Patut la bahagia Amal menggigit. Gigi dia dah banyak. Sekali gigit, menjerit!


Mommy tak tahu asbab gigi timbuh awal. Kalsium terlebih ke?


Mommy minum susu apa? Ahaa sebenarnya mommy tak minum susu apa pon lepas bersalin. Susu kambing pon dah berhenti sebab dah tak boleh nak telan. 

Mommy rasa sebab kuat yang lain mungkin sebab mommy amalkan makanan asas yang sihat seperti beras rebus, garam bukit himalaya warna pink, gula organik, ayam kampung organik, dan telur ayam kampung.
Sabtu lepas mommy beli botol straw untuk Amal. Macam leceh je nak basuh botol susu. Kadang botol tu hilang ntah ke mana. Dia main baling je botol tu kat mana-mana. Botol straw yang mommy beli besar dan mempunyai kaler yang menarik. Dari jauh dah nampak botol tu kat mana.


Sekali cuba je Amal dah pandai. Senang hati mommy tengok. Kakak pon tumpang minum sekali.


Berebut juga la botol dengan kak Anis. Anis kata tu botol dia. Bukan botol Amal. Siap peluk-peluk botol air tu. 


Politik anak-anak. Hehe mommy kena pandai-pandai la handle anak-anak. Jaga emosi anak-anak, nanti emosi mommy pon terjaga.
Kalendar Cuti Umum 2016 sudah. Kalendar Cuti Sekolah 2016 pon sudah. Sekarang mommy nak update Kalendar Jadual Gaji Kakitangan Awam 2016.


Cuti umum dah! Cuti sekolah dah!

Di sini mommy irra nak kongsikan cara-cara untuk masukkan/import/subscribe kalendar ini ke peranti iOS, juga ke Yahoo dan Google Calendar. Selepas itu semua tarikh gaji kakitangan awam 2016 akan terpapar secara automatik di kalendar masing-masing.

link

Automatic Method:
Klik link di bawah.
     iOS

Manual Method:
Untuk langkah-langkah setting/tetapan secara manual, boleh rujuk pada posting sebelum ini. Pastikan url ditukar kepada url baru l.irrayyan.com/gajikakitanganawam2016.

Penting ke memakai pakaian harian mengikut aura warna setiap hari? Aura warna pakaian dikatakan akan memberi kesan positif dan memberi impak seharian buat si pemakai. Mungkin ada yang dah tahu, tapi mommy ingin kongsikan semua hasil daripada kursus "Kenali warna anda" yang mommy ikuti tempohari anjuran Myryl.

isnin
Aura warna hari Isnin adalah PUTIH

selasa
Aura warna hari Selasa adalah PURPLE/PINK

rabu
Aura warna hari Rabu adalah BIRU

khamis
Aura warna hari Khamis adalah KUNING/OREN

jumaat
Aura warna hari Jumaat adalah HIJAU

Sabtu
Aura warna hari Sabtu adalah MERAH

Ahad
Aura warna hari Ahad adalah HITAM

Mommy tak tahu sejauh mana keberkesan aura warna pakaian mengikut hari ini. Mommy kan kerja di rumah sahaja. So korang boleh la mencuba. 


Selain daripada warna pakaian, pemilihan jenis pakaian dan gabungan warna pakaian juga sangat penting. InsyaAllah mommy ada masa boleh mommy kongsikan.
Balik dari Kidzania, kami singgah IKEA. DaddyG dah plan awal lagi. Kita parking kereta di IKEA. Dah parking confirm la ada shopping. Dah dekat dengan cashier mommy baru perasan wordrobe ni. Padahal memang dah rancang lama nak memiliki. Last time datang stok dah habis.

Alhamdulillah ada juga rezeki mommy. Beli hari Sabtu, Ahad malam baru daddyG pasang. Mommy tak kuasa nak buat sebab badan totally weak lepas pergi Kidzania.

Wordrobe mommy

Masa daddy pasang wordrobe ni, Anis la yang jadi pembantu. Aik, anak perempuan pula yang minat. Adam buat tak tahu je. Adik Amal pon sama naik nak bantu. 

Wordrobe BREIM IKEA

Kalau korang nak tengok detail boleh klik sini:- http://m.ikea.com/my/en/catalog/products/art/10288954

Hari tu mommy tengok stok banyak lagi. Tapi satu jela mommy rembat. Hihi


Almari ada satu tapi kat bilik atas. So kena juga la cari satu almari untuk letak kat bawah. Yang penting almari yang ringan dan dapat menyelamatkan baju-baju dari menjadi tempat habuk berpaut.

Terima kasih daddyG sebab belikan wordrobe ni.