Tengok perkembangan harian anak, membuak rasa nak tahu berapa berat anak 1 bulan. Eh berat 2 bulan pun tak sabar juga nak tahu.

Perkembangan berat dan tinggi bayi sangat penting. Kalau berat atau tinggi tak normal, sahih kena refer dengan pakar.

Tapi sekarang ni senang. Semua info ada dalam buku bayi. Cuma rajin tak rajin sahaja nak baca. Kalau malas tunggu sahaja lah nurse tanya setiap kali checkup. Haha! Dengar dan tadah sahaja apa yang nurse cakap.

Ayra lahir 2.99 kg
9   hari      3.00 kg
14 hari      3.30 kg
19 hari      3.50 kg


link

Berat Bayi 1 Bulan

Ayra lahir 12 Mac 2019. Ayra 1 bulan pada 12 April bersamaan 32 hari. Berat Ayra 1 bulan adalah 4.12 kg

Berat Ayra 1 bulan



Tempat aku antara 577 kawasan KL, PJ, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Langat dan Kuala Selangor mengikut dalam berita akan mengalami gangguan bekalan air selama 3 hari; 24 April sehingga 27 April.

Kajian menunjukkan purata di Malaysia menggunakan jumlah air yang paling banyak di dalam tandas dan untuk cucian. Sungguh la kan. Baby boleh la cuci dengan baby wipes. Setakat beberapa bulan sahaja, kemudian dah kena guna air untuk melancarkan cucian. Baby boleh la sebab minum susu sahaja. Kalau orang dewasa? Siap kena flush baru hilang bau. 

Tips jimat air semasa gangguan bekalan air

Ini adalah antara tips yang aku praktikkan bagi menjimatkan air semasa gangguan bekalan air:-

1. Kurangkan flush jamban dengan menggunakan spray pencuci. 
Spray untuk hilang bau. Aku guna pencuci lantai sahaja. Kalau dah buang air besar, flush je la. Ada datang penyakit pula nanti. 

link

2. Cebokkan anak
Anak-anak tahu saja lah. Nak main air. Nak tak nak, kena lah emaknya rajinkan diri selepas ini. Banyak hari tak ada air ni. 

3. Guna cawan dan pinggan pakai buang
Cara ini boleh la mengurangkan sedikit penggunaan air. Namun, periuk belanga dan jag kena cuci pakai air juga. 

4. Cuci pinggan guna air dalam water dispenser. 
Boleh la gantikan paip dan memudahkan kerja. Susah kan nak cebok air membasuh. 
Dispenser yang asalnya isi air masak

5. Air cuci pinggan guna semula untuk cuci jamban. 
Haha! Kitar semula untuk penjimatan. Kena lah berjimat-jimat supaya cukup bekalan air 74 jam. 

Buat masa ni, itu sahaja tips yang aku buat untuk menjimatkan air. Moga semua ok.

Risau sangat air tak cukup sampai guna kotak dan raga baju anak

#AirSelangor
#Meru 
#Kapar


Mommy agak risau baby membesar dalam perut. Tambahan pula ada kencing manis semasa mengandung. Ibu mengandung dijaga rapi kandungan gula dalam darah (BSP) salah satu sebabnya adalah taknak baby besar. 

Disebabkan kerisauan mommy, doktor tanya "Awak tahu tak berat baby normal berapa?"

"Berapa doktor?"

"Bawah 4 kg." , jawab doktor. 

Wahhh.. kalau 2.88 kg (berat Adam, anak pertama) doktor gunting besar, macam mana kalau 4 kg. Sebab tu mommy nak baby bawah 3 kg. Moga senang nak beranak. 


Perkara pertama yang mommy tanya selepas nurse ambil baby dalam Labour Room, "Berapa berat anak saya?"

"Puan jangan risau ya. Nanti kita akan bagitahu puan.", balas nurse.

Kalau anak orang lain pun mommy lebih nak tahu berat baby.

Kalau baby besar, kagumnya si ibu boleh melahirkan baby besar.

Kalau baby kecil(bawah 3kg), teringin nak baby kecil. Mungkin senang nak meneran. Kalau baby 3.67 (Anis), mommy boleh push, inikan pula baby bawah 3kg kan.

Ayra anak mommy irra

Ayra lahir 11.51 malam 12 Mac. Mommy tahu berat Ayra 2.99 kg pada pukul 9.40 pagi 13 Mac. 

Ayra Insyirah

Berat baby bawah 3kg. Tapi susah mommy nak push. Mungkin masa tu mommy dah tak ada tenaga sangat. Apa pun Alhamdulillah semua selamat.
Aku pengguna Telco TuneTalk. Sejak 27 Mac yang lalu network 4G LTE tak ada. Aku dah buat report (TT392083).
Geram sungguh TuneTalk ni

Hasilnya, Network 4G LTE Celcom di kawasan taman ini akan bermasalah sehingga hujung tahun. Dah kenapa Celcom pula? TuneTalk tumpang tower Celcom....

Celcom nak upgrade network di kawasan taman ni bagus dah. Tapi dengan cara macam ni. Tiba-tiba 4G LTE tak berfungsi tanpa sebarang makluman. Sakit hati weh!

Kerja-kerja aku memerlukan internet. 27 Mac lalu aku ada kerja nak kena siapkan. Sekali line internet nampak 4G tapi tak ada. Masalahnya kat kawasan taman ni sahaja. 

Laki aku balik kata kat jalan besar ada internet. Nasib la laki aku bijak. Tukarkan network mode ke 3G, boleh guna. Boleh siapkan kerja aku, cuma lambat sikit.


Bila kami buat report masalah yang berlaku ni, katanya hujung tahun baru ok. What? Sekarang baru April. 

Laki aku suruh tanya jiran ada pakai Celcom tak. Mama Nor pakai Celcom. Whatsapp masuk bila ada call in/out. 

Menurut laki aku, bila on call, network 4G akan bertukar 3G. Sebab tu masa call baru whatsapp masuk. Ilmu la bagi aku. Aku perasan internet tak ada langsung bila tengah on call. 

Aku pon minta Mama Nor datang rumah untuk aku ubah setting network handphone dia. Elok tukar network, baru lah hidup whatsapp mama. 

Mama mungkin la tak guna sangat internet. Tapi aku, internet tu penting sebab dengan internet aku cari makan. Dan aku 24 jam ada kat rumah. Cuma nak tukar line apa pulak la selepas ni. Haihh 

Celcom, next time kalau nak buat masalah macam ni, belajar dengan kerajaan negeri Selangor. Maklumkan awal tak ada air. Orang pon akan faham. 

Aku dah tahu masalah sampai hujung tahun. Tapi tahu selepas 25 hari 4G bermasalah. Tahu selepas aku dah topup RM30. Nak kata apa lagi? Guna ja la sebulan lagi line 3G macam siput sedut ni. Bila malam slow. Bila hujung minggu slow. Nak kena buat kerja time orang tidur. Orang lain tidur, aku pun nak tidur.

Terima kasih lah buat kami macam ni. 

Nak lamar balik Digi? Maxis?

Serabut weh!!!
Ayra jadi ruam di leher akibat peluh. Terkejut mommy tengok leher Ayra macam dalam gambar. 

Ruam peluh

Mommy sapu baby balm. Kebetulan ada checkup jaundice. Daddy bagitahu doktor. 


Doktor kata sapu bedak. Jangan sapu baby balm.

Doktor lain pula pesan jangan sapu bedak. 

Hahahaha doktor pon fahaman berbeza ya.

Mommy ikut cara mommy rawat ekzema Anis, sapu bedak batu nasila. 

Bedak Nasila

Selepas 2-3 hari sapu bedak nasila, ruam berkurang dan hilang. 

Yang penting bila jadi macam ni, jangan melenting. Jangan sapu ubat sembarangan. Takut ubat yang kita sapu trigger penyakit lain seperti ekzema. Dah satu lagi masalah "besar" bila anak kena ekzema.