Kalau nak kurus mesti WAJIB cari krim panas kan? Berlambak dah krim kurus di pasaran. Tapi baru-baru ni kita dikejutkan dengan viral Izeara Xtravaganza krim kurus tak panas. Hah dah tak panas macam mana nak pecah lemak? Mommy pon menggooggle lah cari maklumat pasal "Izeara Xtravaganza krim kurus tak panas". Betul lah semua cakap tak panas. Dah la tak panas, berkesan pulak tu. Haihhh tak boleh jadi. Mommy pon nak cuba juga! Mommy dah lama sangat nak kurus tapi masih belum berjaya..

Perempuan ni pantang dengar perkataan "gemuk". Betul tak? Bila suami kata gemuk, sentap! Bila anak kata gemuk, sakit hati! Tu baru keluarga yang cakap. Bila orang luar kata gemuk atau seangkatan dengannya, mau haru biru hari-hari perempuan itu. Termasuk mommy la tu. Hahaha..

Awal tahun 2016 mommy menjalankan misi kempis perut. Hasilnya berat mommy turun dari 51 kg menjadi 47 kg. Tak diet sangat pon. Tak senaman juga. Mommy sibuk uruskan pindah rumah dan mengemas rumah. Tapi dalam kegembiraan turun 4 kg tu, berat naik semula kepada berat asal.

Mommy pun nekad lah nak cuba Izeara Xtravaganza Cool Serum ni. Demi mengempiskan perut dan menurunkan semula berat badan sempena nak raya ni, mommy sanggup! Sekarang Izeara Xtravaganza ada promosi hanya RM109. Berbanding harga asal RM149.

Jom kempis dengan izeara xtravaganza

Orang perempuan sanggup buat apa sahaja untuk kurus kan? Hahaa tak nak lagi mengaku. Ya ya mommy mengaku la mommy la tu sanggup buat apa sahaja untuk kurus. Walaupon kadang-kadang usaha tu tak menjadi. Hihihi. Tapi raya dah dekat ni. Sebulan je lagi nak raya, mommy pon gigih menyapu 6 inch body serum extravaganza ni.

Picit sikit je ke tapak tangan dan gosok di bahagian yang kita target nak pecah lemak. Target mommy perut saja.

Pertama kali mommy tuang ke tapak tangan rasa sejuk. Mommy gosok-gosok ke bahagian target kurus dan ambil bau sikit. Best sangat bau serai wangi. Dan yang lagi best, tak rasa melekit langsung. Mommy dah jatuh cinta dengan COOL SERUM Izeara Xtravaganza ni. #semogacepatkempisperut

I love you izeara xtravaganza. Moga tercapai target raya ni. 

Bila pakai krim panas ni, mommy kena pakai pada masa tertentu sahaja. Risau la panas tu kena kat adik Amal. Dengan Izeara Xtravaganza Cool Serum ni, mommy boleh pakai bila-bila masa tanpa rasa risau. Pakai kerap dan konsisten.

Kurus ke mommy? Penimbang catat 50 kg. Maknanya ada la penurunan. Jadi mommy kena terus konsisten. Iye idok? Kalau buat sekerat jalan, hasil pon sekerat jalan.

Perut rasa macam mengecik tak mengecik aje. Sebabnya mungkin lemak ni degil sangat. Dari lahirkan Anis tak dapat kurus sehingga lahirkan Amal. Mungkin lah mengambil masa sedikit untuk kembali slim. Takpe, mommy tengah usaha dengan sabar ni.

Satu lagi yang mommy perasan, mommy senang juga membuang air besar. Haa itu dah cukup bagus untuk detox tubuh. 

So far mommy memang suka sangat lah. Tunggu lah mommy update raya nanti. Jangan jeles tau...hehehee

Berat terkini mommy hari ini 29 Jun adalah 48kg. Wowweeee dah turun lagi. Caiyok mommy sapu lagi cool serum izeara xtravaganza.

Haa korang ada yang plan nak mengempiskan perut juga? Jom la follow mommy.

Antara Kelebihan lain Serum Izeara Xtravaganza ialah :

  1. Merupakan serum kurus yang PERTAMA di pasaran yang tidak panas
  2. Tidak melekit 100% 
  3. Harga serum ini MAMPU MILIK
  4. Serum kurus pertama di Asia yang ada Cafeisilane C..Ini adalah bahan yang paling pantas mencairkan lemak di bawah kulit.
  5. Lemak tertanggal dan terhapus dalam masa 48 Jam di mana korang akan kehilangan 6 Inci dalam masa 48 jam..
  6. Melawaskan permbuangan air besar selepas 1 jam menggunakan Serum Izeara Xtravaganza ni.. 
  7. Hilang stretchmark lama dan baru melahirkan sekiranya korang menggunakan secara konsisten selama 7 hari
  8. Lemak-lemak tepu dan degil akan disingkirkan dengan cepat!

Strechmark pon macam degil je nak hilang. Yang ni mommy tak risau sangat. Nanti nak beranak lagi, ada balik strechmark. Tunggu dah penuh kuota anak baru mommy tumpukan untuk hilangkan strechmark. Lagipon kalau segan dengan suami, tutup la lampu. Haha


Korang yang dah penat usaha nak kurus tapi tak kurus juga boleh dah mencuba Izeara Xtravaganza ni. Mudah saja boleh WhatsApp 013777 3617. Harga promosi RM109 sahaja!!!!

Untuk maklumat  lanjut atau testimoni pengguna, boleh rujuk:

Instagram:
#izearaxtravaganza

Facebook:

Pagi-pagi hari Adam dah bikin hal. Lepas keluar toilet je dia kata "Adam lemas!", sambil menghalakan seluar ke arah mommy.

"Mommy pon malas! Buat sendiri lah!"

Lemas adalah malas. Ntah bila Adam akan mula sebut dengan betul. Kita ni dah berulang kali betulkan dia masih sama juga. Dont give up mommy!

Mommy pon membebel lah sambil basuh pinggan. Kalau mommy ni malas, rumah ni dah bersepah. Kalau mommy malas masak, adam tak boleh nak makan. Nanti mommy pon nak bagi alasan sama dengan adam.

"Mommy taknak suap adam makan sebab mommy malas".

Nehiii... Apa pon jadi, selagi hayat dikandung badan, mommy akan jaga makan pakai korang.

Seluar tu senang je nak kalihkan. Mommy dah ajar cara mudah nak buat. Bukan payah benar pon.

Pinggan sikit lagi nak habis, Adam dah takde bila mommy pusing.

Selesai cuci pinggan mangkuk, mommy bancuh air teh o.

"Adam, sini! Kata lapar.", tadi dia kata lapar sejurus dia bangun.

Panggil beberapa kali dia datang dengan senyuman.

"Adam dah pakai seluar."

"Good boy!"

Ini adam tahun 2012, Jun

Mendidik anak bukan lah kerja mudah. Im doing the best for my son!
Hari ni dah masuk 1 Jun.. Wah tiba-tiba rasa macam masa cepat berlalu.. Bulan Jun kita akan menyambut Ramadhan pada 6 Jun. Bulan Jun juga mommy akan menyambut ulang tahun kelahiran Anis Insyirah yang ke tiga pada 27 Jun.

Bila nak puasa ni, pergi mana-mana je nampak kurma. 2 minggu lepas lagi daddyG belikan 2 kotak kurma. Dah habis sekotak. Hahaa kurma ni sepatutnya meriah bulan puasa je. Mommy ada cerita khasiat kurma dalam entry dua tahun lepas. http://www.irrayyan.com/2014/07/ramadhan-kurma-fresh-date.html

Yang best bila tengok adik Amal makan kurma. Bahagia je tengok anak makan bersungguh-sungguh. Diam je dia hadap buah kurma sampai habis. Ada juga la masanya dia tenyeh ke lantai. Sabar je la.

Yusoof taiyyob
Amal makan kurma. Nak puasa kurma banyak

Lagi 5 hari je nak puasa. Apa persediaan korang menghadapi bulan Ramadhan?

Disebabkan mommy masih menyusu adik Amal. Maka mommy kena bertenaga sepanjang hari. Adik Amal dah la suka nenen je. Kalau tak puasa pon mommy agak stress. Bila dah puasa macam mana la? Harap adik Amal memahami keadaan mommy nanti.

Apa yang mommy boleh buat:-
1. Makan kurma masa berbuka dan bersahur
2. Bersahur
3. Rehat secukupnya
4. Pengambilan air secukupnya
5. Amalkan madu dan VCO

Entry ni asalnya mommy plan nak publish semalam. Tapi karang punya karang tak siap-siap. Bangun pagi ni pula daddyG kata nampak kucing kencing dekat laman rumah. Jadi mommy kena cuci laman rumah. Padahal selalu cuci laman untuk anak-anak main. Lately ni mommy tak cuci kerap dah. Kurang energy sejak Adik Amal suka merengek nak "nenen".

Pastu masuk rumah, macam tongkang pecah. Mommy minta Adam Rayyan kemas sekali. Nasib la hari ni mood dia baik nak tolong mommy. Siap report, " Dah siap mommy."

Ini anak-anak mommy tidur semua. Tu yang mommy sempat nak sambung buat entry. Heheee..

Tak sabar nak puasa! Salam Ramadhan!



Dah lama tak join giveaway. Kali ni mommy nak join Mini Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin. Antara hadiah yang di tawarkan untuk Mini Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin ini ialah :-

  • Duit Raya RM10 + Kad Raya Azlinda Alin untuk 2 Pemenang
  • Novel RINDU AWAK SEPARUHNYA - SITI ROSMIZAH untuk 1
  • Tudung Bawal Berbatu + Kad Raya untuk 1 Pemenang
  • Brooch Tudung / Butang Baju Melayu + Kad Raya untuk 2 Pemenang
  • Bloglists (untuk daily blog walking) + Kad Raya untuk 5 Pemenang


Mini Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin

 Mini Giveaway Ramadhan 2016
Mini Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin

Tarikh Mula Giveaway : 
2 Jun 2016

Tarikh Tamat Giveaway :  
25 Jun 2016 11.59 malam

Tarikh keputusan pemenang akan di umumkan pada : 
27 Jun 2016 (Isnin)


Jom sertai Mini Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin





Mommy dah lama jual kelambu moden ni. Mommy hanya jual kelambu moden saiz king 2 pintu. Mommy jual kelambu moden murah murah je. Harga dari awal mommy jual kelambu moden murah sehingga sekarang masih harga yang sama.

Kegunaan kelambu moden
1. Masa dalam pantang atau anak kecil.
Sayang anak oi... Jangan kau nak dekati anakku, nyamuk! Mommy kalau nampak nyamuk memang tak boleh lena lah jawabnya. Ku cari sampai jumpa. Tapi bila dah ada kelambu, heeee bahagia hidup. Tak perlu risau nyamuk nak serang pipi gebu anak. Pipi gebu mommy pon selamat juga.

2. Pipi gebu tak gebu daddy pon selamat dari digigit nyamuk. Hehehee.. Kenapa? Sebab kelambu moden ni luas. Luas sehingga boleh memuatkan dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak. Luas dan selesa.

3. Masa anak pertama tak jumpa lagi kelambu moden. Jadi mommy guna kelambu gantung je. Mommy lemas duduk dalam kelambu gantung. Tak berangin. Tak selesa. Tapi dengan kelambu moden, angin boleh terasa sampai ke dalam. 

4. Mudah di bawa ke mana saja. Kelambu moden ini boleh dilipat. Jadi ia memudahkan kita nak bawa pulang ke kampung atau pergi ke mana-mana tempat yang ada serang hendap oleh ngamuk.

5. Mommy jual kelambu moden king 2 pintu kerana kalau zip satu pintu rosak, boleh guna pintu yang satu lagi. Masalah ni timbul bila anak-anak suka bermain zip kelambu. Buka tutup buka tutup sampai tercabut. Budak-budak memang macam tu lah. Jadi kalau nak tahan lama, kena pastikan anak tak main zip kelambu.

6. Tempat selamat bagi bayi anda. Haaa masa anak kecil memang boleh buat. Mommy bagi Adam main dalam kelambu. Takde lah adegan mencapai wayar pc atau mengutip makan apa saja. Letak segala mainan dalam tu, baby pon taknak keluar. Mommy boleh tinggal baby dengan selamat. Mommy boleh masak , mandi atau buat kerja dengan tenang.

Itu yang mommy boleh guna kelambu moden sejak Adam lahir sehingga sekarang Adam dah berusia 5 tahun. Bagus sangat sangat bila ada kelambu moden ni.

Kelambu khemah
Kelambu moden murah; King saiz; 2 pintu

Kelambu moden murah

Kelambu moden yang mommy jual hanya bersaiz King jenama Danko Field Elephant. Kelambu ini bersaiz 200x200 (King) dan berharga RM40 (tak termasuk kos penghantaran).

Raya dah dekat ni, semua nak balik kampung. Jom dapatkan satu keluarga satu kelambu moden untuk di bawa pulang ke kampung. Beli sekarang sementara stok masih ada!

Sekiranya berminat atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Mommy Irra samada whatsapp/sms di 013 356 0192 atau email ke beli@irrayyan.com.