Perniagaan atas talian sangat rancak setiap kali menjelang musim perayaan. Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma tak lama lagi. Semua orang sibuk menyediakan persiapan raya seperti membeli baju raya, menyediakan kuih raya, atau dalam erti kata lain, kalau boleh semua nak baru. 

Akan tetapi, bagi mommy yang hanya ada masa di rumah, nama pun suri rumah, mommy lagi senang membeli belah secara online. Nak tunggu keluar hujung minggu, lambat sangat. Jadi mommy tunggu sahaja abang posmen hantarkan barang depan pagar rumah. 
Duit Raya Lazada Shakin' Deal
Duit Raya Lazada Shakin' Deal 
Baru-baru ini Lazada telah mengadakan permainan Lazada Shakin’ Deals sempena kempen Lazada Riang Ria Raya yang bermula dari 22 Mei 2018 sehingga 4 Jun 2018. 

Katanya boleh menang vouchers tunai sehingga RM50. Wow, mommy pon terus mencari bagaimana cara nak bermain. 

Cara bermain?

Mudah sahaja caranya, hanya perlu ikut langkah berikut:-

1 - Download dan log masuk aplikasi Lazada

2 - Stay di laman utama.
Laman utama/homepage

3 - Shake/goncang setiap hari pada pukul 5.30 pagi, 12.30 tengahari dan 9.30 malam!

Mudah sangat kan!

Ada maksimum lima percubaan semasa sesi Shakin’ Deals. Boleh lihat terma dan syarat di :- https://www.lazada.com.my/wow/i/my/MYCampaign/riang-ria-raya-shakin-deals/.




Mommy taknak terlepas peluang, jadi mommy set alarm 5.25 pagi, 12.25 tengahari dan 9.25 malam. Punya semangat kan. Haha. 

Untuk pertama kali, mommy shake pukul 9.30 malam. Mommy tunggu di laman utama/homepage Lazada. Sekali shake mommy dapat voucher RM18 dengan belanja minimum RM60. 
You have won!
Wah wah wah! Bertuah juga tangan mommy ni. RM18 dari RM60 banyak lah tu. Potongan 30%. Dalam hati mommy sudah merancang nak beli apa. 
Duit Raya dari Lazada
Kali ke 2, 3, 4 dan 5 mommy tak dapat apa-apa dah. Tak apa lah. Nanti mommy cuba lagi.

Pagi tadi mommy terus shopping. Mahu tak excited. Dah la hari ni 1 Jun GST 0%. 
Redeem voucher duit raya Lazada
Mommy dah shake shake you all. You all bila lagi? 

Eh sebelum terlupa mommy nak ucapkan selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. 

5 Kelebihan Meja Belajar Ergonomik Sunperry Prostar | Baru-baru ini mommy berpeluang ke pelancaran Ergonomic Study Desk / Meja Belajar Ergonomik Sunperry ProStar di Sunperry Kids (Puchong Showroom).

Pertama kali mommy melihat Meja Belajar Ergonomik Sunperry ProStar semasa Export Furniture Fair (EFE) di Kuala Lumpur Convention Centre. Meja ini direka untuk kanak-kanak sehingga mereka meningkat dewasa.

Reka bentuknya juga sangat menarik. Mommy yakin semua ibu yang melihatnya pasti teruja untuk menghadiahkan sebuah Meja Belajar Ergonomik Sunperry ProStar kepada si manja.

Meja Belajar Ergonomik Sunperry ProStar

Terdapat dua jenis Meja Belajar Ergonomik Sunperry ProStar iaitu:-

1- Prostar 1
Meja Belajar Ergonomik Sunperry ProStar 1 Study desk
Meja Belajar Ergonomik Sunperry ProStar 1
- Sesuai dari umur 5 hingga dewasa.
- Meja dan ketinggian kerusi boleh laras.
Ketinggian meja boleh laras
Kedudukan kerusi boleh laras ke hadapan
Ketinggian kerusi boleh laras
Tempat sandar boleh laras
- Kecondongan fleksibel untuk disesuaikan dengan kedudukan membaca, menulis dan melukis.
Meja boleh dicondong mengikut kesesuaian
- Datang dengan pemegang iPad, rak besar dan laci.
Rak besar
Pemegang iPad
Laci
- Waranti 3 tahun untuk bahagian mekanisme.

2- Prostar 2
Meja Belajar Ergonomik Sunperry ProStar 2 study desk
Meja Belajar Ergonomik Sunperry ProStar 2
- Sesuai dari umur 5 hingga dewasa.
- Meja dan ketinggian kerusi boleh laras.
- Kecondongan fleksibel untuk disesuaikan dengan kedudukan membaca, menulis dan melukis.
- Datang dengan rak buku mini.
- Waranti 3 tahun untuk bahagian mekanisme.

5 kelebihan Meja Belajar Ergonomik Sunperry ProStar 

Selain reka bentuk Meja Belajar Ergonomik Sunperry ProStar yang nampak sangat menarik, terdapat 5 kelebihan Meja Belajar Ergonomik Sunperry ProStar ini iaitu:-
📚Mengurangkan ketegangan mata dan mengurangkan masalah penglihatan
Jarak bacaan yang tidak betul akan menyebabkan masalah mata. 

📚Menyokong perkembangan sihat tulang belakang kanak-kanak, meminimumkan risiko bongkok dan scoliosis
Membongkok yang kerap akan menyebabkan masalah bongkok dan scoliosis

📚Dengan kedua-dua kaki yang kuat di atas lantai, akan meningkatkan peredaran darah kanak-kanak dan meningkatkan tumpuan
Pinggang yang tidak terletak di tempat duduk dan kaki tidak mencecah lantai akan menyebabkan kanak-kanak menjadi letih dan hilang fokus dengan mudah

📚Reka bentuk meja pelbagai fungsi sesuai untuk menulis, membaca dan melukis
Meja tidak sesuai digunakan untuk menulis, membaca dan melukis. Prostar sesuai untuk semua jenis aktiviti si manja. 

📚Ketinggian boleh laras untuk menjimatkan masa dan wang, meja belajar untuk anak dari kanak-kanak sehingga remaja dan dewasa
Tidak dapat menyesuaikan ketinggian meja untuk kanak-kanak dari umur dan ketinggian yang berbeza, mengakibatkan sikap duduk yang tidak sihat

Dari pengalaman mommy sendiri. Anak mommy tidak akan belajar lama dalam satu-satu masa. Pelbagai alasan akan diberikan seperti penat, sakit badan dan sebagainya. Jadi meja belajar ergonomik Sunperry ProStar ini adalah salah satu inisiatif terbaik untuk si manja mommy lebih bersemangat belajar. 
Meja Belajar Ergonomik Sunperry ProStar 2
Melihat anak mommy khusyuk mewarna tanpa mempedulikan orang disekeliling. Mesti Anis rasa sangat selesa. Mommy sendiri rasa kagum apabila Anis mewarna sehingga habis. 

Nampaknya Sunperry ProStar Ergonomic Study Desk ini  pasti menjadi idaman semua ibu-ibu untuk menggalakkan si manja lebih minat belajar.

Sunperry Kids - Puchong Showroom
11A-G & 11A-1, Jalan Puteri 4/7A, Bandar Puteri Puchong, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia.


Maklumat lanjut produk:-  http://www.sunperrykids.com.my/shop



21 idea ayat memikat yang berani, dan Kreatif | Ramai di antara kita yang sudah berkali-kali mencuba untuk memikat bakal pasangan kita. Namun percubaan tersebut kerap kali gagal. Mungkin faktor utamanya adalah kerana kita tidak berani atau kita tidak menggunakan ayat memikat yang terbaik. 

Zaman sekarang penggunaan ayat memikat yang rare semakin mendapat tempat dalam kalangan remaja. Ramai pasangan yang bersatu kerana terpesona dengan ayat memikat yang diberikan pada mereka.  Anda boleh cuba guna ayat memikat ini untuk menjayakan misi untuk memikat gadis atau pasangan anda.
21 idea ayat memikat yang berani untuk anda cuba. Berkemungkinan percubaan anda kali ini akan Berjaya.
Boleh tunjukkan saya jalan?
Jalan ke mana? Jalan ke hati kamu.
Awak tidak perlu pakai make up, kerana wajah awak sudah cukup cantik untuk menawan hati saya.
Tidak ada satu perkataan yang dapat menggambarkan kecantikan awak.
Saya rasa mata saya ada masalah, dari tadi asyik melihat awak sahaja.
Ada dua sebab dapat membangunkan aku setiap pagi, satu adalah kerana alarm yang berbunyi dan yang kedua adalah kamu.
Perkataan dimula dengan ABC, Nombor dimulai dengan 123, Cinta dimulai dengan aku dan kamu.
Kita nak kemana ni? Nak ke hati awak
"Alamak! Ini mesti Awk yang ambikkan?". "Ambik apa?". "Awk dah ambik hati sayaa!"
"Awak tak penat ke? " Tak la. Kenapa? "Sebab sepanjang hari awak asyik berlegar-legar dalam kepala saya".
Cinta ada 4 langkah: 1 aku, 2 kamu, 3 kita dan 4 cinta.
Aku minta bunga diberi-Nya taman. aku minta setitis air diberi-Nya lautan. aku minta malaikat, diberi-Nya kamu.
link
Hi, my name is yours. So, i'm yours.
“Awak ni architect ke?” “Kenapa ? ““Pandai awak bina istana cinta dalam hati saya”
Is your name Aida? Coz Aida lama minat you.
“Cadbury dah halal, kita bila lagi?"
"Nak Minum Air Apa?" - "Air Love u Sayang"
"Awak ni kan, Nak Tau tak nak tau tak apa beza peti ais dengan awak" “Apa? “"Peti Ais sejukkan air, tapi awak sejukkan hati saya"
Ayat terus Terang. “Bila kita nak couple? “bila kita nak kahwin“.
Ayat Berlapik selalu ditujukan secara tidak langsung. Contoh – 
If you were words on a page, you would be fine print.
Did it hurt when you fell from heaven?
Banyak lagi ayat pemikat hati yang kreatif dan menarik untuk memikat pasangan anda. Cuba guna 21 ayat ini dahulu. kegunaan ayat memikat ini adalah untuk membantu anda memulakan perbualan dengan orang yang anda sayang. Tujuannya adalah untuk memastikan si dia terpesona dan tertarik dengan kita. Selamat mencuba dan Semoga Berjaya.


Mommy fobia dengan kinder joy kerana harganya tak masuk akal. Satu kinder joy boleh beli nasi goreng ikan masin satu.

Kali ini anak mommy dapat juga sebab pemberian orang. Kalau dengan mommy atau daddy, merengek macam mana pon memang tidak akan dilayan. Nehi!
Kinder Joy untuk lelaki
Tengok lah apa je yang ada dalam tu. Makan nasi goreng kenyang juga la. Tapi makan benda alah ni?
Isi dalam Kinder Joy
Seronok lah sekejap anak-anak. Sebab mainan ini untuk lelaki, adam dapat mainan.
 link
Makanan untuk Anis dan Amal.
Makanan dalam kinder joy
Yang tak best tu, mainan cenonet tu tak sempat sehari main. Jangan membazir lah anak-anak!

Tapi baru-baru ni mereka merengek nak juga kinder joy. Masa ni ada sale. Jadi daddy belikan juga seorang satu. Ala daddy ni. 
5 Cara untuk Meningkatkan Stamina Tanpa Belanja Lebih | Setiap hari kita mengadu mengenai badan kita yang lemah selepas balik dari kerja atau selepas buat kerja rumah. Sedar atau tidak, keupayaan kita melakukan sesuatu berkait dengan stamina pada badan kita. Jika badan kita mempunyai stamina yang tinggi, maka kita akan lebih mudah melakukan kerja tanpa rasa penat dan lesu. Bagaimana untuk meningkatkan stamina tanpa belanja lebih atau tanpa mengeluarkan duit ? 

5 Cara untuk Meningkatkan Stamina Tanpa Belanja Lebih

Pertama sekali adalah melalui pemakanan. Pengambilan makanan seimbang akan membantu badan kita untuk menjana tenaga. Selepas itu, tenaga yang terhasil akan digunakan untuk aktiviti kita seharian. Elakkan makanan yang berminyak dan juga elakkan dari makan makanan yang tidak memberi tenaga pada badan.

Satu fakta yang anda kena tahu, Sumber dari kekacang dapat membantu meningkatkan stamina seseorang kerana kandungan zat besinya yang tinggi. Zat besi berfungsi untuk menambah sel darah merah dan sel ini yang akan membawa oksigen ke seluruh otot yang ada pada badan kita. Betapa pentingnya pemakanan yang betul untuk menjamin stamina yang hebat. 

Cara kedua untuk meningkatkan stamina adalah melalui aktiviti senaman. Kita disarankan untuk melakukan senaman sebanyak 150 minit dalam seminggu.
5 Cara untuk Meningkatkan Stamina Tanpa Belanja Lebih
Gambar sumber google | 5 cara meningkatkan stamina tanpa belanja lebih

Dengan cara ini, ia dapat memberi keseimbangan kepada badan dan dapat membekalkan tenaga pada badan untuk melakukan aktiviti seharian.
Yang Ketiga adalah dengan memastikan mental atau daya tahan otak kita berada di tahap yang tinggi. Seseorang yang mempunyai kekuatan mental yang tinggi dapat membuat pelbagai perkara. Otak merupakan ketua pada badan, ia akan memberi arahan kepada organ lain untuk menstabilkan sesuatu tindak balas yang berlaku dalam badan kita. Jadi kita kena pastikan mental kita berada pada tahap yang terbaik.

Cara keempat untuk meningkatkan stamina tanpa belanja lebih adalah dengan memberikan rehat yang cukup pada badan kita. Kita terlalu sibuk sehingga ada ketika kita sendiri tidak cukup rehat yang akhirnya membawa kepada keletihan, lemah dan lesu. Jika perkara ini berlaku pada anda, pasti anda mempunyai kesukaran dalam mengekalkan stamina.

Solusinya adalah dengan banyakkan berehat untuk memulihkan balik tenaga pada badan kita.

Cara yang terakhir adalah dengan jaga berat badan anda. Sedar atau tidak, berat badan kita setiap hari menggangu kita untuk melakukan kerja. Kalau berat badan anda ideal, tidak ada masalah tetapi jika berat anda tidak ideal sama ada terlebih atau terkurang, ia pasti akan membuatkan stamina anda juga turut terjejas.

Pastikan berat badan anda berada di tahap yang terbaik dan ideal.

Kesimpulannya, jika kita mahu sentiasa kuat ketika melakukan kerja setiap hari, pastikan kita menjaga stamina badan kita. Banyakkan bersenam dan amalkan gaya hidup sihat.  Pastikan anda bersenam sekali dalam 2 minggu atau sekali seminggu. Dengan cara ini, anda mampu untuk mengekalkan dan meningkatkan stamina anda tanpa mengeluarkan belanja yang banyak.