Bila mengandung, wajib lah ada baju mengandung kerana saiz badan yang dah berubah. Ada ibu mengandung naik sikit berat badan, ada yang naik banyak. Sikit atau banyak tetap kena ada baju baru. 

Mommy ada beli maternity dress dari Mamaway. Nah, mommy menggayakan maternity dress pilihan; kain denim cotton berwarna biru. 

Maternity dress Mamaway

Model IKEA ke ni? Hihi

Kebetulan lalu kat IKEA, maka berposing lah di sini

Maternity dress Mamaway

Mommy suka Mamaway maternity dress kerana:-

💟- Boleh pakai dari mengandung sehingga selepas bersalin.
Kira bukan dipakai masa mengandung sahaja. Nak tunggu mengandung lagi ntah bila pula kan. 

💟- Pakaian kasual.
Tengok gambar pon nampak cantik. Bila pakai lagi cantik. 

💟- Bahan Premium & selamat untuk kulit
100% kain kapas. Jadi sangat selesa. Mommy kan jenis tak tahan peluh kemudian senang gatal. Seharian pakai dress ni tak ada peluh atau gatal-gatal.

💟- Mudah untuk menyusu anak lepas bersalin. 
Alaa tak boleh demo. Yang pasti senang nak menyusu anak kat mana-mana nanti. 
Mesra breastfeeding

Mamaway bukan sahaja menjual baju ibu mengandung, malah ada bermacam keperluan ibu dan bayi seperti:-
💟Maternity
💟Nursing
💟Baby
💟Hospital Bag


Koleksi maternity dress Mamaway

Koleksi dress di Mamaway semua cantik. Harga sepadan dengan kualiti. Pakai banyak kali pon masih tak luntur warna. 

This is mine!

Mommy bukan ada satu sahaja koleksi Mamaway. Ahaa dah jatuh cinta dengan Mamaway, haruslah ada koleksi lain juga. 

Mommy minta adik ipar pakai dress mommy

Esok ni mommy dah meletop boleh pakai juga Mamaway

Masa ni baju tak boleh kancing dah huhu

Puas hati betul beli dress ni. Dah la cantik. Selesa pula tu. Rasa macam nak tambah lagi warna lain pula. Haaa apa lagi kawan-kawan, jom shopping dengan Mamaway. Yang tak mengandung pon sesuai sangat pakai dress Mamaway. 

6 tahun dah berdikari | Mommy terpaksa sebab mommy dah tak boleh nak jalan sangat. Tekanan berjalan banyak tu buat sakit kat tut. Ibu mengandung faham la. Sedangkan berjalan buat kerja dalam rumah sahaja dah sakit. 

Tapi mommy usaha juga tunggu Anis kat depan rumah. Anis akan pergi mengaji berjalan kaki atau naik basikal. Ikut mood dia.
Anis mengaji iqra naik basikal
Mommy pun tunggu lah sampai Anis habis mengaji kat luar rumah. 


Sakit mommy macam ada benda keluar kat situ. Susah nak cakap sakit macam mana. Belum kira sakit tulang pinggul lagi. Kalau boleh transfer rasa sakit ni untuk bagitahu sakit macam mana. Kalau jela. Mana boleh buat. 

Orang mengandung lain-lain sakitnya. Awak mengandung mungkin tak sakit. sakit macam saya. Alhamdulillah la. 

Mommy tahu Anis faham. Amal je la tak faham. Mommy hantar juga Amal mengaji. Tunggu. Tengok Amal mengaji sampai habis. 4 tahun baru kan. Mana boleh bagi dia pergi sendiri. Nanti mommy sakit sangat, Amal terpaksa la skip mengaji iqra. Huhu. 

Suami selalu akan suruh abaikan apa orang cakap. Bukan kita menyusahkan orang. 

Moga mommy cukup bulan sahaja terus beranak. Aaminn. 
Mommy irra dilahirkan berkulit sawo matang. Namun mommy suka nampak cerah. Kalau dulu, mommy sanggup makan produk untuk cerah dan menggunakan skincare peeling untuk mendapatkan kulit cerah. Tapi sekarang tidak lagi. Tambahan pula mommy tengah mengandung. Satu risiko besar kepada bayi untuk mendapat macam-macam penyakit. 

Baiklah nampak cantik di gambar/media sosial daripada menggadaikan diri sendiri.  Dapat penyakit, aku juga yang kena tanggung. Apa guna ada teknologi canggih iye? Guna lah sebaiknya. 

Macam handphone ViVo V9, front kamera bukan main flawless wajah. Tak perlu nak makeup sangat. Tapi rear kamera, nampaklah warna sebenar itu. Haha! 

Selepas edit. Mommy tak suka muka gelap. Haha

Terima kasih Celcom anjurkan contest me mommy menang ViVo V9. Best sangat kamera ViVo V9.

Haa... DaddyG juga lah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan aplikasi Snapseed pada mommy. Install dan ajar macam mana nak guna. Selebihnya mommy akan godek. Aplikasi ini untuk edit kecerahan gambar. 

Selepas VS sebelum Snapseed

Daddy sendiri tak suka mommy post gambar yang tak elok sama ada gambar dia atau gambar anak-anak. 

"Gelap tu. Tak edit ke?"


Dengan front camera vivo mommy tak perlu edit dah. Kecuali tersalah pakai warna tudung. Ada juga warna yang tak sesuai dengan mommy menampakkan mommy semakin gelap. Kalau sesuai, terus nampak putih gebu. 

Sebelum VS selepas Snapseed

Sebab tu mommy akan kata "Terima kasih Celcom & ViVo" apabila orang komen mommy makin cantik dan berseri. Seri handphone tau. 

Untuk gambar real kamera, terima kasih aplikasi Snapseed. Muahahahaha. 

Mommy kantoikan diri sendiri!

Tapi pipi i memang licin tau. Kahkah! Kaler je tak boleh nak ubah. Dah azali kan. 



Ini adalah rutin hari minggu tahun 2019. Mommy dan daddy akan siapkan anak ke sekolah seawal 6 pagi. Mommy siapkan baju dan sarapan pagi, daddy siapkan anak-anak. Adam dan Anis pergi sekolah naik van, manakala daddy pergi kerja. Tinggal lah mommy dan Amal di rumah.

Mommy akan hantar Amal pergi mengaji Iqra pukul 10 pagi. Dalam pukul 10.30 pagi  mommy dah mula bertukang kat dapur. 11.30 pagi Adam balik dan terus pergi mengaji Iqra. Pukul 12 tengahari mommy hantar Amal naik van sekolah depan rumah. Walaupun hanya depan rumah, mommy nak kena bersiap elok juga. Panas pula tu. Tak hantar nanti Amal berdrama tak nak pergi sekolah pula.

Balik dari mengaji Adam bersiap dan makan tengahari. Pukul 12.30 tengahari Adam naik van, Anis turun van. Giliran Anis pula makan tengahari. Hmm macam mana la situasi apabila  dah ada adik baby nanti.

Dari pagi hari, mommy daddy dah kena berzikir panggil nama setiap seorang untuk bersiap. Kalau tak, tak bergerak. Riuh rendah wei.

Seterusnya pukul 5 petang Anis pergi mengaji Iqra. Amal balik lebih kurang 5.20 petang. Adam pula sampai 7 malam.

Daddy akan sampai rumah sebelum pukul 8 malam untuk hantar Adam pergi tuisyen. Cuma malam ni Adam balik 9.20 malam untuk tuisyen ganti sempena perayaan Ponggal.

Begitu lah aktiviti setiap hari Isnin sehingga Khamis. Tiba-tiba daddy masuk semula ke rumah.

"Mana Adam?"
"Mana ada ambil Adam lagi. Kereta tak boleh start".
"Laa apa masalah? Bateri kong?"
"Tak tahu lah."
"Last kita tukar bateri kereta Jun 2017 kan?", kuat pula ingatan mommy pasal kereta. Teringat lah kes hari tu. Mommy ingat kereta tak boleh start kat McD sebab bateri kong la.

Kali ni kereta tak boleh hidup depan rumah. Mujur lah tuisyen dalam taman sahaja. DaddyG jalan kaki ambil Adam.

Ikutkan pada tarikh akhir tukar bateri adalah setahun setengah yang lalu. DaddyG guna bateri kereta:- Century, RM200.00 Waranti: 12 bulan/25000km

Waranti bateri pun dah habis. Kemungkinan besar adalah masalah bateri kong. Hurm masa tu dah 9.30 malam. Kedai kereta semua dah tutup. Sementara daddyG ambil Adam, mommy di rumah hubungi bateriku.com

Sebelum ni dah 2x kami tukar bateri kereta dengan bateriku.com. Sekali dekat Shah Alam, kami walk in terus ke HQ Bateriku.com. Kali kedua pula masa daddyG tengah ada urusan dekat Setia Alam. Masa nak balik tu, kereta tak boleh hidup.

Pengalaman kereta tak boleh hidup ni buat mommy ada memori kuat dengan bateriku.com. Bukan mommy saja, daddy pon sama. Tapi, daddy akan kata "You contact bateriku.com". Arghhh mommy jugak!

Alhamdulillah, ada dealer bateriku.com dekat kawasan rumah mommy ni. Esoknya Amal ada temujanji dekat Hospital Shah Alam. Mommy harap sangat la masalah kereta dapat selesai malam tu juga. Customer service bateriku.com kata boleh datang pukul 11 malam.

Daddy godek-godek juga kereta, tak jadi apa. Ada masa sejam lagi. Kami tunggu ja la dalam rumah.

Kereta tak boleh hidup, apa masalah?

Beberapa minit nak pukul 11 malam, orang bateriku.com sampai.

1. Periksa keadaan bateri kereta
Bateri kereta masih elok. Jadi bukan masalah bateri kong kereta taknak hidup.
Periksa keadaan bateri kereta

2. Bateri kereta ditukar dengan bateri baru 
Untuk memastikan bukan bateri kong punca kereta tak hidup, bateri kereta ditukar dengan bateri kereta baru. Kereta masih tak boleh hidup.

#baterikong ke?

3. Bertanyakan kita sama ada nak tukar bateri atau tidak
DaddyG decide untuk tak tukar bateri. Belum masa lagi nak tukar bateri kereta. Nak kena repair kereta ntah berapa pula habis. 

Sabar sahaja orang bateriku.com melayan kami. Bateri kereta elok lagi. Kemudian beliau minta izin pulang.

Oh tahu tak? Kalau kereta tak boleh hidup, alternator tak boleh diperiksa.

Haa apa masalah kereta sebenarnya? 

Aduh panjangnya cerita hari ini. Masa ni pon dah 11.30 malam. Penat. Mengantuk. Nak tahu apa jadi seterusnya?

Mommy panggil jiran sebelah, tanya lah mekanik yang dia selalu hubungi. Kami tunggu pula abang pomen datang. Rupanya masalah starter.

Jadi kereta tak boleh hidup mungkin disebabkan;-
1. Bateri kong
2. Alternator
3. Starter

Takut kena ketuk dengan pomen

Esoknya, mommy postpone temujanji dengan doktor pakar Hospital Shah Alam. Pagi tu sedang daddyG godek kereta dia, jiran lalu. Jiran lah tolong ketuk-ketuk starter sehingga hidup. Sementara nak tunggu kedai buka, daddyG matikan enjin dahulu.

Ketuk-ketuk starter | Cara tradisional hidupkan enjin kereta

Sebelum nak keluar, 15 minit juga la daddyG ketuk-ketuk starter sehingga enjin kereta hidup dan bawa kereta ke kedai yang dia selalu servis kereta. Takut kena "ketuk", baik lah pergi dekat orang yang kita dah biasa.

Starter Saga BLM

Starter dah tukar baru. Maka daddyG kena get ready untuk tukar bateri kereta pada bila-bila masa juga. Senang, tukar sahaja dengan bateriku.com. Tambahan pula bateriku.com dah ada aplikasi sendiri.

Aplikasi bateriku.com

Bateriku.com tak terkecuali seiring dengan teknologi. Ada aplikasi sendiri. Wah dah 50 ribu download. Mommy juga la yang ketinggalan ni. Hehehe. Better late than never ya!

Install aplikasi Bateriku.com

Jom muat turun/ download sekarang di https://play.google.com/store/apps/details?id=com.bateriku.customer

Kereta ada untuk kemudahan harian. Nak tak nak kena jaga baik-baik dan maintain elok-elok. Dan yang pasti kita tak kena "ketuk" dengan orang yang suka ambil kesempatan. 
Semasa family day company daddy, Adam ada masuk sukaneka. Mommy tak turun sebab tak berapa sihat. Anis pon tidur sama masa tu.

Daddy sahaja yang melayan Adam dan Amal. Adam masuk acara makan buah epal.

Ready!

Termenung apa tu kawan?

Jom makan epal!

Yes adam seorang yang pandai makan epal

Orang lain macam tak pernah makan epal tanpa kupas kulit. Mommy selalu kupas je kulit epal. Tapi ada masa mommy suruh juga mereka makan sendiri. Haha time malas lah tu kan. Daddy pun makan buah epal sendiri tak kupas. Yang tu memang pemalas. Hahahaha. Kalau mommy kupas epal, sekejap je mereka habiskan. 


Untung juga la Adam pandai makan epal macam daddy. Dapat hadiah meja study comel kat bawah ni.

Hadiah makan epal

Selain itu ada acara lain. Tapi tak dapat nombor satu. Ok lah tu. At least Adam dah dapat hadiah satu. Besar pula tu. 

Golek bola dengan gelung

Amboi gaya dia relax sangat eh