Rugi tak update kat blog | Aah rasa rugi pula tak update story kat blog. Cerita 2014/2015 banyak. Kalau rasa lupa apa dah jadi, boleh tengok archive blog saja. 

Sebab tu sekarang mommy jadi rajin semula update blog. Tahu la nanti tahun 2019 apa mommy buat. Mommy sendiri dah lupa bila tak save kat mana-mana. Nak harapkan memory sendiri, hahahaha... Sekarang pun dah lupa, macam mana la beberapa tahun akan datang. 


Pagi ni mommy buat roti telur untuk sarapan pagi. 

Roti telur

Daddy siapkan anak-anak pergi sekolah. Kemudian daddy pergi kerja. 

Amal terjaga awal. Ahaa dia telah dipaksa tidur awal semalam. Pukul 10 mommy dah paksa semua tidur. 

Sekarang Amal dah tidur semula. Mommy hadap blog. Banyak kerja mommy ni. Banyak juga idea mommy nak update blog. Haha. Nantikan mommy irra yang rajin. Hehe
Cerita ibu mengandung 34 minggu 3 hari. Biasa lah ibu mengandung ada GDM(kencing manis semasa mengandung) ni 2 minggu sekali kena pergi temujanji.

Temujanji hari ni adalah check perut & jumpa doktor di Klinik Desa.

Seawal 7.20 pagi, aku dah ada dekat Klinik Desa. Dapat giliran nombor 4. Awal juga la hari ni sebab ciksal van sekolah ambil Adam & Anis awal. Adam & Anis naik saja van, terus daddyG hantar aku ke klinik yang jaraknya 600 meter dari rumah. Nampak dekat 600 meter tapi nak menapak memang tak la. Kena lintas jalan besar laluan utama yang sesak dengan kereta.

7.45 pagi boleh ambil urine. Kalau awal sangat , nurse tengah sibuk mengemas. Kalau lewat ambil urine, nurse bising. 7.45 tu kira ngam ngam waktu cantik untuk ambil urine. Urine normal. Lepas tu terus timbang. 62 kg. Duduk semula.

Pukul 8 pagi nurse mula panggil giliran. JM(Jururawat Masyarakat) akan panggil mengikut kawasan jagaan masing-masing. Kawasan aku, JM Siti.

JM Siti sibuk ambil BSP. Jadi ada JM lain yang jaga kawasan aku. Tak tahu pula nama.

8.10 pagi JM panggil nama aku. Check tekanan darah/ blood pressure (BP). BP Normal. Check Hemoglobin darah(HB). HB low. 10.4(tulisan merah). Sudah! Merah ni kena buat apa la. 

Duduk semula. Nanti JM akan panggil lagi dekat atas pula.


8.20 pagi JM panggil nama aku. Tanya soalan macam-macam. Baby gerak ok? Buat ujian untuk asma. Kena tiup corong asma 3x. Pesan jangan minum kopi dan teh. 

Kemudian check perut. Naik atas katil bertutup tirai. JM check ketinggian rahim dan denyutan jantung  baby.  Denyutan baby ok. 

Disebabkan HB tadi low, dia terus refer aku ke KKIA untuk ambil darah lagi sekali. Kat KKIA ada makmal boleh terus dapat result. Plus kena ambil darah untuk Hba1c. Padahal darah dah ambil untuk HBa1c 4 Disember tahun lepas tapi resultnya tak ada. 

8.40 pergi KKIA. Jarak dalam 3km. DaddyG ambil aku kat Klinik Desa, bawa ke KKIA dan dia balik rumah dengan Amal.

9.00 pagi aku sampai KKIA, terus register. Bagitahu kata nak ambil darah untuk HB & hba1c. 

Dah register pergi bilik 1 untuk ambil darah. Kat sini bercampur ibu mengandung, baby dan orang tua. Lambat lah nombor giliran di panggil. Yang paling lambat tu adalah baby. Kesiannya baby dalam pantang menangis-nangis kena ambil darah. 

Dah ambil darah, hantarkan ke makmal di sebelah.

Dapat keputusan bawa ke bilik 9 iaitu bilik doktor.

10.20 pagi baru dapat masuk bilik doktor. Doktor kata HB ok. 11.6. Bacaan darah ambil kat jari dan tangan memang berbeza. Jadi puan tak ada masalah apa-apa. Boleh balik.

Bila ibu mengandung HB low

10.25 pagi siap!

Sebelum balik, aku singgah bilik air dulu. Haha masalah ibu mengandung biasa la. Kerap jalan, kerap la singgah ke bilik air. Kemudian ke kaunter semula untuk minta timeslip buat suami.

10.40 pagi daddyG sampai. Singgah beli nasi lemak depan masjid meru. Singgah Speedmart aku nak beli roti. Pukul 11 pagi sampai rumah. 

Aku nak cepat habis, kena jadi yang terawal sampai ke Klinik Desa. Habis temujanji, daddyG nak masuk office pula. Dan seperti biasa, suprise je keputusan-keputusan dari klinik. Memang kena terima saja dengan hati terbuka. Seperti hari ni kena pergi Klinik Ibu dan Anak disebabkan HB low. 

Sekian cerita berjalan ke 2 buah klinik hari ini.

#ibumengandung

Mommy agak mengada-ngada mengandung kali ni. Mungkin disebabkan "mommy boleh dapat sendiri apa yang mommy nak". Haha. Bila dah tak tahan sangat "teringin" tu, terus cari sampai dapat. 

Mommy nak makan pavlova ni lama dah. Sejak awal mengandung lagi. Tapi tak teruk sangat. Namun 7 bulan sahaja mampu bersabar. Mommy terus up dekat instagram dan facebook mencari siapa boleh buatkan pavlova dan yang penting boleh hantar depan rumah. 

Blogger aima hassan tagged instagr.am/jijilicious_ dekat ig mommy. 

Pavlova 8" RM50
Delivery RM10

Mommy terus tanya bila boleh hantar paling cepat. Pagi tu mommy whatsapp jiji, malam jiji dah hantarkan pavlova dengan rumah. 

Yeay!!!


Pavlova by jijilicious_

Pavlova

Pavlova

Hey! Mana boleh kutip strawberry saja!

Sedap weh! Berebut 4 beranak makan pavlova ni. Yummehhh.. nak order lagi lah..muahahahahaaa
Apa yang bestnya Starbucks ni? 

Kopi mahal pula tu. 

Starbucks pertama

Sebelum ni tak pernah terasa nak merasa pon kopi mahal. Haha!


Mengandung kali ni, macam-macam nak rasa. Tak minum banyak pon. Cukup sekadar dapat rasa. Teruk juga eh! Ke untung? Dapat juga rasa Starbucks kan.. 

Nak komen apa?

Hurmm.. kalau ikutkan harga, baik beli air buah ke. Ada juga khasiat. Keke. 

Caffien ni akan potong zat makanan. Sekali minum kopi, hemoglobin darah terus turun. Tak pernah-pernah mengandung HB kurang dari 11. Haha nak sangat kan! Nasib lah next month HB elok balik. 
Masa ni lagi seminggu sesi persekolahan tahun 2019 akan bermula. Huwaa mommy lah tukang balut buku. Sebelum balut nak kena tulis nama. Mommy juga! 

3 orang anak bersekolah. Maka banyak lah nama yang perlu ditulis. Dari buku teks ke buku kerja dan seterusnya buku tulis. 

Bercinta lah nak tulis nama banyak-banyak. Mommy tak sanggup! Lalu pula iklan sticker nama dekat instagram. Tapi kalau tempah online, jawabnya lambat lagi lah buku nak berbalut. 

Mommy ajak daddyG ke seksyen 2 Shah Alam. Situ banyak kedai untuk printing ni. 

PRINT EXPERT
Satu A 3 RM4.90 siap satu hari. 

Kalau nak cepat bila boleh siap. Berapa harga? 

Siap 2 jam, satu A3 RM6.73 x 3 keping= RM19.10

Ada duit, semua jalan! 
Mommy nak senang kerja, mommy guna duit mommy lah. 

Daddy dah habis beribu untuk yuran sekolah anak-anak dan perbelanjaan sekolah. Kalau suruh bayar pon, nak cekau mana lagi dah? Haha. 

Susah juga kalau mommy tak ada duit poket sendiri. Bila jadi kes macam ni, dah tak larat nak buat, duit adalah penyelesaian.

Satu A3 dapat 90 sticker nama

Selepas 2 jam, kami kembali untuk mengambil sticker. Siap! Yeah! 


Walaupon pada asalnya mommy nak sticker lutsinar. Mommy lupa nak tanya betul-betul lah ni. Tapi daddyG kata ok lah. Senang lekat kat mana-mana pon nampak nama tu. 

Buku dah siap berbalut dan bernama

Mommy lega part tulis nama sahaja lah. Bab membalut buku, bercinta juga lah membalut satu satu dalam keadaan perut memboyot. 

Bab balut buku, tahun lepas ada juga buku yang mommy balut guna pembalut instant. Tapi sayang, buku Adam tu setahun pakai, kotor juga. Baik balut manual. Buku pon cantik elok untuk pelajar tahun depan guna pula.