[Tiada Rahim di usia 33 tahun | Placenta Accreta |Baby 33 weeks]

Aku tiada lagi rahim di usia 33 tahun. Namun aku bersyukur sangat kerana aku sudah mempunyai 5 orang cahaya mata. Amanah dariNya yang akan aku jaga sebaiknya. Seorang lelaki dan 4 orang perempuan. 

Sepanjang berada dalam pengawasan doktor selama 9 hari kerana air ketuban turun, aku tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan. Ujian darah ok. Tekanan darah ok. Semuanya ok. 

Cuma aku kena cucuk ubat matangkan paru-paru baby dose ketiga. Aku warded 28 minggu dah kena cucuk ubat matangkan paru-paru 2 dose. Sakit taktau nak cakap macam mana kena cucuk tu. Sampai menangis.

Bila dah cucuk ubat matangkan paru-paru, gula dalam darah pula tinggi. Kena on insulin apabila bacaan gula tinggi. Disebabkan aku ada kencing manis under diet control, pemakanan aku di kawal. Sehari 7x bacaan gula di ambil. 

Pada 13 Februari, aku mula sakit contraction. Doktor kata kalau baby nak keluar hari ni, kita takkan simpan. 

Jalan dah terbuka 3cm. Aku sakit yang teramat sangat. Jantung baby lemah. Aku di bawa ke Operation Room untuk Emergency Ceaser. 

Tepat 3.25 petang, baby selamat dilahirkan. Baby lambat menangis. Namun alhamdulillah, baby hanya perlukan sedikit bantuan oksigen. Itu yang doktor maklumkan pada aku. "Baby awak kuat.", kata doktor.

Semasa doktor keluarkan uri, uri aku jauh ke dalam. Sukar dikeluarkan dan sangat mencurigakan. 

Rupanya uri melekat kuat pada rahim. Rahim juga ada bengkak di sebelah kiri. 

Doktor maklumkan pada suami keadaan aku di mana rahim perlu dibuang untuk selamatkan aku. 

4 doktor pakar mengambil alih membedah aku. 1.8L darah hilang diganti dengan 2 pint darah. Pembedahan bermula 4 petang dan selesai 6 petang. 

Bila aku sedar doktor cakap "Puan, kita dah buang rahim puan". Itu saja yang aku dengar dengan mamai-mamai. 
Lepas aku dah agak stabil, aku minta doktor jelaskan sekali lagi. 

Baby puan lahir 1.66kg berada di NICU. Selepas lahirkan baby, kita dapati uri puan melekat pada rahim. Jadi kita terpaksa buang rahim puan. 

Puan tak ada rahim, jadi lepas ni puan takkan ada period lagi. Puan tak perlu buat papsmear. Kami tak buang kilang ovari. Puan masih seperti biasa. Cuma puan akan menapous lebih awal dari biasa. 

Aku tanya doktor "Suami saya tahu tak?".

"Kami dah maklumkan dengan suami puan. Nanti kita panggil suami puan masuk."

Aku lihat doktor kelam kabut apabila tekanan darah aku rendah. Doktor cucuk sana sini untuk tambah air. Tambah plasma darah sebab darah cair. Aku dipantau rapi di High Dependency Room selama 48jam. 

"Allah dah permudahkan jalan kita, jalan puan, jalan saya. Alhamdulillah. Kalau beranak normal, disaster semalam. Selama 15 tahun saya bekerja, pertama kali saya jumpa kes begini.", kata salah seorang pakar yang membedah aku.

Selepas 24 jam pembedahan

Aku ok. Alhamdulillah. Cuma aku haus. Doktor takut ada pendarahan dalaman, jadi aku perlu berpuasa. Haus sangat sampai aku minta nurse bagi tisu basah untuk aku lap muka. Bagi segar dan kurangkan rasa haus.

Aku minta gambar baby, sebab selama ni beranak, aku akan terus dapat bersentuhan dengan baby. Aku dapat tengok gambar pon jadi lah. Alhamdulillah, tenang hati aku dapat tengok gambar baby. 

8.45 suami masuk menemui aku. Aku dah lupa apa kami sembang. Tapi yang ni aku ingat, "Kita memang nak anak 5 kan.". 

Sebelum keluar suami cium dahi dan kata "Terima kasih". Cukup untuk buat aku tenang.

Sepanjang di HDR, aku tak ada pening. Tak ada muntah. Alhamdulillah semuanya ok. Lepas 48 jam baru dipindahkan ke wad biasa. Lepas aku dah boleh buang air besar, baru doktor benarkan aku pulang.

Allah Maha Besar. Alhamdulillah, aku masih mampu bernyawa hingga ke hari ini. Aku selamat melahirkan seorang bayi yang cukup kuat bertahan dalam rahim yang hampir pecah. Menurut doktor pakar yang merawatku, kebiasaan bayi hanya mampu bertahan sehingga 12 minggu melihatkan keadaan rahimku. Kalau tak beranak lagi, rahim akan pecah ketika 34 atau 35 minggu. "Satu cm pecah akan membahayakan nyawa kamu."

"Apa punca rahim saya jadi macam tu doktor?"

"Kita tak tahu apa punca. Puan tak ada sejarah ceaser, malah anak yang lain semua lahir normal."

"Ini rahmat dari Tuhan. Bersyukurlah.", kata doktor pakar berbangsa cina. 

"Kamu sangat positif. Suami kamu sangat positif. He's very nice.", sambung doktor lagi. 

Aku kadang-kadang rasa tak percaya aku lalui semua ni. Bila perut sakit, oh ya aku masih dalam pemulihan major operation; melahirkan satu amanah Allah dan kehilangan satu organ.

Moga aku cepat sembuh dan baby Aara Insyirah cepat membesar dengan sihat. Mommy tak sabar nak jaga Aara sendiri.

Mommyirra,
Tiada lagi rahim tidak bererti bukan wanita sempurna 
Rindu. Bila rindu mommy buka la gambar dan video yang ada.

Geli hati pula bila tengok semula. Apa la mommy ni buli Ayra.

Lihat video mommy buli Ayra
 link

Tapi comel giler kan? Hahaha mana ada buli banyak pon.. sikittt je.. love you ayra


Masuk malam ni dah 4 malam la mommy menginap di Wad Kelas Kedua Hospital Shah Alam untuk Tahun 2020 kerana sakit yang menyerang secara tiba-tiba di bahagian perut. Cerita terperinci tentang sakit perut mommy cerita next time ya. 

Sakit yang tak boleh di bawa berbincang ni, mati kutu juga la suamiku tercinta. Maka keputusan yang diambil adalah menyerahkan kepada yang lebih pakar. 
Im still 33

Ok, mommy nak share lah. Berada di wad berbeza memberi pengalaman berbeza dari pelbagai segi. Beberapa hari lepas mommy menginap di wad bedah. Sekarang di wad lain. Apa yang berbeza tu?

1. Makanan (makanan nombor satu eh hehe)
Lain wad lain menu dan lain rasa makanan. Belum masuk lagi bab setiap pesakit ada DIET masing-masing.

Jangan ditanya siapa yang masak. Tak sempat nak tanya siapa yang masak. Sampai ja menu terus nak makan. 

Mommy juga dah diberi arahan oleh nurse jangan makan menu dari luar. Haha!

Yang mommy nak highlight kat sini, makanan untuk wad kedua mommy masuk ni semua SEDAP. 
Sarapan pagi
Makan tengahari
Minum petang
Makan malam

Nampak sedap tak? Serius sedap. Memang menu sihat untuk mereka  yang kena diet.

2. Layanan
Layanan dari doktor, nurse, staff semua ok. Cuma kadang kadang ada lah macam roller coaster. Eh nurse ni sekejap ok, sekejap lain macam. Haa biasalah tu. Manusia kan. Apa pon kalau rasa tak ok, just let them know. 
Contoh nurse cucuk kau kuat giler. Cakap je la "Tadi nurse cucuk saya kuat sangat. Sakit jari saya." Then untuk kali ke seterusnya nurse tu cucuk lebih berhati-hati. Kesian jari montokku ini. Sudah la kali ni aku kena cucuk dekat jari, tangan, pelipat lengan(biasa dah), bontot. Haih semua tempat kena. Semua cucukan sakit. Lebih-lebih lagi cucuk bontot sampai berderaian air mataku ini. Sakitnya ubat tu masuk ke dalam badan.

Wad Kelas Kedua

Ditempatkan di wad kelas kedua. Bilik berhawa dingin, 4 orang. Sangat selesa. Tak boleh compare dengan wad kelas ketiga sebab tak ada pengalaman penempatan di wad kelas ketiga.

Selesa macam mana pun, tak ada la kau terbongkang lena sampai pagi. Sekejap-sekejap nurse datang check kau. Atau nurse datang check roomate kau. Tak pon as usual terjaga sebab kau tersedak air liur. Hah yang ni taktau lah kenapa rajin benar lah tidur tersedak air liur. 
Muka boleh senyum sebab dah tak sakit

Sekarang perut dah baik dari sakit. Sakit yang dekat rumah tu buat perut cramp. Kira nya keluar dari wad lepas ni aku tak boleh banyak berjalan. Kena bedrest je. Tak boleh buat banyak kerja. 

Ini bukan manja. Ini namanya badan kau tak boleh tolerate dengan pergerakan. Yang menanggung sakit bukan diri sendiri sahaja. Suami pon susah bila mommy tak ada. Daddy nak kena cuti untuk jaga dan uruskan anak-anak. Mujur juga lah daddy terer handle 4A. Daddy kan nak anak ramai, wajiblah terer.. hehe 

Doktor pakar kata "Puan boleh balik, kalau sakit puan datang semula". 4 malam mommy kat wad dah ni, harap tak check in lagi la. 

Jumpa lagi lain kali ye. Ada rezeki mommy update apa lah sakit mommy ni. Yeay! Nak balik rumah! 



Semua orang nak sihat. Tapi kita tetap suka makan makanan tak sihat. Kicap, sos, makanan segera serta makanan manis kita hadap hari-hari. Eh tak cakap awak lah, mommy sendiri sama ja.

Nak tak nak mommy perlukan supplemen tambahan untuk pastikan badan kekal sihat. 

Baru-baru ni mommy cuba produk keluaran Nature's Way iaitu Madu Manuka dan Instant Natural Protein. 

Madu Manuka Australia Nature's Way

Setiap rumah perlukan madu yang berkualiti. Ini betul-betul madu. Bukan "bermadu" ya. 
Madu Manuka Australia

Rasanya semua dah maklum akan manfaat madu ni. Cuma kali ni mommy nak kenalkan madu keluaran Nature's Way dari Australia ni. 

Nature's Way ada keluarkan 3 jenis madu:-
1. MGO 500
- Untuk pemulihan dan pencegahan pelbagai masalah kesihatan
2. MGO 300
- Untuk kerengsaan ringan dan masalah kesihatan
3. MGO 100 - Untuk kegunaan umum
Kekuatan Madu Manuka

Mommy sekarang tengah amalkan Madu Maduka Australia Nature's Way : MGO 100. Mommy asyik selsema dan batuk kahak. Memang tak selesa bila selalu sangat selsema dan batuk. Lemau je nak lakukan aktiviti seharian.
Australian Manuka Honey

Lagipon mommy memang pengguna madu. Ada sahaja stok madu yang akan digunakan apabila demam atau sakit. Haha. Bila sakit la baru telan.

Sepatutnya "minum madu" dijadikan amalan setiap pagi. Macam mommy kecil dulu. Kerap asma. Jadi inisiatif mak, bagi makan madu setiap pagi. Tingkatan 1 asma tu pon hilang. Tapi Asma ni kadang-kadang menyerang semula apabila imunasisi badan lemah. Tabah je la.
Jangan guna sudu besi

Madu Manuka Australia Nature's Way : MGO 100.
- Pengganti gula semula jadi
- Meningkatkan imuniti dan daya hidup badan
- Melegakan ketidakselesaan ringan (tekak, pencernaan)

Madu Maduka Australia Nature's Way:-
- Dituai dengan tangan dari hutan pantai Berringa dan hutan belukar Australia
- Asli, tidak diproses (hanya ditapis) untuk mengekalkan semua komponen bioaktif
- Setiap kelompok diuji untuk kepekatan komponen bioaktik

Jadi, jom amalkan minum madu setiap hari untuk kesihatan tubuh badan. 

Instant Natural Protein Nature's Way

Instant Natural Protein berperisa coklat

Sebenarnya memang ada kajian pasal diet protein ni. Kajian menunjukkan diet protein yang tinggi membantu:
• menggalakkan badan yang lebih langsing
• menurunkan 3 masalah (kolesterol darah, gula darah dan tekanan darah).
• memberikan badan yang lebih kuat dan tangkas.

Instant Natural Protein

Dah ada Instant Natural Protein ni, senang mommy nak amalkan protein ni. Sebenarnya memang lah nak kurus untuk nampak cantik. Tapi sebenarnya, bila gemuk ni, pergerakan mommy jadi terbatas. Jadi mommy lebih bertenaga untuk menjalani kehidupan seharian. 


Walau bagaimana sekalipun, gaya hidup seharian kita sangat penting. Kita perlu melakukan senaman dan amalkan pemakanan sihat. 

Tiada orang lain yang dapat mengubah kita melainkan diri kita sendiri. All the best! 
Sunfeet BACK TO SCHOOL Healthy Feet Healthy Kids | Baru-baru ni mommy berpeluang ke event Sunfeet Back To School 2020 bertemakan "Healthy Feet Healthy Kids".

Sunfeet BACK TO SCHOOL Healthy Feet Healthy Kids

Kaki sihat, anak pun sihat. Sejauh mana kita sebagai ibu bapa menjaga kesihatan kaki anak-anak?
Adam mencuba kasut sekolah Sunfeet

Kasut Sekolah Sunfeet

Anak mengadu kasut ketat, tapi sesi persekolah ada sebulan dua lagi, daddy kata "Pakai je lah, tahun depan kita beli baru".

Setelah mendengar taklimat dari Dr Edmund Lee, rupanya selama ini mommy daddy telah mengabaikan kesihatan kaki anak-anak. Bagaimana dengan anda?

Kaki sakit? Anda pandang remeh masalah kaki?

Mungkin tak ada pendedahan meluas tentang kepentingan kesihatan kaki menjadi alasan kami mengabaikan kesihatan kaki anak.

Menurut Dr Edmund Lee, cadangan pemeriksaan saiz kasut anak adalah seperti berikut:-
1-2tahun setiap 2 bulan
3-4tahun setiap 4 bulan
5-6tahun setiap 6 bulan

Kasut yang terlalu ketat, terlalu longgar, terlalu kedap udara dan bentuk kasut yang tidak semula jadi boleh menyebabkan atau menggalakkan masalah kaki.

Selain itu, tapak kaki kita mempunyai banyak jenis seperti:-
- severe flat
- flat
- normal
- high arch
- severe high arch
- pronated.

Tapak kaki yang bermasalah masih boleh dibaikpulih dengan pemakaian kasut yang sesuai. Disebabkan itu lah wujudnya Sunfeet International Centre iaitu Nombor 1 3D Custom Orthotic di Malaysia sejak tahun 1978.
Sunfeet dikenali di kalangan mereka yang ada masalah kaki

Kasut untuk mereka yang mempunyai masalah kaki

 Kasut untuk wanita dewasa.

Di Sunfeet, kita boleh buat pemeriksaan secara percuma untuk mengetahui jenis kaki. Jadi sekiranya anak kita mempunyai masalah kaki, dapat lah kita tangani sejak mereka kecil.
Pemeriksaan tapak kaki secara manual

Di sini juga mommy kongsikan tips memilih kasut yang mommy baru tahu:-
- Ukur panjang kaki pada waktu lewat petang kerana kaki kita lima hingga lapan peratus lebih besar berbanding awal pagi.
- Kedua-dua kaki hendaklah diukur kerana panjang kaki mungkin berbeza antara kaki kanan dan kaki kiri. Saiz kasut mestilah mengikut kaki paling besar dan ruangan jari hendaklah lebih kurang 1/2 inci antara hujung jari dan hujung kasut.

Anda dah beli kasut sekolah anak?

Dengan ilmu yang ada, maka selepas ini mommy daddy harus menitikberatkan saiz kasut yang betul untuk anak-anak.

Terima kasih buat Dr Edmund di atas jemputan ke Event Sunfeet BACK TO SCHOOL Healthy Feet Healthy Kids

Selalu kita dengar orang tua-tua suruh wanita bersalin berpantang elok-elok. Badan nak pakai lama. Jadi sama juga la kalau kita kata "Pakai kasut saiz yang betul kerana kaki nak pakai lama."

Sempena CUTI SEKOLAH, Sunfeet ada buat tawaran hebat untuk harga kasut sekolah. Boleh lah ibu bapa bawa anak-anak ke Sunfeet International Centre untuk pemeriksaan kaki dan juga dapatkan kasut sekolah dengan harga promo sempena kempen Sunfeet BACK TO SCHOOL. Sunfeet juga menawarkan pelbagai cabutan hadiah menarik bagi setiap pembelian semasa kempen ini. 

Harga Promo Kasut Sekolah Sunfeet BACK TO SCHOOL 2020

Anak-anak yang hadir. Healthy feet healthy kids.

Saiz kasut anak-anak sekolah perlulah dititikberatkan kerana sesi persekolahan mereka yang padat. Anak mommy pakai kasut sekolah dari 7 pagi hingga 7 malam. Rehat satu jam semasa pertukaran sesi sekolah. Maka mereka memakai kasut sekolah sehari antara 10 hingga 11 jam. Hurmmm.. rasa bersalah pula biarkan Adam pakai kasut ketat dihujung sesi persekolah. Tak apa! Lepas ni mommy tak buat lagi ya.

Lihat video mommy dan anak-anak di Event Sunfeet BACK TO SCHOOL Healthy Feet Healthy Kids




SUNFEET INTERNATIONAL
18 JALAN 19/1, Seyksen 19, Petaling Jaya, 46300 Petaling Jaya, Selangor.

Senang lagi, waze : Sunfeet International Rehab

#SunfeetMY #DrEdmundLee