Sekali cuba B&B Baby laundry detergent dari Korea ni terus jatuh cinta. Produk natural dengan bauan natural.

B&B Baby laundry detergent dari Korea

Kenapa perlu pilih B&B?

B & B adalah jenama semulajadi dari Korea, bebas dari bahan berbahaya dan diperbuat daripada bahan semula jadi. 

link

Ciri-ciri dan manfaat

  1. Formula paten diperbuat daripada 7 ekstrak semula jadi: kacang fermentasi, pokok willow, portulaca, kayu manis, oregano, pokok cypress dan akar skullcap yang mempunyai kesan antibakteria dan melindungi kulit.
  2. Mengandungi buah Murumuru, tumbuh di Amazon, yang mempunyai kesan pembersihan semula jadi.
  3. Aroma semulajadi menghiburkan minda dan badan melalui aroma terapi.
  4. Lebih 97% biodegradibiliti (Diuji oleh Makmal Pengujian Sintetik Kimia Korea).
  5. Mesra dan selamat untuk kulit (S-mark yang diberikan oleh Makmal Pengujian Sintetik Kimia Korea).
  6. Tiada bahan kimia berbahaya (pengawet, SLS, SLES, ejen mencerahkan fluoresen, fosfat, sintetik).
  7. Tiada kerengsaan kulit.

Pertama kali melihat TILAM AIR / Aqua Mattress, teknologi yang menyokong tubuh ketika tidur sangat mengujakan untuk buat mommy mencubanya.

Tilam air

Tilam air ini boleh :-

  1. Mengurangkan tekanan pada tulang belakang
  2. Menyediakan & menyejukkan sensasi
  3. Hama anti debu, antikulat dan anti bakteria

Tilam air

TILAM AIR OCA WATER MATS
1) Menyediakan sokongan cecair berkesan, memastikan berat badan disokong sama rata.
2) Penyejukan dan kehilangan haba yang lebih baik.
3) 100% anti bakteria, anti kulat dan anti-habuk.
4) Boleh dibasuh dan kalis air.
5) Bersih.

Rasa sejuk

Tilam itu akan ikut bentuk tubuh kita. Memang rasa lain. Dah nama TILAM AIR. Jadi rasa sejuk sahaja. Kalau hari hujan, kita rasa nak tidur saja kan? Mujur tak tertidur dekat situ. Haha. Sangat selesa ya.
Bukanlah manja nak kena tidur beralaskan tilam mahal. Namun pemilihan tilam yang betul membantu memberikan tidur yang lena untuk kesegaran sepanjang hari. Itu pada saya, bagaimana anda pula?

Faktor peningkatan usia dan beranak baby besar sangat memberi kesan kepada tulang badan mommy. Beza sangat melahirkan bayi seberat 2.88 kg berbanding 3.67 kg. Namun tak perlu dibandingkan dengan orang lain. Rangka badan kita pun berbeza. Alhamdulillah awak tak sakit.

Mommy teringin juga belikan untuk emak dan abah di kampung. Mana tahu membantu mengurangkan sakit badan mereka. Mak kan sakit pinggang. Nak tidur pon sakit. Abah tak cakap sakit pon, tapi kak tahu abah sakit. Kak yang muda ni pon sakit sana sini.

Kalian kalau nak belikan hadiah pada mak ayah,  TILAM AIR boleh masuk dalam list anda. Jom menabung sekarang!

Gigi berlubang jangan biar sampai sakit | Aku sendiri tak tahu kenapa aku boleh biarkan gigi berlubang. Seingat aku, gigi yang mula-mula jadi mangsa korban adalah disebabkan aku suka makan coklat sebelum tidur. Padahal dah belajar, sebelum tidur kena gosok gigi. Disebabkan aku buat remeh dah nak "sedap" sahaja, sedap lah kuman membiak sehingga gigi berlubang dan sakit.  Masa ni doktor decide nak buat rawatan akar. Tapi aku kerap sedut gigi dengan lidah untuk buang makanan tersekat. Disebabkan habit aku sedut gigi tu menyebabkan rawatan akar gagal dan doktor terpaksa cabut. Ini gigi korban pertama sebelum kahwin. 

Gigi kedua jadi korban adalah semasa mengandungkan anak pertama. Ini pon kes aku biarkan gigi berlubang. Doktor nak buat rawatan akar juga. Tapi rawatan terpaksa ditangguhkan kerana aku mengandung. Untuk rawatan akar kena xray gigi. Disebabkan aku sendiri dah tak boleh tahan sakit gigi, aku decide untuk cabut sahaja. Sakit cabut gigi tak selama aku menanggung sakit gigi.

Sekarang aku korbankan gigi geraham yang ketiga. Masalah yang sama. Gigi aku dah sakit sangat. Aku tak rela nak menanggung sakit dah. Cabut pun sakit sebenarnya. Tapi sakit cabut ni beberapa hari sahaja. Sakit gigi kalau tak cabut, boleh buat aku mengamuk sepanjang hari. Sakit dia tangkap kepala. Tak boleh anak bising. Tak boleh anak menangis. Semua yang berlaku jadi gangguan. Stress.

Jadi lepas ni aku kena jaga elok lah gigi aku. Takkan nak korban gigi lagi? Itu lah jadi nenek gigi tinggal dua. Ahahaha no! Nehi! 

Anak-anak pon aku puas la bebelkan mereka supaya gosok gigi, jaga gigi. 

Kalau gigi rosak kena cepat-cepat lah bawa jumpa doktor. Huhu walaupun tak ada kereta, kena juga la ikhtiar naik grab pergi klinik gigi. Sebab malas nak kacau daddy yang sibuk tu lah, bila dah sakit sangat, baru jumpa doktor. Uhuhuhuu

Ni aku nak abadikan gigi aku kat dalam blog aku ni. Seram. Tapi entah kenapa kali ni aku minta gigi aku. Kalau dulu aku buat tak tahu je gigi macam mana. Kalau aku tengok mungkin aku akan lebih berjaga-jaga kot kan. Besarnya gigi. Macam mana gigi yang akar besar macam tu pun boleh rosak. Haish la mommy irra. Why? Why? Nasi dah jadi bubur. Jaga sahajalah gigi yang ada. Plus jaga gigi anak-anak. 

Aku blur kan gambar ni. Aku sendiri ngeri. Besar gigi tu. Patut berpusing-pusing kepala masa doktor nak cabut. Harapkan aku ubat bius.

Beza sangat apabila anak-anak sakit berbanding mommy. Mommy kena mengadu berpuluh kali, baru daddy bagi perhatian. Anak-anak baru ada rashes, daddy dah bising-bising minta mommy sapukan ubat.

Set Bare Nuhcessities

Mommy ada ekzema sejak mengandung anak ketiga tahun 2015. Mommy dapatkan set Bare Nuhcessities disebabkan ekzema mommy yang makin merebak. Dari betis dah naik ke paha dan tangan. Ada tempat yang gatal sangat. Tapi untuk entry kali ini mommy nak cerita pasal anak-anak sahaja.

Daddy: Tengok la leher anak ni. Kulit makin tebal dah.
Mommy: Oh, dia main panas, jadi la macam tu.
Daddy: Letak la apa-apa. Nanti makin teruk pula.
Mommy: Letak la Baby Balm Bare Nuhcessities ni.


Baby Balm Bare Nuhcessities

Sayang sungguh daddy pada anaknya. Mommy bukan tak sayang. Anis tu, dah tahu tak boleh berpeluh, bagi juga badan berpeluh-peluh sampai kulit jadi tebal.

Mommy pula memang tengah guna Bare Nuhcessities ni. Jadi kita kongsi-kongsi ya.

Kalau ikutkan hati mommy, mommy biarkan sahaja ia baik sendiri. Tapi daddy dah bising kan. So mommy sapu lah tanpa ragu. Kenapa?

Bare Nuhcessities produk natural

Bare Nuhcessities adalah produk natural. Bahan-bahan dalam Bare Nuhcessities Baby Balm adalah bahan-bahan natural seperti:-

Bahan dalam Bare Nuhcessities Baby Balm ada dalam detail produk di laman web Bare Nuhcessities

Hari pertama tu saja lah daddy sapu. Lepas tu, tugas mommy lah sapu pula. Mommy sapu setiap kali lepas mandi. 2x sekali.

Mommy sapu Bare Nuhcessities Baby Balm sebelum Anis ke sekolah.

Mommy tak perlu risau kerana Bare Nuhcessities Baby Balm bebas bahan merbahaya. Yang ni mommy boleh check dekat EWG.org/skindeep. Bila mommy dah tahu pasal EWG ni, sebelum mommy nak guna apa-apa produk, mommy akan check dulu ingredients kat EWG.

Bare Nuhcessities bebas bahan merbahaya

Selepas beberapa hari mommy sapukan Bare Nuhcessities Baby Balm pada leher Anis, kulit Anis jadi lembut semula. Tak ada dah kulit kasar(ruam yang tebal).

Perubahan selepas menggunakan Bare Nuhcessities Baby Balm

Kulit anis baru sahaja jadi rashes dalam seminggu dua macam tu. Jadi cepat lah ia baik. Kaki mommy dah hampir 4 tahun ada ekzema. Lambat lah nak baik. Tapi mommy tetap guna set Bare Nuhcessities untuk mengurangkan gatal-gatal. Doakan ekzema mommy tak makin teruk ya. Risau tu risau juga. Benda ni jadi masa mengandung. Benda ni makin teruk pon masa mengandung lagi. Cuma lagi bagus la mommy yang ada ekzema daripada anak-anak.

Bukan Anis sahaja yang jadi rashes akibat berpeluh. Amal pon sama. Jadi bila nampak rashes naik sahaja, mommy terus sapu baby balm ni. Hurm cuaca sekarang pula panas sangat kan. Lagi cepat anak-anak berpeluh. 

Mommy recommend ibu-ibu yang ada anak kecil menggunakan produk Bare Nuhcessities ni. Mommy pun dah standby stok untuk baby yang bakal lahir nanti. Kulit baby yang sensetif tak boleh terdedah dengan bahan kimia merbahaya. Lebih-lagi lagi baby yang ada ekzema. Lega mommy ada Bare Nuhcessities ni. Nanti mommy sambung lagi cerita pasal Bare Nuhcessities ya. Nak tahu lanjut boleh layari lama web atau ikuti facebook dan instagram Bare Nuhcessities.


Penting bagi mommy untuk mendapatkan gambar yang tidak menampakkan susuk tubuh tapi kelihatan tinggi dan kurus. Apabila badan berisi, lagi nampak lah lemak di sana sini.

Sekeping gambar ini menampakkan mommy kurus dan tinggi. Sehingga tak nampak baby bump dah 6 bulan.
Tinggi dan kurus
Mommy hanya meletakkan kamera handphone di atas kerusi dan set timer. Kemudian berjalan ke arah kamera.
Hakikat sebenar. Haha

Bila nampak mommy yang kurus dalam gambar buat mommy nak belajar lagi macam mana nak hasilkan gambar yang kurus. Mommy google jumpa la tips gambar nampak kurus dan tinggi.

#1 Jangan Kepit Peha
Apabila mengambil gambar penuh, pastikan kaki dikangkang sedikit bagi mewujudkan ilusi jarak antara satu peha dengan peha yang satu lagi. Kalau rapat timbul/nampak jelas lemak kiri kanan.

#2 Tinggikan Kedudukan Dagu 
Bagi yang bertudung selamatlah sikit. Tudung boleh cover double chin.

#3 Duduk Dalam Posisi Tegak
Untuk mengelak perut kelihatan berlapis, sila duduk dengan tegak. Postur badan yang betul.

#4 Silangkan Kaki
Untuk menampakkan kaki lebih runcing dan panjang, boleh berpaling sedikit menampakkan sisi badan sambil menyilangkan kaki. 

Silangkan kaki

#5 Bengkokan Tangan 
Penting untuk bergambar sambil tangan berada pada posisi ini supaya lengan tidak kelihatan gemuk. 

#6 Silang Kaki Arah Sisi
Nak kelihatan lebih langsing? Bergambarlah dari sisi supaya kamera boleh fokus pada garisan badan yang lebih tinggi apabila anda berpaling sebegitu rupa. Dalam masa yang sama jengkek sedikit kaki bahagian luar sambil tangan dibengkokan memegang sisi pinggul.

#7 Posing Membelakang
Apabila bahagian hadapan membuatkan anda kelihatan boroi, boleh cuba bergambar dalam posisi membelakangkan kamera. 

#8 Duduk Mengiring
Mengiringkan badan sikit dan pastikan pinggul ditolak ke belakang untuk duduk dengan tegak. Posisi ini boleh menyorokkan lemak pada bahagian perut.

#9 Kenal Pasti Sisi Paling Sempurna, Kiri Atau Kanan?
Setiap orang ada sisi wajah yang sempurna. Cuba lihat di cermin, sisi kiri atau kanan yang nampak lebih elok. Jika bergambar, manfaatkan sisi sempurna anda. Senyum dan sengetkan sedikit kepala untuk menghasilkan foto yang lebih menarik. 

Tips tambahan dari mommy adalah minta anak untuk ambilkan gambar. Gambar dari sudut bawah akan melangsingkan tubuh anda.

Selamat mencuba!