Mangga manis


Dua beradik ni hantu buah mangga.


Satu biji buah mangga tak cukup makan berdua.


Rezeki dapat mangga masak yang manis.


So hari-hari makan mangga sampai mangga habis.



Motivasi Memburu Kejayaan Datuk Maznah Hamid


Anda menjadi seperti apa yang anda fikirkan. Bagi menukar keputusan, tukar pemikiran, perasaan dan tindakan.

Motivasi memburu kejayaan datuk maznah hamid
Anda menjadi seperti apa yang anda fikirkan. Bagi menukar keputusan, tukar pemikiran, perasaan dan tindakan.


Kalau fikir boleh, insyaAllah boleh. Set matlamat, tulis hitam putih, tengok hari-hari. Bertindak! 



Blog ExchangeFeedGroup Mesra SEO


Dalam entry semalam : Breakfast coding HTML - Meta Tag , mommy Irra ada listkan score SEO bagi semua ahli EFG. Hari ini score SEO yang terbaru. 

SEO score for http://www.ceritaejoy.blogspot.com
Http://www.ceritaejoy.blogspot.com

SEO score for http://www.nazlee.com
Http://www.nazlee.com

SEO score for http://www.stylosport.com
Http://www.stylosport.com

SEO score for http://www.isolabellaz.blogspot.com
Http://www.isolabellaz.blogspot.com


Terima kasih kerana saling membantu dalam meningkatkan mutu blogging setiap ahli EFG. 

Macam mana nak check SEO blog ni? Okey, anda boleh ke sini: https://chkme.com


Group EFG bukan semata-mata nak promote blog. Macam-macam dah kami sharing. Kalau ada yang berminat nak join kami, mari lah! 



Kesan alergik terkena aiskrim


Aiskrim yang terkena pada mana-mana bahagian kulit Anis Insyirah akan memberi tindak balas yang sangat cepat.

Betapa banyak bahan kimia, pewarna, emulsifier dalam aiskrim. 

Dah tahu ada alergik kenapa bagi makan jugak? Bagi ja la dia makan, supaya immune system badan dia perlahan-lahan menjadi kuat. Mommy bukan bagi banyak pon. 


Alergik dengan aiskrim ni hanya akan berlaku jika aiskrim tu terkena pada kulit. 


Dalam gambar tu, tangan Anis Insyirah yang ada aiskrim sentuh perut. Mommy pula lambat basuh tangan dan tak perasan Anis Insyirah dah menggaru perut. 

Motif mommy kat sini adalah untuk menyeru semua ibu yang sedang mengandung menjaga pemakanan semasa baby dalam kandungan lagi. 

Punca penyakit daripada genetik keluarga adalah hanya 10% sahaja, maka 90% lagi adalah daripada daripada gaya pemakanan harian kita.

Untuk makluman semua juga, 90% makanan proses yang ada adalah makanan yang tidak sihat. Hanya 10% makanan proses yang sihat dan ia merupakan makanan organik. Makanan organik pula susah nak diperolehi dan harganya lebih mahal. 

Tapi anda sebagai seorang ibu akan sanggup buat apa sahaja untuk pastikan anak sihat. 

Mommy dulu tak tahu apa-apa. Tapi bila dah merasa anak menghadapi ekzema, mommy berubah. Padahal dulu tak tahu langsung apa itu ekzema. 

Selagi tak kena boleh la cakap macam-macam. Dah kena, nak patah balik memang tak boleh dah. Kena hadapi dengan sabar dan tabah. Berdoa agar semua nya berakhir. 

Sejarah ekzema Anis Insyirah ada mommy ceritakan daripada hari pertama lahir sehingga ekzema dah baik. Sekarang tinggal alergik sahaja.

Alergik pada badan Anis Insyirah dalam gambar tu hilang selepas sejam.


Motivasi Memburu Kejayaan Datuk Maznah Hamid


Sikap dan tabiat adalah satu perkara kecil yang boleh memberi perbezaan besar dalam hidup. Kita boleh mengubah hidup dengan cara mengubah pemikiran, perasaan dan tindakan kita- perubahan sikap.

Motivasi Memburu Kejayaan Datuk Maznah Hamid
Sikap dan tabiat adalah satu perkara kecil yang boleh memberi perbezaan besar dalam hidup. Kita boleh mengubah hidup dengan cara mengubah pemikiran, perasaan dan tindakan kita- perubahan sikap.


Sikap utama yang perlu di ubah adalah penyakit M :D