, nak bagi Adam dan Anis minum pagi.


Haa tengok tu gambar dari atas je. Mommy pon tak tahu nak mula melipat macam mana bila dah tengok banyak sangat ni. Adududuu

Dah siap bagi Adam Anis makan, baru lah mommy boleh sambung bertarung dengan kain-kain ni. Ececehhh bertarung konon. Punya la susah nak buat kerja nan satu ni. Amal duduk dalam walker. 


Mommy baru lipat sehelai, Amal dah bising. Terbantut sudah acara nak bertarung dengan perasaan segan melipat kain. 


Terpaksa lah meninggalkan timbunan kain dan melayan Amal. Sedang menidurkan Amal, Anis pula menangis minta air teh. Yang seorang ni pula tahap penyabar dia boleh tahan. Nanti kalau menangis, terjaga lah adik yang baru nak lena. Tapi mommy tak layan pon sebab bengang la jugak. Tadi mommy kat bilik belakang awak tak kisah pon nak air. Merajuk la si Anis dan baring sebelah mommy. 

Amal dah tidur, mommy pun ajak Anis tukar pampers. Mandikan. Anis nak pakai baju sendiri. Tapi bila pakaikan, selalu pakai terbalik. Lantak lah. Mommy dah banyak kali ajar pon nak terbalik jugak. Nanti lama-lama pandai la tu. Anis 2 tahun setengah, semua perkara dia nak buat sendiri. Tak dapat, menjerit. Sabar je la.

Sementara Anis pakai baju sendiri tu, mommy sambung lipat baju. Tak sempat apa lagi, Anis datang dekat kata pakai baju terbalik. Eh budak ni, pakai betul dah tu. Dok juga kata pakai baju terbalik. Jadi mommy buka jela baju dia. Pastu bagi baju lain. Anis ni memilih pakaian sendiri. Jenuh la nak pujuk pakai baju pilihan mommy kalau dia tak berkenan.

Hurmm tak jadi juga mommy nak lipat baju. Sebab mommy rasa nak membebel dalam entri ni. Haaa sampai ke sudah hanya dapat lipat satu je baju. 

Minah jepun dah settle keje dia. Kalau tak sidai kain tu nanti lupa pulak. Bai bai kain yang menggunung. Nanti ada masa, mommy sambung eh lipat baju. Tapi hakikatnya mommy tak sempat pon sidai baju. 

Adam Rayyan nak berak pulak. Dah siapkan Adam Rayyan, Amal dah jaga. Hahaha belum publish entry Amal dah jaga. Ok ok nak stop dah bebel. Mommy bukan malas tau!