Daddy pergi oustation ke Terengganu. Maka tinggal lah kami 4 beranak sepanjang daddy tiada.


Pagi hari Khamis semua ikut ke Shah Alam. Adam tak pergi sekolah. Semalam Adam demam dan lelah. Dengan sakit kaki lagi. Kesian sangat tengok. Risau badan dia tengah tak kuat tu jadi lambat lagi nak baik.


Berkumpul lah tiga beradik hari ini di waktu persekolahan. Lepas hantar daddy, mommy bawa tiga beradik ni ke Taman Tasik Shah Alam.


Letih juga datang ke sini. Dalam gambar nampak seronok je la. Baru 5 minit sampai kat taman, adam minta nak kencing. Grr... Selesai urusan sambung main semula.. Tak sampai 5 minit adam nak berak pulak.. Grrr lagi...


Petang tu mommy bawa Adam pergi mengaji Iqra.


Hari Jumaat, mommy siapkan Adam ke sekolah dengan pantas sekali. Haha sebabnya mommy terlena. Naseb memang baik sebab mommy terjaga pukul 7.05 pagi.. Siapkan Adam mandi dan breakfast. 7.15 naik van sekolah.

Mommy cirit birit. Mommy bangun pukul 2 pagi, 4 pagi dan 6 pagi. Semalam cirit jugak sekali pakej muntah tapi dah ok. Bersambung hari ni pulak. Manja betul la perut ni.

Balik dari sekolah, adam pergi mengaji iqra dengan Aiman. Lepas mengaji Aiman lepak kat rumah. Amirul dan Azim join sekali.


Adam tak main sangat pon. Dia kan dok lelah lagi. Kalau main over je hokhekhokhek nafas dia. Budak-budak seronok main tak hengat apa dah.. Mommy penat tau. 

Petang tu Adam keluar main lagi. Mommy lagi penat kali ini sebab daddy tak ada. Kalau daddy ada boleh suruh daddy urut.


Lebih kurang pukul 7 malam, kakak mommy bagitau nak datang rumah. Jadi malam tu mommy kemas-kemas rumah tunggu kak. Kak sampai dah lewat, Adam Anis Amal dah tidur. 

Boleh pulak malam tu semua buat hal. Amal jaga menangis. Adam batuk sampai terjaga dan menangis. Anis pon terjaga dan menangis. Haruuuu la ampa ni...daddy takdak ni...

Sejam jugak la nak cool down semua dan tidur balik. 

Esok pagi baru lah Adam Anis Amal jumpa maklang dan sepupu mereka Amni dan Amzar. Masuk geng! Senang hati mommy dok borak ngan kakak. 


Agak depa dah boring, mommy keluarkan kolam mandi. Haaa tau la boring sebab dok mencari apa nak main. Hahaaa


Mandi la sampai kecut. Adik Amal bateri dah weak. Kakak abang seronok mandi, adik tidur lena. Petang tu kak balik. Adam Anis Amal sambung main kat rumah jiran. Main lagi? Hahaa budak kan mana dia tau penat..


KakNah ajak pergi rumah dia ada buat majlis hari jadi anak bongsunya Intan malam tu. 


Amboi seronok depa makan kek. Beriya sungguh makan kek terutamanya Adik Amal. Tak padan dengan setahun 4 bulan. Kakak Anis pantang sampai 2 tahun tau. Sebab tu kita terperuk je dalam rumah tak boleh pergi mana-mana. Sekarang ni kalau jumpa apa saja makanan hampa balun nooo... 


Hari Sabtu malam semua tidur lena. Adik Amal seorang je la yang tak pernah tak jaga cari "nenen" tengah malam.


Hari Ahad pagi, sedang mommy melayan rambutan sendirian di depan rumah, terkejut mommy Adik Amal ada sebelah. Tak dengar bunyi apa pon. Atau mommy khusyuk sangat makan sampai tak perasankan adik.. Haha


Hari ni kita main dalam rumah je ye. Pagi-pagi ni Adam mengamuk cari pensel kaler dia. Haihhh spoil je mood pagi-pagi hari. 


Pukul 7.06 mommy gerak ke Shah Alam ambik daddy. Hari ni adik Amal baik sangat tak bunyi apa pon duduk dalam carseat. 


Masa balik dari hantar daddy hari tu dia punya mengamuk la taknak duduk dalam carseat. Macam macam hal la anak.. Bertabah jela mommy. .

Susah la tak ada daddy ni.. Tak suka tak suka.. Happy anak-anak bila jumpa daddy. Anis paling teruk sampai nangis-nangis. Semua rindu daddy.. Mommy lagi laaaaa.... Dah jangan outstation jauh-jauh lagi dah..
Mommy daddy nak hantar Adam mengaji Iqra dengan Ummi mulai bulan Ogos. Malangnya 1 Ogos berlaku kejadian Anis yang memerangkap diri sendiri bersama Amal dalam rumah. Hari selasa Adam sakit kaki tak pergi sekolah. Hari Rabu petang pergi klinik. Hari Khamis baru lah mommy bawa Adam ke rumah Ummi.

3A
Adam buat perangai taknak masuk rumah Ummi. Dah masuk rumah taknak baca pula. Sampai nangis. Adoi malu lah. Paksa punya paksa sampai dia buka mulut juga. "Selagi tak baca kita tak boleh balik.". Akhirnya Adam baca juga.

Adam mengaji

Ummi minta Adam datang dengan Aiman dan mommy jangan ikut sekali esok hari. 


Mommy hantar sampai rumah mama aiman sahaja. Kemudian mereka berdua pergi mengaji.

Adam dan Aiman balik dari mengaji

Hari Ahad malam mommy disapa Ummi di majlis hari jadi intan. Ummi kata Adam ok ja bila datang dengan kawan. Alhamdulillah 

Satu perkara mommy suka budaya mengaji di taman ini. Kanak-kanak seusia  awal 4 tahun sehingga sekolah menengah seramai 55 orang termasuk Adam akan mengaji di rumah Ummi dari jam 10 pagi sehingga 7 malam. 

Pulang je dari sekolah mereka akan terus ke rumah Ummi. Ummi akan mulakan dari iqra 1 sehingga Iqra 6 dan seterusnya membaca Alquran. Yuran seorang hanya RM20. 

Semoga terang hati Adam Rayyan dan mudah menerima pelajaran. Aaminn.


Kejadian dua beradik terkunci dalam rumah , menyebabkan gril tingkap bilik mommy ropong. Walaupon gril berada di bahagian dalam, mommy risau lah. Petang tu juga mommy cari orang untuk welding. 

Ropong dah. Ropong = berlubang

Kebetulan mommy pergi rumah kaknor, suaminya baru balik kerja. Abang Atan kata dia ada kawan boleh buat. Petang tu juga kawan abang atan datang tengok kemudian mereka keluar amik perkakas.


DaddyG buka gril. Jenuh nak mengerjakan dari dalam rumah. Jadi dah buka, mereka buat kerja di luar rumah.

Khusyuk bekerja

Tak lama kemudian, abang atan dan kawan dia sampai dengan perkakas canggih. Canggih la sebab mommy tak pernah tengok. 

Terima kasih jiran

Kerja pon cepat dan pantas. Upah welding RM30. 

Siap!


DaddyG takmo cat. DaddyG kata biar besar nanti nak tunjuk ke Anis. 

Mommy pergi Jualan Terus Dari Ladang di FAMA Selayang Jumaat lepas. DaddyG siap cuti. Punya semangat sebab kami nak cari durian sedap. Sebelum ni beli D24 sekilo RM12.. Ermm beli 5 biji, 2 biji ja sedap..

FAMA Selayang

Mommy macam sejak berOnePlusOne ni memang bertambah suka selfie. Gambar cantik sangat.

Sebelum masuk ke kawasan FAMA Selayang

Cempedak

Masuk je kami disambut dengan gerai cempedak. Waaaa bestnye..boleh la beli kejap lagi ni..

Gerai nenas

Mula-mula masuk kami pusing-pusing je. Kebanyakan gerai dah berkurangan buah mereka. Bila dah datang sini baru lah mommy tahu FAMA buat macam ni sebulan sekali. Selalu lepas 'gaji'.

Buah pertama yang mommy beli adalah jagung. 12 batang RM10. Konon nak pilih sendiri. Berpeluh nak pilih 12 batang tengah panas.

Pilih pon sempat posing mommy ni

Cuaca panas sangat. Maka daddyG bawa Adam Anis Amal ke tempat lain. Mommy je pilih-pilih dan beli.

Booth selfie

Posing jangan tak posing mommy. Keke

Nenas sebiji RM2

Tempat akhir kami tuju adalah durian. Ini misi sebenar kami. Beli durian IOI sekilo rm22. Mommy minta makan kat situ je. Nanti pakat pening kepala dalam kereta pulak. Dah la bau durian kuat sangat.

Isi dia sedap

Durian kat sini boleh rasa dulu sebelum beli. Rasa sikit je la. Secolet je pun. Bagi daddyG rasa sikit. DaddyG pon kata sedap. Dua biji RM52. Tapi makan puas hati lah. Semua isi sedap.

Adik Amal pon suka
Ermm yummyyyy

Ini dalam gambar cantik, rasa pon sedap sangat

Add caption

Tengok daddy dia makan...daddy makan paling banyak

Anis pon layan makan dua ulas durian

Berbaloi la walaupon mahal.

Lepas ni mommy tak minta lagi dah la nak makan durian. Dah puas dah dapat makan yang sedap. DaddyG yang tak pernah sendawa durian, kali ni mommy terpaksa turunkan cermin kereta setiap kali daddyG sendawa. Phewwww bau diaa tak tahan.. Mengekek gelak laki bini itu dalam kereta kerana aroma sendawa durian..

Buah lain yang mommy beli adalah pisang, jambu tanpa biji, kuah rojak makbee dan nenas.

Pisang rm6.70

Jambu rm12

Rojak MakBee rm5 x 2

Nenas rm2 x 5

Jagung rm10

Dah ada anak-anak, maka hari ini belanja air sahaja rm12. Silap kan tak bawa bekal air. Hehee


Semua buah ok kecuali nenas. Masa nak pilih nenas tu akak kedai minta pekerja dia pilih. Beli 5, 2 biji tak boleh makan. Rugi lagi rm4. 

Lepas ni, apa jadi pon mommy kena pilih sendiri. Kalau buruk pon tak boleh nak bengang. Sebab sendiri pilih.

Buah cempedak tak beli pon. Huhuhu. DaddyG taknak beli.. Sabar je lah.. Angan-anganku musnah.. Nasib dapat makan durian sedap dah tadi..

Akhir kata terima kasih kepada penaja iaitu daddyG. Hehe terima kasih daun keladi, kalau ada rezeki lebih, belanja la lagi. Ehh?? Tadi kat atas bukan kata takmo dah ka? Hahahaa
Tempat kejadian dan gambar dalam Harian Metro adalah daripada kejadian semalam. Siapa dua beradik terkunci dalam rumah tu? Nak tahu cerita sebenar, boleh baca sampai habis.

Harian Metro Online 2 Ogos 2016

1 Ogos 2016

Jam 15:15
Adik Amal (perempuan) baru sahaja tidur. Mommy mula melakukan rutin harian; keluar ke laman rumah untuk sidai baju yang sudah dibasuh. Adam (lelaki) dan Anis (perempuan) apa lagi ambil peluang turut keluar rumah untuk bermain di laman.


Jam 15:30
Anis masuk ke dalam rumah berseorangan.
Tiba-tiba Adam jerit, "Mommy, Anis kunci pintu."

Kenapa pula Anis selak pintu utama tu. Mommy mula panggil Anis minta dibukakan pintu.
"Habis lah kita Adam. Macam mana nak masuk rumah".

Mommy dan Adam berada di laman. Tidak boleh masuk rumah. Walaupun kunci rumah ada di tangan Mommy, sekiranya diselak dari dalam, tiada orang yang boleh buka dari luar. Kena minta Anis bukakan selak tu, barulah mommy boleh masuk.

Nasib baik lah pintu keselamatan ini ada pintu kecil berjeriji yang boleh dibuka. Tidak lah Anis berasa dia keseorangan di dalam. Mommy minta anis buka pintu kecil itu dan Anis buka. Selak pintu utama Anis kata "tak boleh" buka. Padahal Anis pernah sahaja bukakan selak pintu utama tu semasa daddy pulang dari kerja. Arghhhh geramnya budak ni. Mommy minta Anis ambilkan handphone di dalam. Terkedek-kedek Anis ke ruang tamu mengambil handphone Mommy.


Jam 15:50
Mommy call daddyG yang sedang bekerja di Opis. Beritahu yang kami dua beranak  tak boleh masuk rumah. Mommy ceritakan dari A sampai Z. Daddy kalau balik pun akan ambil masa dan tak kan sampai cepat. 40 minit juga masa perjalanan. Daddy cuba pujuk anis melalui loudspeaker telefon. Puas dipujuk tetapi Anis masih tidak mengerti. Tiada cara lain untuk masuk ke rumah melainkan Anis buka selak pintu tersebut.

Amal terjaga dek bunyi bising di luar. Menangis la adik Amal kerana Mommy di luar dan dia di dalam rumah.
DaddgG mula bergerak pulang.

Mangsa-mangsa yang terperangkap

Mommy perlu fikirkan sesuatu supaya Amal tidak menangis. Usaha memujuk Anis untuk bukakan pintu akan bertambah sukar jika Amal menangis di dalam, Mommy minta Anis ke dapur dan ambil kan cokelat dalam peti sejuk. Anis ke peti ais dan jumpa air Calci Yum. Adik Amal capai air Calci Yum terus diam. Setel.

Selak yang di pegang Anis

Usaha memujuk diteruskan. Mommy pulun lah masukkan handphone di celahan jeriji untuk pastikan Anis betul-betul pusing selak pintu. Huwarrghhhhh Anis hanya pegang selak pintu itu tanpa memusingkannya. Apabila diminta pusingkan selak dia jawab "tak boleh", sambil pegang selak tu.

Tiada cara untuk buka pintu selain buka selak itu dari dalam.


Jam 16:40
Satu jam 10 minit Mommy dan Adam "terperangkap" di laman tidak boleh masuk ke rumah sendiri. Kawan-kawan mommy cadangkan mommy call JPAM. Ermm mommy kena tunggu daddy sampai dulu. Memanglah Anis dan Amal terperangkap. Keadaan mereka OK sahaja. Mereka di dalam merasai udara ber-aircond sementelahan kami kepanasan di luar.

Selepas 40 minit perjalanan daddyG sampai di rumah. Kereta diparking di luar laman.

Daddy cuba memujuk Anis. Minta dipusingkan selak. Tak berjaya. Sama ada Anis takut atau tidak mengerti apa yang kami minta dia buatkan, tidak pasti.


Jam 16:52
Jiran-jiran masing-masing sedang bekerja untuk menyara keluarga. DaddyG sudah mati akal.
Benda mudah sahaja dan sudah di depan mata. Kita semua tahu hanya dengan sedikit tuisan pada besi itu pintu akan terbuka. Namun apakan daya anak kecil tidak mengerti. Seperti kata orang tua-tua dahulu, "so near and yet so far"

Hari beransur petang. Mommy minta izin daddyG untuk call JPAM dan JPAM minta Mommy call 999 untuk buat laporan.


Jam 16:54
Pertama kali dalam hidup Mommy call 999, kerana sudah tak ada cara untuk kami buka pintu.


Jam 17:05
Pihak bomba dalam perjalanan ke tempat kejadian.

DaddyG ke belakang rumah melihat pintu dan tingkap di bahagian dapur. Mungkin ada laluan atau cara untuk cuba masuk. Semuanya ber-grill kemas.

Jikalau pintu utama ini adalah pintu kayu biasa, sudah lama makan tapak kaki daddyG. Bukan tidak biasa daddyG kopek pintu rumah sendiri untuk "selamatkan" Anis. Setahun lalu Anis juga la yang terperangkap dalam bilik. http://www.irrayyan.com/2015/05/68-minit-anak-terkurung-seorang-diri.html


Jam 17:17
Bomba sudah hampir di kawasan taman dan sekali lagi hubungi mommy untuk memastikan alamat yang diberikan adalah betul.

Bomba Malaysia

Jam 17:20
Bomba tiba. Mommy cerita kepada abang bomba perihal yang berlaku dengan panjang lebar.

"Pintu mahal ni. Pintu belakang pintu biasa ke macam ni?”, tanya seorang pegawai Bomba.

"Macam ni juga", jawab mommy.

Sesudah mommy dan daddy terang apa yang berlaku, seorang abang bomba tepuk bahu daddyG dan berkata "Jangan salahkan anak ya. Anak tak tahu apa-apa."

Mommy tunjukkan tingkap rumah. Masuk ikut sini saja lah kalau boleh pun.
Masa ini rumah mula penuh dengan orang, terutamanya budak-budak. Semua pakat masuk dek kerana ada kereta Bomba.

Bomba putuskan untuk potong grill tingkap bilik. "Nanti encik boleh welding semula".

Potong grill tingkap

Abang Bomba yang lain masih tak putus asa cuba memujuk Anis untuk buka pintu.

Usaha memujuk Anis

Lebih kurang 10 minit berbincang dan berusaha, Bomba berjaya masuk melalui tingkap.

Ototooo nampak almari baju plastik tu ternganga

Durasi kejadian semalam adalah 2 jam bermula daripada jam 15:30 hingga 17:30. Sesudah 2 jam "terperangkap" di luar rumah sendiri, akhirnya dapat masuk ke dalam jua.

Bomba bomba yang terlibat.

Terima kasih Bomba. Anis dan Amal tidak ada apa-apa. Mommy pun boleh masuk rumah. 


Siapa sangka perkara sebegini akan terjadi. Anis boleh buka selak tu dan pernah buka selak tu, tetapi pada hari semalam dua jam dia "tak boleh" buka. Apa masalah dia kita tak tahu. Panik? Mungkin. 

Mommy tak bawa apa-apa keluar sidai baju. Handphone dan kunci Anis ambilkan. Keadaan Anis dan Amal pun terkawal sepanjang 2 jam tersebut. Nangis sikit-sikit je la. 

Lepas ni macam mana mommy nak buat supaya tak berulang lagi? Never let her inside alone lah! 

DaddyG sedang berkira-kira untuk menukar grill tingkap sedia ada kepada grill tingkap berpintu. Akan diusahakan nanti insya Allah.

Grill Tingkap 4 x 4


Apa-apa pon terima kasih Bomba. Alhamdulillah semua kembali seperti sediakala.

Kakak mommy hantar whatsapp dari Bagan Serai Perak