Mommy nak bagi saguhati kat top komentator pertama setiap bulan. Bermula dengan Januari 2019; Top Komentator adalah Siti Yang Menaip.

Top Komentator Januari 2019

Untuk permulaan ni, mommy bagi topup rm5. Nak cari hadiah tak larat dah. 


Nanti Siti Yang Menaip whatsapp mommy ya. https://wa.afb.my/mommyirra

Selain blog, mommy ada bagi juga hadiah kepada mereka yang aktif komen di fb dan ig mommy irra. Jom komen komen! 

Mesti semua dah sedia maklum, bayi berada dalam rahim ibu selama 40 minggu. Kalau ambil kira sebulan bersamaan 28 hari bermakna ibu mengandung selama 10 bulan. 

Tapi, itu hanyalah estimated due date. Anak mommy pertama lahir 37 minggu 1 hari. Anak kedua lahir 40 minggu. Anak ketiga lahir 39 minggu. Anak keempat? Tak sabar mommy tunggu kelahiranmu sayang.

Setiap kali mengandung, berat mommy akan cecah 60 kg. Masuk 7 bulan mengandung, berat mommy masih 59kg. Masuk 8 bulan mengandung, berat mommy dah 61 kg. 

Cerita pasal berat pula. Berat terakhir mommy:-
-anak pertama 66 kg
-anak kedua 64 kg
-anak ketiga 63 kg

Berapa lah berat terakhir sebelum mommy bersalin kali ke4 ini. Huhu. Susah la nak bergerak bila badan besar. Nak bangun pon terasa beratnya. Sakitnya. Sukarnya. 

32 minggu

32 minggu

Masa 32 minggu ni mommy ada scan baby kat Klinik Ibu dan Anak. Berat baby 1.9 kg. 

33 minggu

Mommy ada GDM ni kena control pemakanan untuk control berat baby. Baby besar nanti, susah nak beranak. 

34 minggu

Ini berat anak-anak mommy masa dilahirkan:-
-Adam 2.88 kg
-Anis 3.67 kg
-Amal 3.31 kg

link

Walaupun 2.88 kg tapi disebabkan mommy susah nak push. Dan doktor estimate 3.2 kg , besar juga la bidan gunting. 

Bila laluan pertama dah ada, untuk kelahiran kedua dan ketiga tak perlu gunting lagi dah. Baby keluar terus terkoyak sendiri. Rabak! 

Masa Anis tu, lepas beranak mommy bergerak macam robot. Sebab tulang semua mengembang. Sakitnya la hai..

35 minggu

Kali ni mommy harap baby tak besar sangat. Jadi tak ada lah masalah sakit badan teruk. Dan lepas je pantang mommy nak buat treatment terus. Boleh la mommy bergerak aktif melunaskan kerja seharian. 

Mengikut EDD, mommy ada 32 hari lagi. Doakan mommy ya. Dipermudahkan bersalin. Bersalin cepat-cepat. Haha. Mommy tak larat nak usung badan yang besar ni. 

Babydash store terletak di Petaling Jaya di buka oleh dua ibu hebat; Lavi dan Shan untuk memenuhi kehendak ibu bapa bagi mendapatkan keperluan bayi seperti pampers dan susu dengan mudah secara atas talian(online). 

Peluang sekali datang hntuk melihat sendiri stor Babydash

link


Stor yang luas dan ada pelbagai pilihan keperluan ibu & bayi

Tak perlu terkejar-kerja, beratur panjang, habiskan minyak atau tenaga. Hanya dengan beberapa klik, semua sampai di depan pintu rumah. Yes! Itu juga yang saya mahukan.

Jadi Babydash adalah salah satu kedai dalam talian yang menjadi kunjungan mommy irra.

https://www.babydash.com.my

Tengok orang meniaga, teringin juga nak meniaga. Tapi, mommy ni nak kena tumpukan perhatian pada anak-anak. Sekarang tengah mengandung, pergerakan terbatas. Susah nak buat macam-macam.

Ada yang kata surirumah pemalas tu, kelakar lah kau! Mak aku surirumah, tak pernah nampak dia duduk diam. Buat kerja nonstop. Dah tua ni kena bawa berehat sebab badan dah tak kuat. 
Mommy dah biasa jadi belon 3 kali sebelum ini. Kali ni mommy membelon lagi. Jalan seperti penguin untuk menstabilkan badan. Haha

Gambar dalam social media semua nampak slim je. Kahkah! Padahal 59kg. Besar tau! 

Saiz sebenar mengandung 7 bulan / 28 minggu

Bayi 28 minggu

Bayi 29 minggu

 link

Bayi 30 minggu

Bayi 31 minggu

Berat baby pon lebih kurang la dengan berat yang aplikasi ni bagi. Baby 1.5kg, mak dia naik berkilo-kilo. Mohon cepat kurus lepas beranak nanti.


Bibir paling sensetif. Mommy tak boleh guna lipstik sesuka hati. Jadi mommy beli lipstik natural dari Adania iaitu Adania Lip Conditioner. 

Adania Lip Conditioner | Pineapple Mint Juice

Ada banyak pilihan. Nak yang mana satu ntah. Mommy ambil la pineapple mint juice.



Nama pon mint kan. Berangin saja bibir bila pakai. Warna macam mana?

Mommy pakai Adania Lip Conditioner

Mommy pakai jadi warna ni. Orang lain pakai maybe warna lain mengikut darah masing-masing. 

Mommy tunggu ada sale sahaja untuk tambah koleksi. Muahahahaa.