Budak-budak suka main lego. Pengaruh cerita lego dibawa ke alam nyata. 

Mommy dan daddy pernah belikan sekecil-kecil lego sehingga sebesar-besar lego.

Pasang lego 2 jam, tapi akhirnya terpijak serpihan lego di jalanan. Sakit kaki. Bertambah sakit hati. Sampai tahap mommy daddy kalau terpijak lego atau mainan akan buang terus. 

Mommy rasa nak beli giant lego seperti di Legoland. Mommy google cari harganya beribu. Wow. 

Satu hari mommy ternampak giant lego di timeline facebook. Harganya murah. Kualiti mungkin lain. Tapi dengan harga tu mampu lah mommy nak beli. 

Masuk je gaji mommy sebagai blogger, mommy terus belikan 2 set. 
Giant lego
Tak boleh la terpijak lagi giant lego ni. Besar gedabak ni takkan mommy takkan mommy daddy tak nampak lagi.
A post shared by Irra Irrayyan (@irrayyandotcom) on

Masalah terpijak lego tak ada lagi. 
Anak-anak pun seronok main. 
A post shared by Irra Irrayyan (@irrayyandotcom) on
Berminat boleh tengok kat fb page ni
https://www.facebook.com/momsandtotsmalaysia/
Tinggal beberapa hari sahaja lagi nak raya! Aduh kuih raya macam tak cukup lah. Berita baik untuk warga Jitra, Kedah. Kalian boleh dapatkan Berepek Bronis di:-

BRONIS SDN. BHD. (1268979-X)
No.28, Rumah Kedai Taman Berlian,
06000 Jitra, Kedah.


Kerepek Bronis Extra Almond & Extra Chocolate Chips dan Kerepek Bronis Teh Tarik. Ketagih Gila!!
Mari dekat! Mari dekat mommy nak cerita! 

Rugi lah kalian kalau tak mencuba Kerepek Bronis ni. Mommy beli 5 bungkus Kerepek Bronis, habis dalam masa 2 hari sahaja. 

Anak-anak mommy yang tak puasa tu sibuk lah usung ke sana sini minta dibuka. Mommy pon malas nak melayan, habis kerepek mommy dah tak nampak rupa.

Tapi, anak-anak mommy makan tak tinggal sedikit cebisan kerepek pon. Perghh punya lah sedap kan.

Kerepek Bronis keluaran Bronis Sdn Bhd ini mempunyai dua pilihan rasa iaitu rasa coklat dan teh tarik.
Kerepek Bronis
Perniagaan Kerepek Bronis ini diasaskan pada tahun 2016 di Jitra, Kedah. Walaupun mommy baru tahu pada tahun ini iaitu 2018, ia lebih baik daripada mommy tak kenal langsung kan. 
Kerepek Bronis Teh Tarik
Kerepek Bronis dibuat menggunakan bahan-bahan premium menjadikan Kerepek Bronis sedap sehingga "Ketagih Gila".

Kerepek Bronis kuih wajib di pagi raya

Disebabkan kesedapan yang teramat sangat, mommy jadikan kerepek Bronis ni kuih wajib di pagi raya. Tapi rasanya tak sempat nak jamu pada tetamu yang datang. 
Amal layan Kerepek Bronis
Serius mommy cakap, sebungkus tu kalau dibuat kudap-kudap layan sambil tonton televisyen, tak sedar habis! 

Dan pesanan mommy, mohon sorok dari anak-anak sebelum habis mereka kerjakan. Tak sempat nak jadikan kuih raya weh. 
Adam suka Kerepek Bronis
Oh jauhnya nak ke Jitra? Kerepek Bronis boleh terus di hantar ke depan rumah anda dengan belian online. Tapi lepas raya lah ya. Poslaju dah cuti Raya ni. Tak apa lah kan. Raya kan sebulan. 

+604-916 1226
+6012-535 2887
Fb : fb.me/kerepekbronishq
Ig : instagr.am/kerepekbronishq

#kerepekbronis #bronis #brownies #kuihraya #kerepekraya #selamathariraya #raya2018 #irrayyan #irrayyandotcom #afbdotmy
Baby baru selepas 7 tahun | Baca tajuk mesti ada yang ingat mommy mengandung lagi. Ahaa mommy tak mengandung lah.
Mommy ada baby baru
Baby yang mommy maksudkan adalah meja makan. Selepas 7 tahun 5 bulan 25 hari, baru mommy merasa ada meja makan. 
Sebenarnya bajet meja makan ni dari bajet untuk pembedahan lengan mommy. Tapi disebabkan tak perlu buat pembedahan, elok benarlah wang tersebut mommy belanjakan dengan barangan yang "nampak" dan boleh digunakan setiap hari.
Meja makan 6 kerusi
Meja makan adalah perabot idaman mommy. Puas request tak dapat tau. Ya lah, daddyG seorang sahaja kerja. Kos sara hidup sekarang tinggi.
Kosong
Jenuh juga la mommy nak mengemas rumah untuk kosongkan segala ruang. Nak letak big baby.
Staf Ikea pasang kerusi
Pukul 6 petang baru lori IKEA datang. Pasangkan kerusi dan meja makan
Sofa pon nak kena tukar baru. Nampak span dah
Rumah kita kecil sahaja. Sofa tu pula besar gedabak. Syukur lah sofa jiran lama bagi. Ada juga sofa.
Pasang meja
Yang menarik dalam gambar di atas adalah dinding rumah mommy. Dah macam tadika rupanya.
Kalau pasang sendiri, jenuh la
Sejam lebih juga la nak memasang meja dan 6 kerusi. Itu dah guna alatan. Kalau pasang sendiri mahu 2 hingga 3 jam tak siap lagi.

Syukur Alhamdullilah..

Perniagaan atas talian sangat rancak setiap kali menjelang musim perayaan. Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma tak lama lagi. Semua orang sibuk menyediakan persiapan raya seperti membeli baju raya, menyediakan kuih raya, atau dalam erti kata lain, kalau boleh semua nak baru. 

Akan tetapi, bagi mommy yang hanya ada masa di rumah, nama pun suri rumah, mommy lagi senang membeli belah secara online. Nak tunggu keluar hujung minggu, lambat sangat. Jadi mommy tunggu sahaja abang posmen hantarkan barang depan pagar rumah. 
Duit Raya Lazada Shakin' Deal
Duit Raya Lazada Shakin' Deal 
Baru-baru ini Lazada telah mengadakan permainan Lazada Shakin’ Deals sempena kempen Lazada Riang Ria Raya yang bermula dari 22 Mei 2018 sehingga 4 Jun 2018. 

Katanya boleh menang vouchers tunai sehingga RM50. Wow, mommy pon terus mencari bagaimana cara nak bermain. 

Cara bermain?

Mudah sahaja caranya, hanya perlu ikut langkah berikut:-

1 - Download dan log masuk aplikasi Lazada

2 - Stay di laman utama.
Laman utama/homepage

3 - Shake/goncang setiap hari pada pukul 5.30 pagi, 12.30 tengahari dan 9.30 malam!

Mudah sangat kan!

Ada maksimum lima percubaan semasa sesi Shakin’ Deals. Boleh lihat terma dan syarat di :- https://www.lazada.com.my/wow/i/my/MYCampaign/riang-ria-raya-shakin-deals/.




Mommy taknak terlepas peluang, jadi mommy set alarm 5.25 pagi, 12.25 tengahari dan 9.25 malam. Punya semangat kan. Haha. 

Untuk pertama kali, mommy shake pukul 9.30 malam. Mommy tunggu di laman utama/homepage Lazada. Sekali shake mommy dapat voucher RM18 dengan belanja minimum RM60. 
You have won!
Wah wah wah! Bertuah juga tangan mommy ni. RM18 dari RM60 banyak lah tu. Potongan 30%. Dalam hati mommy sudah merancang nak beli apa. 
Duit Raya dari Lazada
Kali ke 2, 3, 4 dan 5 mommy tak dapat apa-apa dah. Tak apa lah. Nanti mommy cuba lagi.

Pagi tadi mommy terus shopping. Mahu tak excited. Dah la hari ni 1 Jun GST 0%. 
Redeem voucher duit raya Lazada
Mommy dah shake shake you all. You all bila lagi? 

Eh sebelum terlupa mommy nak ucapkan selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. 

5 Kelebihan Meja Belajar Ergonomik Sunperry Prostar | Baru-baru ini mommy berpeluang ke pelancaran Ergonomic Study Desk / Meja Belajar Ergonomik Sunperry ProStar di Sunperry Kids (Puchong Showroom).

Pertama kali mommy melihat Meja Belajar Ergonomik Sunperry ProStar semasa Export Furniture Fair (EFE) di Kuala Lumpur Convention Centre. Meja ini direka untuk kanak-kanak sehingga mereka meningkat dewasa.

Reka bentuknya juga sangat menarik. Mommy yakin semua ibu yang melihatnya pasti teruja untuk menghadiahkan sebuah Meja Belajar Ergonomik Sunperry ProStar kepada si manja.

Meja Belajar Ergonomik Sunperry ProStar

Terdapat dua jenis Meja Belajar Ergonomik Sunperry ProStar iaitu:-

1- Prostar 1
Meja Belajar Ergonomik Sunperry ProStar 1 Study desk
Meja Belajar Ergonomik Sunperry ProStar 1
- Sesuai dari umur 5 hingga dewasa.
- Meja dan ketinggian kerusi boleh laras.
Ketinggian meja boleh laras
Kedudukan kerusi boleh laras ke hadapan
Ketinggian kerusi boleh laras
Tempat sandar boleh laras
- Kecondongan fleksibel untuk disesuaikan dengan kedudukan membaca, menulis dan melukis.
Meja boleh dicondong mengikut kesesuaian
- Datang dengan pemegang iPad, rak besar dan laci.
Rak besar
Pemegang iPad
Laci
- Waranti 3 tahun untuk bahagian mekanisme.

2- Prostar 2
Meja Belajar Ergonomik Sunperry ProStar 2 study desk
Meja Belajar Ergonomik Sunperry ProStar 2
- Sesuai dari umur 5 hingga dewasa.
- Meja dan ketinggian kerusi boleh laras.
- Kecondongan fleksibel untuk disesuaikan dengan kedudukan membaca, menulis dan melukis.
- Datang dengan rak buku mini.
- Waranti 3 tahun untuk bahagian mekanisme.

5 kelebihan Meja Belajar Ergonomik Sunperry ProStar 

Selain reka bentuk Meja Belajar Ergonomik Sunperry ProStar yang nampak sangat menarik, terdapat 5 kelebihan Meja Belajar Ergonomik Sunperry ProStar ini iaitu:-
📚Mengurangkan ketegangan mata dan mengurangkan masalah penglihatan
Jarak bacaan yang tidak betul akan menyebabkan masalah mata. 

📚Menyokong perkembangan sihat tulang belakang kanak-kanak, meminimumkan risiko bongkok dan scoliosis
Membongkok yang kerap akan menyebabkan masalah bongkok dan scoliosis

📚Dengan kedua-dua kaki yang kuat di atas lantai, akan meningkatkan peredaran darah kanak-kanak dan meningkatkan tumpuan
Pinggang yang tidak terletak di tempat duduk dan kaki tidak mencecah lantai akan menyebabkan kanak-kanak menjadi letih dan hilang fokus dengan mudah

📚Reka bentuk meja pelbagai fungsi sesuai untuk menulis, membaca dan melukis
Meja tidak sesuai digunakan untuk menulis, membaca dan melukis. Prostar sesuai untuk semua jenis aktiviti si manja. 

📚Ketinggian boleh laras untuk menjimatkan masa dan wang, meja belajar untuk anak dari kanak-kanak sehingga remaja dan dewasa
Tidak dapat menyesuaikan ketinggian meja untuk kanak-kanak dari umur dan ketinggian yang berbeza, mengakibatkan sikap duduk yang tidak sihat

Dari pengalaman mommy sendiri. Anak mommy tidak akan belajar lama dalam satu-satu masa. Pelbagai alasan akan diberikan seperti penat, sakit badan dan sebagainya. Jadi meja belajar ergonomik Sunperry ProStar ini adalah salah satu inisiatif terbaik untuk si manja mommy lebih bersemangat belajar. 
Meja Belajar Ergonomik Sunperry ProStar 2
Melihat anak mommy khusyuk mewarna tanpa mempedulikan orang disekeliling. Mesti Anis rasa sangat selesa. Mommy sendiri rasa kagum apabila Anis mewarna sehingga habis. 

Nampaknya Sunperry ProStar Ergonomic Study Desk ini  pasti menjadi idaman semua ibu-ibu untuk menggalakkan si manja lebih minat belajar.

Sunperry Kids - Puchong Showroom
11A-G & 11A-1, Jalan Puteri 4/7A, Bandar Puteri Puchong, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia.


Maklumat lanjut produk:-  http://www.sunperrykids.com.my/shop