Hari tu mommy buat sticker nama segera siap dalam masa 2 jam. Sebelum tu mommy buat chop nama siap dalam masa beberapa hari tapi di kedai lain dekat kawasan Seksyen 2 Shah Alam juga. DaddyG la suruh mommy masuk kedai ni. Tak cakap suruh survey dulu, maka masuk terus order. Nasib la harga sama saja dengan kedai satu lagi. 

Chop nama

Chop ada, tapi ink untuk chop tu tak ada tak berguna juga. Jadi, sementara nak ada ink, benda ni akan bersemadi di dalam almari. Hahahaha. 


Chop ni boleh pakai lama. Nama anak-anak tetap sama sampai 17 tahun pun. Kot iye malas nak tulis nama sendiri, boleh guna sampai masuk Universiti. Hehe!

Oh boleh tambah nama adik baby sekali nanti. Muahahaaaa. Yang ni mommy memang melampau kan. Tak penyabar, baby tak keluar ke dunia lagi. Moga babyA selamat keluar melihat dunia tak lama lagi. 
SKOTSAM Babycare Mat and Cover | Masa beranak Amal tahun 2015, belum ada lagi produk ini di IKEA. Beberapa bulan lepas kami ke IKEA, daddyG tanya nak tak ni. Hello! Jangan di tanya. 

SKOTSAM

Semalam baru mommy buka. Mommy dah 34 minggu. Mommy mula kemas sikit-sikit keperluan baby.

Belum tiup angin nampak besar.

link

Tarik nafas panjang, hembus. Boleh belajar pernafasan betul untuk beranak sama. Haha!

Macam kolam. Kalau baby kencing ke apa, takdela kena tilam terus.

Pasang pelapik.

Letak baby tidur dalam ni pon nampak selesa sangat. Boleh ubah-ubah letak atas katil atau kat mana-mana.

Mommy buka semula playpen Adam dulu. 7 tahun 5 bulan dah usianya. 

Playpen Graco ni mommy daddy redeem sahaja. Tak ingat dah redeem apa eh. Lama sangat dah. 

Kalau tengok harga sekarang cecah RM500. Wow! Jimat poket daddy sebab mommy tak mengada minta baru.

Masa beranak Amal mommy beli yang jenis bassinet 2nd hand. Nampak la gugurl juga. Bassinet tu tinggal kat Kedah. 

Kali ni kita berpantang kat rumah sahaja. Moga babyA baik-baik sahaja nanti. Girl ke boy ke mommy daddy okey saja. 

link

Kali ini mommy lebih kepada nak pastikan rumah bersih dan kemas. Fuhh part paling susah dan mencabar bila kena buat seorang diri dalam keadaan sarat dan ada 3 orang tukang sepah. 

Mommy taknak masa berpantang nanti, emosi mommy terganggu. Oh mengandung kali ini, emosi seringkali terganggu. Mengandung kali ni sangat penat, sakit, dan serba tak kena. Jadi kena prepare mental dan fizikal lebih untuk hari mendatang.

Graco Playpen & Set Tilam Tollyjoy

Ok sambung cerita sebenar. Set bantal & tilam ni mommy dapat hadiah cabutan bertuah event Tollyjoy Malaysia . Macam tahu-tahu nak dapat baby baru masa tu. Rezeki babyA sangat. Harga Set Tilam Bayi ni cecah RM80 juga. 

Mommy ada ja tilam baby masa Adam. Recycle guna untuk anis dan Amal. Tapi! Haa tapi disebabkan tilam kekabu lama tak guna. Bau dia. Allah. Kena jemur berbulan gamaknya. Tak apa lah. Simpan saja lah. 

Selagi kita boleh jimat, kita jimat kan. Zaman sekarang ni duit jalan macam air. Moga daddy murah rezeki untuk anak bini beliau. 

Sembang-sembang dengan Ain di Klinik Desa, Ain jiran satu jalan saja. Tapi kenal lpas mengandung. Bila dah tahu Ain jiran, lagi lah terus makin rapat. 

Haa orang mengandung kena kawan dengan orang mengandung. Baru sehati sejiwa. Ngam saja apa-apa isu yang dibangkitkan pun. 

Kalau orang tak mengandung ni, laaa kenapa sakit? Eh eh dah macam tak pernah rasa mengandung pula. 

Sebab tu mommy senang berkawan dengan biobax je. Walaupon dia tak boleh bercakap, tapi dia banyak membantu menyenangkan kerja mommy. 

Ok, tiba-tiba masuk bab "barut bayi". Ain beli dengan misi (jururawat masyarakat) kat Klinik Desa tu. Satu RM5. 

Tapi masa Ain bagitahu tu, mommy macam malas la nak keluar duit sendiri. Sah sah la kena guna duit sendiri. Kalau beli dengan daddy, daddy bayar. 

Ntah kenapa masa checkup 34 minggu baru ni, tergerak hati nak tengok barut bayi tu. Barut tinggal 3 sahaja. Satu RM5. 

Barut bayi rm5

Elok sangat barut tu. Walaupon tak ada pilihan corak atau warna. Belasah saja lah. 

Kalau nak menapak pergi kedai baby semata-mata nak beli barut. Tak payah la. Nanti nampak macam-macam, putih mata tak dapat beli sebab ongkosnya tiada. Muahahahaha. 


Barut ni boleh la tahan sampai babyA 6 bulan. Kahkah! Tu pon kalau mommynya rajin nak melayan pakaikan barut sampai 6 bulan. 
Sangat mengujakan apabila mendengar anak yang berusia 4 tahun (18 Mac nanti), membaca doa masuk tandas setiap kali masuk ke bilik air atau jamban. 

Sebelum ni, Amal akan minta Adam atau mommy bacakan dan dia akan ikut. Sekarang dia dah boleh baca sendiri. Wow! Mommy macam tak percaya saja. 

Doa masuk tandas | sumber google

"Jangan dicemari fikiran suci kanak-kanak.", satu dialog movie orang putih yang aku tengok baru-baru ni. DaddyG yang layan, mommy tumpang saja lah. 


Amal mengikut jejak Adam yang akan baca doa masuk tandas kuat-kuat. 

Kalau dapat rekod Amal baca doa ni lagi best kan. Mommy akan usahakan nanti.