Yeay! Pou sekarang ni percuma di iOS. Biasanya USD1.99 kat AppStore. daddyG mana ada nak beli-beli apps. Promo free ja cepat-cepat dia download. Versi android dari dulu free. Cuma developer letak iklan la. Dah lama daddyG bookmark tunggu si Pou ni free. First time ever Pou is free for 23th and 24th July. 

Mommy Irra pon dah install Pou.

Welcome to Pou ^_^

Pou lapar

Masa untuk mandi!

Pou tidur dalam senyuman!

Game Pou ni basicly kita kena jaga virtual alien pet. Ala macam main game Tamagotchi yang femes pada penghujung 90-an dulu. Kasi Pou ni makan, cuci dia, main dengan dia dan Pou ni akan grow up. Rasa-rasa coins dah banyak boleh customize Pou ni. Tuka kaler, belikan pakaian cermin mata. Juga boleh lawat dan bermain dengan kawan-kawan.

Habis la mommy Irra pon terjebak!! sapa ada pou boleh ziarah pou mommy Irra :- pou_comelness
Nasihat untuk wanita di luar sana. Juga peringatan buat diri sendiri.
  1. Terlalu lama berdiri  merosakkan tulang. Urat-urat sekitar kaki menjadi kembang. Liang vagina sentiasa basah.
  2. Terlalu lama duduk  Merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur
  3. Terlalu lama berjalan  Merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menetu masanya
  4. Terlalu lama melihat  Merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaan
  5. Terlalu banyak tidur  Merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh. Selalu berangan-angan. Urat-urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.
  6. Terlalu riang/gembira  Merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada liang vagina.
  7. Terlalu kerap marah  Merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.
  8. Terlalu banyak berfikir  Merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. haid tidak menentu dan dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.
  9. Terlalu banyak bersedih  Merosakkan jantung.
  10. Terlalu merana  Merosakkan paru-paru.
  11. Terlalu takut  Merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.
  12. Terlalu kerap terkejut  Merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih.
  13. Terlalu banyak makan  Merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih(semakin banyak ‘ragam’ lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang vagina).
  14. Terlalu minum minuman berais  Merosakkan otot dan lambung. Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit dan kelihatan awet muda.
  15. Terlalu banyak masa lapang  Merosakkan fikiran.Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dengan aktiviti hidup yang positif.

Sumber : SINI 
------------------------------


Sejak-sejak beranak dua ni. Macam-macam sakit. Berdiri 10 minit je da sakit. Jalan sejam dua memang dapat sakit badan lah. Sebab Anis Insyirah masa lahir tu berat 3.67kg. Fuhh habis tulang-tulang mommy mengembang. Sampai mommy Irra g buat rawatan osteopath.

Alhamdulillah lepas 4x rawatan, masalah berdiri 10minit sakit tu dah tak ada. Practitioner osteopath tu kata tulang ibu menyusu adalah "seksi". Biasa lah sakit-sakit tu apabila terlalu lama dengan sesuatu postur. Setiap kali rawatan beliau akan pesan:
  • dukung baby kena tukar kiri kejap. Kanan kejap. Kiri semua. Supaya seimbang.
  • semasa menyusu jangan menunduk sepanjang penyusuan. Sesekali pandang ke atas, kiri dan kanan. 

Hakikat sebenarnya, kita perlu bersederhana dalam setiap tindakan. Penat berjalan, berhenti la berehat sebentar. Jangan paksa kemampuan diri sendiri. 

Semalam punya cerita. Berbuka puasa di Laqsana Artbistro, Ken Rimba, Shah Alam bersama kawan-kawan daddyG. Eh kawan mommy Irra jugak! Geng UiTM dihatiku.

Sampai2 aje uncle Halim sambut. Uncle Halim ni memang suka budak. Budak-budak pon suka uncle Halim jugak. Belum makan lagi dah bagi sign TERBAIKKK... Nak tau baik ke tidak jom baca sampai habis.


Bergambar dulu. Pucat muka orang puasa di hujung-hujung ni. Hohohoo


Meatball ni diorang buat sendiri tau. Nama penuh mommy taktau sebab tak tengok pon MENU. Hohoho camana nak buat food review ni? Tengok gambar pon jadi lah ye?


Kepak Ayam.


Chicken Chop.


Ini baru separuh makanan yang dah siap menunggu untuk dibaham. Bahahahaaa... Anis Insyirah tengok jer


Spaghetti.


Meatball dalam ni. Pengajaran la buat mommy Irra. Selepas ini kena tengok MENU. Snap gambar menu. Padahal semalam lepak lama. Tapi tak teringat dan daddyG pon tak ingatkan. ahahaa daddyG jugak yang salah kann...


Kawan-kawan yang dah lama tak jumpa..Ceria wajah-wajah mereka..


Fatin Hanani dan Anis Insyirah.


Mommy Irra bergambar kenangan bersama Wanie.


Mommy Irra bergambar kenangan bersama Zati.


Mommy Irra bergambar kenangan bersama kak Rina.


Mommy Irra bergambar kenangan bersama Kak ikha dan Ummi.


Bergambar kenangan ramai-ramai. Iftar 2014 | Laqsana Artbistro


Makanan dia memang TERBAIKKKK!! Apa apa pon kena cuba sendiri baru tau :D

Makanan yang lain dari yang lain di sini adalah...
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Burger Kaler


Fuh kaler kaler... camano nak makan ni...

Ini pon antara yang menarik.


Nak tengok banyak lagi gambar boleh klik FB diorang ni.

Mommy Irra bagi map sekali. Senang je nak pegi ni. Laqsana ni ada delivery jugak tau. Tapi area Shah Alam ja klu tak silap...



Alhamdulillah dapat kad raya kedua daripada owner blog Asam Garam Kehidupan. Terima kasih akak bagi kad raya. Hehee seronok tahun ni dapat kad raya. Walaupon baru dua. :)


Dikesempatan ini, mommy Irra sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri akak Azimah dan keluarga. Semoga Ramadhan dan Syawal kali ini memberi seribu makna. Semoga ukhuwah antara kita walaupon saling tak kenal akan menjadi rapat dan lebih mengenali. 

Salam Aidilfitri daripada Mommy Irra, Adam Rayyan dan Anis Insyirah.
irrayyan.com

Jom kita pakat-pakat g blog akak azimah | Asam Garam Kehidupan




Terima kasih yang tak terhingga buat rakan-rakan blogger yang join giveaway irrayyan.com. Sumbangan penyertaan anda sangat bermakna. Kalau ada giveaway/segmen/contest sila la join lagi. hehee. Semoga ukhuwah antara kita semakin rapat walau hanya di alam maya. 

Senarai penyertaan di bawah adalah sehingga 15/07/2014. Tarikh  akhir penyertaan adalah pada 23/07/2014. Kepada yang belum join masih ada masa. Jom meriahkan GA Pertama irrayyan.com
  1. Sebuah Coretan Kehidupan
    Saya suka singgah di blog irrayyan.com kerana banyak info bermanfaat yang boleh diperolehi terutama tentang eczema, pemakanan dan banyak lg info kesihatan.

  2. sYuhAdA sALLeH
    Saya suka singgah di blog irrayyan.com kerana suka membaca entri terbaru daripada irrayyan.com dan juga join giveaway yang dianjurkan di situ..

  3. Ibu Ainul N Alif
    Saya suka singgah di blog irrayyan.com kerana banyak ilmu2 yang berguna di kongsi bersama..lg pun..banyak jgk awak join ga yer..kadang2 ia jd rujukan ana jgk sharing is caring.....

  4. Mastura Aziz
    Saya suka singgah di blog irrayyan.com kerana blog ini ringan dan sekarang saya singgah sebab ada giveaway :) hehehe

  5. Corat Coret Pink Ummi
    Saya suka singgah di blog irrayyan.com kerana banyak informasi yang berguna dan yang saya tak tahu saya dapat tahu..Contoh macam entry Caj Pos Kad Ucapan Raya 2014 Adalah 50 sen Sahaja..Kalau tak kerana entry nih sampai sekarang saya fikir caj pos kad raya guna setem 60 sen...See nampak sangat tak ambik pusing the latest news kan...Selain daripada tuh, saya boleh tambah pengetahuan saya pasal ekzema yang dihidapi oleh anak irra..At least saya boleh share dan bertukar pendapat dengan kawan pejabat saya yang anaknya juga mengalami nasib yang sama..Apa apa info baru yang saya tahu,saya akan share dengan kawan..Sebenarnya banyak lagi entry yang best tapi saya bagi yang dua nih ajelah ye..hehehe..

  6. AMY SYEERA
    Saya suka singgah di blog irrayyan.com kerana saya tertarik dengan kisah tentang anak-anak kepada ibu Rayyan dan Anis ni. tengoklah gambar dekat ats tu, comel je semua.teehee.saya belum berkahwin.so maknanya saya belum mempunyai anak. Tapi bila baca pasal cerita ibu-ibu yang seronok bercakap pasal pengalaman menjaga anak-anak diorang,rasa happy pula.hebatnya pengorbanan san kasih sayang seorang ibu. and then, bercerita pula tentang diet yang bagus untuk kesihatan. ada certain jenis makanan yang saya tak tahu pon wujudnya dalam bentuk organik.sobs.ha. so, kat sinilah tempat nak tahu segala benda tentang diet ni. ala, senang cerita. semua info adalah.^^.

  7. ~Cinta Sejati Ku & Dia… 
    Saya suka singgah di blog irrayyan.com kerana...
    Jujurnya, ini pertama kali saya singgah blog ni rasanya... saya tahu dari blog PinkUmmi... Pertama kali memandang, dan mengeksplore blog ni... menarik hati saya untuk singgah lagi, sebab blog santai yang penuh dengan perkongsian pengalaman peribadi untuk rujukan semua. Insha Allah akan cuba singgah dan komen lagi diblog ni jika berkesempatan... Keep blogging and support you!

  8. Qaseh kuSaya suka singgah di blog irrayan.com kerana banyak info mengenai ekzema..first time dengar ekzema sebenarnye..hihi....disamping ownernye yang baik..walaupun baru kenal tapi best..tak kekok.. memang sempoi.. ^__^

  9. Giveaway, Contest, Segmen, JomSantaiAje 
    Saya suka singgah di blog irrayyan.com kerana ..... ada giveaway yang sedang berjalan.. saya memang amat suka join giveaway

  10. Giveaway and Contest Saya suka blog irrayan.com kerana saya suka membaca entri baru dan berpeluang join banyak GA dari blog irrayan.com

  11. P.R.I.N.C.E.S.S
    Saya suka singgah di blog irrayyan.com kerana blog irrayyan.com sangat simple dan tidak menjolokkan mata serta tidak serabutkan minda :D

  12. Amer
    Saya suka singgah di blog irrayyan.com kerana blog irrayyan.com simple dan cantik! :)

  13. Yumida 
    Saya suka singgah di blog irrayyan.com kerana suka membaca perkongsian informasi mengenai ekzema. yang mana penyakit ekzema ni tidak pernah saya lihat secara face to face. dengan perkongsian sebegini memberi pendedahan pada saya sendiri, juga mungkin akan membantu penghidap ekzema di luar sana. secara peribadi, saya dapati tuan blog seorang berhati cekal apabila salah seorang anaknya menghidap ekzema. tengok gambar macam kesian je kat baby. hope tuan blog sekeluarga tabah dan dapat menanganinya dengan baik. comel je baby :) blog ni juga memaparkan perkembangan terkini. contohnya, bulan ramadhan ni ramai dah geng2 blogger pos kad raya. perkongsian maklumat mengenai kadar setem sebanyak 50 sen sememangnya memberi maklumat buat kengkawan lain. malah dihebahkan akan wang bantuan aidilfitri, yang sememangnya ditunggu2 oleh semua pihak. persamaan tuan blog dengan saya ialah gemar join segmen/GA/contest. wokeh, kita geng! menyertai segmen sebegini memberi motivasi saya sendiri untuk melebarkan ukhuwah dan rakan maya.

  14. Gadis Blogging
    Saya suka singgah di blog irrayyan.com kerana .....
    Blog akak banyak informasi ;)

  15. husnazahidi
    Saya suka singgah blog irrayyan.com kerana,
    ehemm bheheee actually husna baru je jejak blog mama adam dan anis nih, so husna tak dapat nak komen lelebih lagi.. maaf ye mama.. tapi husna taw setiap blog pasti ada daya tarikannya tersendiri.. kalau tak, kenapa nak diwujudkan blog betul tak?? Selamat berkenalan mama..:) Selamat berkenalan jugak abang adam dan adik anis..bheheee..

  16. Bontok Comel Saya suka singgah di blog irrayyan.com kerana ada perkongsian mengenai parenting. tatacara penjagaan anak. malah saya gemar membaca blog bernichekan personal. rasa lebih rapat dan mesra. pada masa yang sama maklumat terkini turut ditampil serta. entry yang ada mesej dan ilmu buat pembaca.

  17. INILAH REALITI
    Ok, pertama kali singgah ke blog irrayyan.com ni Ros tak ingat bila. Tapi, bila Ros singgah, Ros tertarik dengan entry berkenaan penyakit ekzema. Bagi Ros, banyak yang telah dikongsikan dalam entry tersebut yang mana boleh dijadikan panduan bersama. Selain tu, Ros jugak suka singgah sebab puan blog yang friendly dan rajin blogwalking  :)

  18. Zurnie Irmani
    Saya suka singgah di blog irrayyan.com kerana blog tersebut mempunyai pelbagai informasi terbaik dan terkini. Lagi pula blog ni memang sesuai untuk remaja macam saya.

  19. Crush messaged you
    Saya suka singgah di blog irrayyan.com kerana blog irrayyan.com sangat kemas dan terdapat pelbagai entry yang menarik

  20. Diari Awan Samudera
    Saya suka singgah di blog irrayyan.com kerana blog ni menyajikan banyak isu semasa, info bermanfaat dan petua menarik yang dijadikan perkongsian. Memang super menarik! Antara entry yang menarik minat saya ialah Petua Tanak/Masak Nasi dan Diet Alkali | Garam Bukit Himalaya.

  21. Mata LimaSaya suka singgah di blog irrayyan.com kerana .....
    - sebab nak join giveaway... ( aci tak kalau tulis macam ni?) Heeeeee
    - banyak informasi yang kadangkala terlepas pandang dari matalima

  22. TunSha AyunieSaya suka singgah di blog irrayyan.com kerana
    banyak segmen dan anak mommy COMEL!!

  23. Darling Ninie & CGL
    Saya suka singgah di blog irrayyan.com kerana .....
    loadingnya laju Tak berat bagi line internet lembab macam saya ni... Kekalkannya! :)

  24. Adier Hero
    Saya suka singgah di blog irrayyan.com kerana ada ilmu informasi yg dikongsi di blog. boleh la saya mengetahui perkembangan berita terkini.

  25. Gogeous Lover
    Saya suka singgah di blog irrayyan.com kerana saya suka dapat info tentang lifestyle, parenting dan cerita2 terkini yg di tulis oleh Mommy.. Info2 ni amat berguna untuk saya sebagai seorang ummi dan isteri dan wanita..

  26. Kaki Travel: From Malaysia to the World with Khairuddin
    Saya suka singgah di blog irrayyan.com kerana ingin mengetahui lebih lanjut tentang penyakit ekzema. Biar kita memahami sesuatu situasi, dan diri kita lebih bersimpati dengan situasi itu.

  27. Khir Khalid
    Saya suka singgah di blog irrayyan.com kerana ia merupakan sebuah blog jurnal kekeluargaan yang menjadi antara topik kegemaran saya dalam berblogwalking. Selain berkongsi pendangan berkaitan isu kekeluargaan, dapat juga memahami tentang akzema... Sesuatu yang kita semua perlu ketahui dan fahami...