Happy 7th birthday Adam Rayyan | Birthday Adam lama dah. 31 Ogos yang lalu. Setiap kali hari jadi Adam akan jatuh pada cuti umum. Maka tak pernah sekali pun Adam samhut di sekolah. Adam pon tak pandai minta juga. Tapi kita tetap akan sambut kecil-kecilan kat rumah.

Happy birthday Adam Rayyan

Happy birthday Adam Rayyan

Happy birthday Adam Rayyan

Happy birthday Adam Rayyan

link

Happy birthday Adam Rayyan

Happy birthday Adam Rayyan

Happy birthday Adam Rayyan

Mommy selfie

Abadikan juga la gambar hari jadi Adam kat blog. Haha! Kalau tak jumpa gambar dalam hard disk, Adam just google Happy 7th Birthday Adam Rayyan, insyaAllah jumpa gambar Adam.

Tahun depan dah 8 tahun. Tahun depan insyaAllah Adam ada 3 orang adik. So adakah kita akan celebrate birthday adik beradik yang lain juga? Haha. Mommy kata kat Amal dan Anis, umur 7 tahun baru kita celebrate birthday macam Adam. 

Tapi hati mommy cepat cair juga kalau anak-anak request kek hari jadi. Birthday mommy ja tak ada siapa sudi nak belikan kek. Sob sob.
Anis dah dihantar ke PASTI seawal usia 4 tahun kerana Anis yang berminat nak ke sekolah. Tak macam Adam. Menangis kena pergi sekolah. Tapi by hook or by crook tetap kena pergi sekolah. Tetap kena naik van sekolah. Tangisan itu tidak memberi kesan apa-apa kepada mommy daddy. Haha. 

Ok mommy nak cerita kisah tragis masa Anis nak periksa akhir tahun, mommy tak sempat nak peduli. Anis kena study sendiri. Kira tak study sangat lah kan. Mommy tengah alahan mengandung. Mommy cuma bagi arahan untuk anis study dan kemas beg.

Anis pula hari pertama peperiksaan buat liat nak bangun dan bersiap. Mommy kelam kabut lah last minit baru check pensil case Anis. Tak nampak pensel case. Allah! Sambil membebel sambil siapkan pensil case baru. 

Anis balik sekolah menangis. Anis tak boleh jawab sebab tak ada warna kuning. 

Bila mommy check pensil case Anis. Eh ada dua. Ada sebenarnya pensil case yang Anis dah kemas. Mommy yang tak nampak. Ada pula warna kuning. Pensil case yang mommy sediakan tak ada warna kuning.

Keputusan keluar Anis dapat 98%. Salah sebab tak ada warna kuning. Sob sob! Salah mommy lah. 


Anis dapat nombor 5 dalam kelas. Peratusan jatuh sikit, namun masih cemerlang. Mommy ingat dapat nombor 5, tahun ni Anis tak naik pentas macam tahun lepas la. Tahun lepas Anis dapat nombor satu.


Rezeki juga Anis dapat naik pentas sebab nombor 1 hingga 5 dapat naik pentas. 




Tahniah Anis! Pulun lagi 6 tahun nanti. Dan mommy, tahun depan ada adik baby. Macam manalah nak handle pelajaran anak-anak eh? Haha.. Moga mommy diberi kesihatan yang baik. Moga anak-anak mommy diberi kesihatan yang baik. InsyaAllah semua baik-baik belaka. 

Mommy nak simpan kat sini keputusan peperiksaan Adam Tahun 1 Berlian buat kenangan. Balik dari menjawab soalan Bahasa Cina, Adam kata "Mesti Adam kena turun kelas. Bahasa Cina susah."

Keputusan peperiksaan Bahasa Cina Adam 78%. Gred B. Hebat lah tu. Lagi 2% nak jadi gred A. 

Keputusan peperiksaan Adam Tahun 1 Berlian

Adam menangis. Adam beberapa hari sedih disebabkan nombor giliran dia dalam kelas banyak. 


Mommy daddy ok saja. Tak marah pun. Jadi nak marah pula disebabkan Adam tertekan dengan keputusan peperiksaan hasil usaha dia sendiri. Mommy cakap senang, awak nak nombor 1, awak kena usaha lebih lagi. Peratus keseluruhan 89% pon dah menaik berbanding ujian sebelumnya. Gred A lagi.

Sampai la hari jamuan Tahun 1 Berlian, mommy cakap dengan cikgu Adam. Cikgu balas "Adam nak nombor satu senang saja. Adam masuk la kelas Permata. Confirm dapat nombor satu tau.". Cikgu dan mommy gelak sekali.

Kelas Permata adalah kelas terakhir. Pandai juga cikgu ni. Sejak dari tu, Adam ok dah. Adam masih di Kelas Berlian untuk tahun 2019. 

Belajar sungguh-sungguh ya anakku, Adam Rayyan. 
Mari Belajar Mengenai Ekzema bersama Dr  Kartini Farah Rahim | Baru-baru ini mommy irra berkesempatan menyertai Sesi Kaunseling Belajar Mengenai Ekzema bersama Dr Kartini Farah Rahim, Pakar Dermatologi dari Avisena Specialist Hospital.

Anak mommy ada ekzema 2013/2014

Bersama Dr Kartini Farah Rahim, Pakar Dermatologi, Avisena Specialist Hospital dan anak mommy yang masa baby kena ekzema.

Ekzema dan bayi sangat sinonim sekarang ni. Rata-rata bayi baru lahir ada ekzema. Ekzema bukanlah penyakit berbahaya atau berjangkit. Ekzema boleh dikawal dengan baik. 

Ekzema bukan sahaja kena pada bayi. Ekzema tidak mengenal usia. Dari bayi, kanak-kanak, orang dewasa malah orang tua boleh mendapat ekzema. Jadi molek lah kita mengambil tahu serba sedikit mengenai ekzema.

Sebaik sahaja ekzema Anis dah baik, mommy pula yang kena ekzema. Jadi mommy sertai sesi kaunseling ini untuk menimba ilmu bagi diri sendiri. 

Adakah ini ekzema?

Ekzema adalah masalah keradangan kulit yang lazim, berulang-ulang dan gatal.

Bentuk awal semua jenis ekzema
- bintik-bintik halus/kasar
- gatal
- merah
- kering atau bersisik

Antara ciri lain ekzema adalah sejarah ekzema, asma, resdung, alergik. Kemungkinan besar mereka yang ada sejarah di atas akan mendapat ekzema.

Anak mommy sendiri dahulu tahun 2013/2014 ada ekzema. Boleh tengok di link ini http://anisinsyirahmohdrafhan.blogspot.com mommy simpan untuk kenangan.

Walaupun ekzema tak berbahaya, namun kesan ekzema pada kami sekeluarga sangat besar. Ibu ayah yang ada ekzema beruntung sangat dapat join Sesi Kaunseling bersama Dr Kartini ini. Pendedahan banyak benda baru yang memudahkan penjagaan anak ekzema atau mengawal ekzema. 

Untuk sesi kaunseling ini, kami belajar secara amali. Banyak benda baru yang dapat belajar mengenai ekzema. Dan mommy nak kongsikan dengan anda semua. Antaranya:-

Teknik Mengawal Ekzema Kering

- cara betul mandi
Mandi guna pencuci yang tidak berbuih. Bukan sabun. Lepas mandi, dab badan bukan gosok ( dab dab saja).

- cara betul memakai pelembap
Lepas dap badan, lumurkan pelembap. Masa basah lagi tu, senang nak ratakan pelembap.


- cara betul pilih pelembap
Untuk kulit kering sangat, pakaikan pelembap yang lebih tahan lama(ointment)

Air -> Lotion -> Cream -> 
Ointment - >Vaseline

Turutan pelembap semakin tahan lama

Pemilihan pelembap bergantung kepada:-
- tahap kekeringan kulit
- cuaca
- kesesuaian bayi
- kos

Pelembap yang baik mesti mengandungi minyak (galian atau tumbuhan)

Tambahan glycerin, ceramide, kolestrol, free fatty acids. Bahan-bahan yang membantu: squalene, Sodium Hyaluronate, Glycyrrhetic acid, palmitoylethonalamine, telmesteine, Vitamin E.

Anda boleh rujuk www.ewg.org/skindeep untuk mengetahui bahan yang ada dalam setiap produk yang kita gunakan adalah terbaik.

Untuk ekzema basah, gunakan lotion / KMNO4
Untuk ekzema kering, gunakan pelembap krim/minyak
Untuk ekzema tebal, gunakan pelembap minyak

- cara pelembap kekal lama
Lepas lumur pelembap, tutup dengan ointment


Untuk sapuan steroid, mohon rujuk dengan doktor pakar Dermatologi yang merawat anda ya. 

- Pembalut  fabrik elastik (wet wrap)
Lumur pelembap, sapu ointment, wet wrap. Tahan 4 jam.


Kebaikan wet wrap
- menyejukkan kulit
- meninggikan kelembapan kulit
- mengurangkan gatal
- menghalang dari tergaru

Ekzema mendatangkan stress. Stress akan merangsang ekzema. Jadi, pesakit mahupon kedua ibu bapa pesakit ekzema perlu mengawal emosi. Antara aktiviti yang membantu mengawal emosi ini adalah:-
  • senaman ringan/riadah
  • bersikap positif
  • menghubungi rakan yang mengalami ekzema, berkongsi pendapat dan mendapat ilmu
  • ikut kumpulan sokongan seperti Malaysia Eczema Support Community
  • berjumpa dengan pakar psikiatri atau Psikologi


Kalau ada lagi kelas amali mengenai ekzema ni, mommy akan kongsikan dengan anda. Belajar face to face lagi mudah hadam kan. Semoga perkongsian ini  serba sedikit membantu anda yang menghidap ekzema atau pon ada anak ekzema. 

Fred&Flo diapers pant menyenangkan kerja mommy | Dulu mommy tak pernah cuba diapers pant. Tapi disebabkan mommy dah tak larat mengandung kali ke-4 ini, mommy kena kurangkan kerja mommy. Dan serius Fred&Flo diapers pant menyenangkan kerja mommy. 
Amal akan pakai sendiri diapers pant ni. Bila dia nak tidur, automatik dia akan cari dan pakai. 
Amal akan pakai diapers hanya masa tidur. Jimat pon jimat. 
Bangun pagi Amal akan buka diapers pant sendiri. Cuci sendiri. Terima kasih sayang menyenangkan kerja mommy!
So far guna diapers pant Fred&Flo ni mommy puas hati sangat walaupon baru guna 2 pax. Tak puas hati takkan repeat ye?
Yang penting Amal selesa. Kencing tak bocor. Mommy senang hati! Yeay!